Author: Linda

  • Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo

    Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo

    Permohonan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo. Ann Joo Resources Berhad, yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd sejak 26 November 1996, adalah syarikat pemegangan pelaburan. Kumpulan terutamanya terlibat dalam pembuatan dan perdagangan produk berkaitan keluli. Yayasan Jasa Ann Joo (“Yayasan”) ditubuhkan pada bulan April 2018 untuk memberi sumbangan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, status dan agama dengan menaja pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam pengajian Teknikal / Kejuruteraan dan perakaunan / kewangan dari institusi / universiti TVET tempatan. Yayasan ini membantu orang-orang yang kurang bernasib baik dalam masyarakat untuk mencapai peningkatan kualiti hidup dan juga terlibat dalam usaha melindungi dan memelihara alam sekitar.

    SYARAT PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN JASA ANN JOO

    Untuk membuat permohonan biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo ini, pemohon hendak lah memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut :

    • Warganegara Malaysia yang layak tidak melebihi 23 tahun pada masa permohonan.
    • Pemohon telah mengikuti pengajian sepenuh masa bagi tahun 2 dan ke atas dalam jurusan kejuruteraan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
    • Bidang pengajian hanya terhad kepada program :-
      i ) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan kepujian (BEV)
      ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan kepujian (BDD)
    • Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa dalam jurusan perakaunan / kejuruteraan pada tahun kedua (ke-2) dan seterusnya.
    • Pencapaian akademik yang kuat secara konsisten dengan PNGK minimum 3.0 untuk semester sebelumnya dalam kursus Ijazah atau purata minimum 60% untuk 6 kertas pertama ACCA mereka semasa permohonan.
    • Mahir berbahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran komunikasi yang kuat, sifat positif & kemahiran kepimpinan.
    • Penyertaan aktif dalam aktiviti luar kurikulum atau sukan.
    • Tidak boleh pada masa ini memegang biasiswa / pinjaman lain atau terikat dengan / atau menerima bantuan kewangan / penghargaan dari mana-mana syarikat / institusi / yayasan atau badan pemerintah yang lain.

    TATACARA PERMOHONAN

    Peringkat 1: Pemohon dikehendaki memuat turun dan melengkapkan borang permohonan dengan menghantar dokumen yang berkaitan sebelum tarikh tutup permohonan.

    Peringkat 2 : Semua permohonan yang dihantar akan dikaji oleh Kumpulan Sumber Manusia Kumpulan (GHR) untuk memastikan semua kriteria kelayakan dipenuhi.

    Peringkat 3 : Pemohon yang disenarai pendek akan ditemu ramah oleh panel penemuduga dari Sumber Manusia Kumpulan (GHR) dan Ketua Unit Perniagaan.

    Peringkat 4 : Pemohon yang disenarai pendek dari Peringkat 3 kemudian akan menjalani pembentangan dalam format dan sesi Soal Jawab yang dikehendaki dengan Jawatankuasa Biasiswa.

    PERMOHONAN BIASISWA YAYASAN JASA ANN JOO

    Kepada pemohon yang berminat untuk mendapatkan Biasiswa Yayasan Ann Joo, menepati syarat-syarat yang diberikan serta faham tatacara permohonan biasiswa ini boleh memuat turun borang permohonan di pautan di bawah :

    http://www.annjoo.com.my/wp-content/uploads/2021/06/YJAJ_Scholarship_Application_form_2021.pdf

    Permohonan yang telah siap diisi dan dikemas kini boleh di hantar ke pautan di bawah :

    talent.development@annjoo.com.my

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2021

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Ann Joo Resources Berhad (Klik Sini)

    Info langsung berkaitan Biasiswa Yayasan Jasa Ann Joo (Klik Sini)

    Anda juga boleh hubungi

    i) Pn. Suhailah ditalian 07-456 4008/suhailah@uthm.edu.my
    ii) En. Muhaimin ditalian 07- 4533455/muhaimin@uthm.edu.my
    iii) En. Zamir ditalian 07- 456 3438/zamir@uthm.edu.my

    Klik Sini untuk lagi info berkaitan pendidikan

  • Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Di Universti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kini dibuka. UniSHAMS mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
    Lokasi Jawatan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Nama Majikan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Gaji : Minima RM1,93 dan Maksima RM5,672
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan :
    Tempoh Lantikan (Kontrak) : 2 tahun (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Tempoh Percubaan (Tetap) : 6 hingga 24 bulan (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Bidang Jawatan :

    1. Pentadbiran

    Tarikh Tutup Permohonan : 28 September 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

    SYARAT LANTIKAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR DI UniSHAMS

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    3. Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Pengurusan Awam, Kewangan atau bidang lain yang berkaitan, yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang pentadbiran pejabat.

    Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman tambahan dalam bidang sampingan.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web http://syskuin.unishams.edu.my/rekrut/home.php dan muatnaik dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan benar pada pautan Google Form yang dinyatakan di dalam laman sesawang tersebut.

    Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Di UniSHAMS (Klik Sini)

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

  • Jawatan Kosong Penolong Juruaudit Gred W29 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Penolong Juruaudit Gred W29 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Penolong Juruaudit Gred W29 Di Universti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kini dibuka. UniSHAMS mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Penolong Juruaudit Gred W29
    Lokasi Jawatan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Nama Majikan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Gaji : Minima RM1,498 dan Maksima RM5,678
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan :
    Tempoh Lantikan (Kontrak) : 2 tahun (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Tempoh Percubaan (Tetap) : 6 hingga 24 bulan (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Bidang Jawatan :

    1. Audit

    Tarikh Tutup Permohonan : 28 September 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

    SYARAT LANTIKAN PENOLONG JURUAUDIT GRED W29 DI UniSHAMS

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Mempunyai sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    3. Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan, Perbankan atau Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    4. Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Calon yang mempunyai pengalaman tambahan dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web http://syskuin.unishams.edu.my/rekrut/home.php dan muatnaik dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan benar pada pautan Google Form yang dinyatakan di dalam laman sesawang tersebut.

    Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

    Untuk Maklumat lanjut berkenaanJawatan Kosong Penolong Juruaudit Gred W29 Di UniSHAMS (Klik Sini)

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

  • Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di UniSHAMS

    Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19 Di Universti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) kini dibuka. UniSHAMS mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N19
    Lokasi Jawatan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Nama Majikan :Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
    Gaji : Minima RM1,352 dan Maksima RM4,003
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Jawatan :
    Tempoh Lantikan (Kontrak) : 2 tahun (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Tempoh Percubaan (Tetap) : 6 hingga 24 bulan (tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengelola Universiti)
    Bidang Jawatan :

    1. Perkeranian / Operasi

    Tarikh Tutup Permohonan : 28 September 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Tadbir Gred N19 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

    SYARAT LANTIKAN PEMBANTU TADBIR  GRED N19 DI UniSHAMS

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    1. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, atau
    2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau
    3. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma/Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mana-mana bidang.

    PERMOHONAN JAWATAN

    Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di laman web http://syskuin.unishams.edu.my/rekrut/home.php dan muatnaik dokumen-dokumen berkaitan yang disahkan benar pada pautan Google Form yang dinyatakan di dalam laman sesawang tersebut.

    Sila nyatakan gaji yang ingin dipohon dan sertakan slip gaji terkini sebagai rujukan.

    Untuk Maklumat lanjut berkenaanJawatan Kosong Pembantu Tadbir Gred N19Di UniSHAMS (Klik Sini)

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda

  • Semakan Hebahan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022

    Semakan Hebahan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022

    Calon-calon (pemohon) lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2021 /2022 sudah boleh membuat Semakan Hebahan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022. Pelbagai platform atas talian boleh dilayari untuk membuat semakan ini.

    TARIKH SEMAKAN HEBAHAN KEPUTUSAN LEPASAN STPM/SETARAF

    Mengikut data yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), pemohon sudah boleh membuat semakan bermula pada :

    Tarikh : 15 September 2021 (Rabu)
    Masa : 12 tengahari

    Hingga

    Tarikh : 25 September 2021 (Sabtu)
    Masa : 5 petang

    CARA SEMAKAN

    Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan Semakan Hebahan Keputusan Lepasan STPM/Setaraf keputusan Sesi Akademik 2021/2022 mengikut kategori. Juga tiada semakan secara SMS disediakan.

    Semakan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut :

    1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : Klik Sini
    2. Universiti Utara Malaysia (UUM) : Klik Sini
    3. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) : Klik Sini
    4. Universiti Malaysia Sabah (UMS) : Klik Sini
    5. Universiti Malaysia Terengganu : Klik Sini

    Semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPOCKET. Boleh dimuat turun di :

    Tempoh setuju menerima tawaran adalah dari 16 September hingga 25 September 2021

    PERMOHONAN RAYUAN UPUOnline

    Kepada pemohon yang telah gagal mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan secara atas talian. Calon yang gagal sahaja layak mengemukakan rayuan.

    Permohonan Rayuan akan dibuka pada :

    Tarikh : 15 September 2021 (Rabu)
    Masa : 12 tengahari

    Hingga

    Tarikh : 25 September 2021 (Sabtu)
    Masa : 5 petang

    Semakan rayuan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

    INFO UPUONLINE

    Talian Hotline BKPA akan beroperasi seperti biasa bermula 14 SEPTEMBER 2021

    Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline boleh hubungi nombor yang tertera:

    03-8870 8200

    WAKTU OPERASI

    ISNIN HINGGA JUMAAT
    8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG

    WAKTU REHAT

    ISNIN HINGGA KHAMIS
    1.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG

    Klik Sini Untuk lebih info berkaitan pendidikan untuk anda