VIVO Y100 MUNCUL DENGAN KEHEBATAN TEKNOLOGI TERKINI

AVvXsEjsobLZgFmzSsDzCuTVbDarIJtFmwlByy rhrBUp8DCkFixZ78Ywz4UPURV66aZJodK6iXMsU5FfEmyONj2NT378Hj7MBOtqwGXOjHUzuh8eNWlrbpWGbwWXAocwm1gQT8xPzjCBOV7gi MtvNaMRgwd6fbneogF gtp9AuFkLL2cYDh61DNY8VfSoBTlQ=w559 h316

Pada 27 Februari lalu, Vivo telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Vivo Y100 5G, di Brick Studio, Sunway Damansara. Telefon ini menampilkan sejumlah pembaharuan teknologi yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna dengan lebih mudah dan cekap.

Vivo Y100 5G menggunakan 8-core CPU dan chip Snapdragon 4 Gen 2 serta menggunakan Operating System (OS) vivo iaitu Funtouch OS 14. Ia mempunyai 8GB RAM yang boleh ditambahbaik dengan tambahan 8 GB RAM dan menjadikan ia 16 GB RAM.

Telefon pintar ini juga menggunakan 6.67-inch 120 Hz Ultra Vision AMOLED Dotch Display dan ditambah dengan 300% Volume Audio serta Dual Stereo Speaker untuk menjadikan telefon ini sebagai sebuah panggung wayang mini.

AVvXsEgnlq6U4qf WTqdtN5Zm5Dt3Dc1jrNhTqY9fbHIUBnF5o2k0cTsNTckO9l1taxw wRNGolweCsxBeMsLdqIAiAkAuw IbUn96x OZI3X0IX8tyW6rierGXXX0W Wj avTgUX5kpvb37ctZrf9comP2b1nAxjAmdLt2nbKDo598ZNX4gLM41Y bJvrNrsyo=w565 h319

Dengan bateri yang mempunyai 5000 mAH serta FlashCharging, ia membolehkan pembeli untuk menggunakannya untuk jangka masa yang lama tanpa menggunakan charger. Ia turut tiba dengan Overnight Charging Protection yang mengikut corak tidur pengguna dan hanya akan charge sehingga 80%. Ia akan sambung sehingga 100% sebelum pengguna bangun dari tidur.

Kamera vivo Y100 5G mempunyai 8MP kamera potrait, 50MP kamera utama, 8MP kamera Ultra Wide Angle dan kamera Flicker Sensor. Ia akan membantu pengguna untuk menangkap gambar dengan lebih cantik, jelas terutama sekali dengan penggunaan Ultra Wide Angle yang memudahkan pengguna untuk menangkap gambar tanpa bergerak ke belakang untuk muatkan objek dalam gambar.

AVvXsEgrq7hJbQ74IeoADsBbmhV6mZZfd1UfiYvax opg8tM1 hBzbzWaAVZDBVAaXIiS52beU4CVRUqyIvu6CFDF9ZPy KR7JPFdA pxCF93kbG9yjRINY9g4jLXslzfwrg9XjPI5mnscQN B9Rv sadTjJ6R Nbk9CfnKvMyUOUJ3vxQBKG0oY0N5eD0ew2nk=w550 h343

Ia dibuat menggunakan EcoFibre Leather dan menggunakan frame Metalic High Gloss yang memberikan pengguna rupa astetik untuk telefon ini. Leather yang digunakan vivo merupakan satu teknologi baharu yang berfungsi untuk menghalang pelbagai jenis kotoran dan sinaran UV.

Harga Vivo Y100 5G akan bermula dijual pada 28 Februari pada harga RM1199 untuk variasi 8GB+256GB. Pembeli boleh membeli telefon ini di stor konsep vivo, vivo e-store, Shopee, dan Lazada. Untuk pertanyaan dengan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini, kunjungi ke website rasmi, Facebook atau Instagram Vivo Malaysia

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "VIVO Y100 MUNCUL DENGAN KEHEBATAN TEKNOLOGI TERKINI" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment