Varisha Collection Perkenalkan ‘Raya Series’ Eksklusif dengan Amira Othman Sebagai Duta Rasmi

Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan bangga mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaru mereka, “Raya Series,” yang berlangsung dari 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam. Acara ini turut meriah dengan pengumuman pelantikan penyanyi dan pelakon popular, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, serta pelancaran lagu terbaru beliau yang berjudul “Bila Nak Kahwin.”

Lagu “Bila Nak Kahwin,” yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025. Video muzik untuk lagu pop yang penuh emosi ini dijadualkan tayang pada 11 Januari 2025 jam 3 petang. Lagu tersebut adalah hasil ciptaan komposer terkenal Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira Othman sendiri.

Koleksi “Raya Series” dari Varisha menonjolkan keindahan fabrik “Ultra Comfort Cotton Voile,” yang direka menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan yang luar biasa, ketahanan yang tinggi, serta reka bentuk elegan yang sesuai untuk kegunaan harian dan acara formal. Kelebihan utama material ini adalah ia mudah dibentuk, ringan, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan ideal bagi wanita moden yang mengutamakan keselesaan dan penampilan yang menawan sepanjang hari.

Pada 11 Januari 2025, acara puncak pelancaran akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan menghiburkan para pengunjung dengan persembahan eksklusif termasuk lagu baharunya, “Bila Nak Kahwin,” serta beberapa lagu hits seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga.” Selain itu, pengunjung berpeluang bertemu secara langsung dengan Amira menerusi kempen “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman,” yang dijangka menarik ramai peminat untuk hadir.

Bagi memastikan kejayaan pelancaran ini, Varisha telah melaksanakan pelbagai promosi termasuk kempen media sosial, kerjasama dengan influencers, serta kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs). Semua langkah ini bertujuan memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.

Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY,” jenama ini terus komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memberikan mereka keyakinan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.