9 Penyanyi Lagenda Rock Disatukan dalam Konsert Lagenda Rock Berzaman

AVvXsEimZFoVeBHT3KnDodOTiiOXKweMxu5OXrs4fDzSJ8E48YhTO5bOPZs9DCe4B5r7Rh1TFiFlmdCM6 1i1izz1KQhVz7Qf9kUbcWOLJpH4P9mi9ar5 CuRZnmc 8ntmzhJ U M S4eji8KoZu7PljLEp8w8ER09pBL5sT0jM7M5A1ycOsCFBNtfGAOdBz6GQ=w563 h340

Untuk kali pertama dalam sejarah, penggemar tegar rock dari era 1990-an mempunyai kesempatan untuk menikmati persembahan sembilan penyanyi legenda tanah air dalam Konsert Rock Lagend Berzaman.

Bertempat di Megastar Arena gabungan 9 lagenda rock tanah air telah beraksi di atas satu pentas yang cukup luar biasa dan berjaya mengumpukan seramai 3,000 peminat untuk hadir menyaksikan persembahan yang pasti mengembalikan nostalgia pada setiap penonton yang hadir.

Pihak penganjur RAR Sky Entertainment, telah berjaya membawa barisan penyanyi yang hebat dan mempunyai Aura yang tersendiri, setiap persembahan mendapat sorakan yang begitu gemuruh sehingga gamat seluruh Arena Megastar. Sembilan penyanyi ini telah mempersembahkan sebanyak 30 set lagu yang hebat yang pernah mencipta nostalgia dan telah meriahkan industri muzik tanah air berzaman.

Ketika ditanya mengenai kriteria pemilihan barisan penyanyi, Pengurus RAR Sky Entertainment iaitu Muhammad Iskandar Ali memaklumkan bahawa pemilihan penyanyi dibuat mengikut permintaan usahawan popular, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang bertindak sebagai penaja bagi konsert tersebut.

Menurut Kak KM, minat mendalam terhadap lagu rock kapak serta band rock yang popular era 1980-an dan 1990-an mencetuskan idea penglibatan dan pemilihan penyanyi konsert berkenaan.

“Saya sememangnya peminat tegar bagi lagu-lagu bergenre rock jiwang dan ‘tangkap leleh’ malah sering mendengar lagu-lagu tersebut sewaktu memasak di dapur setiap pagi” katanya.

AVvXsEgju75 VLkWSO7 C8hPXizMJQGkpuu8 ugykkEPheqCAy2dL3nDf UqbuSKMObPRJYV7zUI u1 WIjS3VhTCRBIeWrziCkEry7JnuitWwy5nQ8 4geBiIZumRf1bInAsc KO w2QjULkY dtKsWrYF1uY2cGCaf ldy8fDsMFR 7bZgmoSf1W7KFzgPW9s=w579 h329

Sembilan barisan penyanyi legenda yang telah membuat persembahan pada hari itu adalah Azan Scan, Poey Sting, Hazama, Shidi Data, Ameng Spring, Amir UK’s, Ezad Lazim, Zamani Slam dan Mus May.

Persembahan dibuka oleh Azan yang membuka dengan lagu ‘Disana Mawar dan Di Sini Penawar’ sekaligus membuat seluruh dewan berosoran dan turut menyanyi bersama. Seterusnya lagu ‘Yang kalut Difikirkan’ dan ‘Kau Dipaksa Aku Terpaksa’.

Penyanyi kedua Poey mengambil alih pentas dengan tiga buah lagu iaitu, ‘Adakah kau setia’, ‘Dalam dian aku mencintaimu’, ‘Kau tetap kuhajati’. seterusnya Hazama mempersembahkan 3 buah lagu ‘Bukan ku tak sudi’, ‘Aduhai seribu kali sayang’ dan ‘Relakan jiwa’ yang membuatkan setiap penonton yang hadir menyanyi bersama.

Giliran Shidi pula membuat persembahan dengan tiga buah lagu iaitu ‘Nyanyian rindu buat kekasih’, ‘Mengulit kenangan’ dan ‘Permaisuri’. Menyerahkan ‘baton’ kepada Ameng dengan lagunya ‘Cempaka di rembulan’, ‘Sejiwa’, ‘Butakah cinta dan ‘Romantis’.

Amir dan Ezad telah mempersembahkan tiga buah lagu masing-masing iaitu ‘Seksa’, ‘Pahit akan manis akhirnya’, ‘Disana menanti disini menunggu’, ‘Seperti dulu’, ‘Masih teserlah ayumu, dan ‘Mengintai dari tirai kamar’ nyanyian mereka menyusuk terus ke jiwa pononton yang bangun dan bernyanyi bersama.

Zamani mempersembahkan lagu ‘Kembali merindu’, ‘Tak mungkin berpaling’, ‘Nur kasih’ dan Gerimis Mengundang dan ahir sekali Mus dengan lagu ‘Sinar’, ‘Cintamu mekar dihati’ dan ‘Sendiri’. Buat penutup persembahan kesemua 9 penyanyi telah keluar dan mendendangkan lagu Srikandi Cintaku.

AVvXsEg6 7yggmMbdfcR0N4VotPKkmdjfm S0OVmS443lhX hB9rpI xZUHucNZ N7HzgX0w3p0DRQHkvqw3IA QJ 94IHojtzsfK 8XVpKMmDamVhkPxn3guiad9d z4qgXicFZeGzhahhUO4VvGaL SzZF7jss9iapAnl9BmN49dBeDAWbSZP5P89 O4q5T8M=w571 h323

Pastinya setiap barisan penyanyi mendapat sorakan yang gemuruh dan berjaya mengambalikan nostalgia mana tidaknya setiap penonton yang hadir pulang dengan senyuman pada setiap riak wajah mereka.

Bagi pihak penganjur, mereka terharu akhirnya konsert ini berjaya dan telah mencatat sejarahnya yang tersendiri.

“Saya amat gembira dengan kejayaan konsert malam ini dan ini merupakan permulaan saya mencuba dalam perniagaan baru.

“Kami cukup teruja malah diharapkan konsert ini mengubat kerinduan semua peminat muzik rock tanah air.

“Walaupun agak sukar untuk menghimpan sembilan legenda rock terkenal tanah air di atas satu pentas, kami berjaya melakukan dengan cemerlang dan berharap agar konsert ini akan menjadi kenangan indah buat penonton,” ujar Nona.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "9 Penyanyi Lagenda Rock Disatukan dalam Konsert Lagenda Rock Berzaman" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment