Vaksin Covid-19 Di Rumah

Vaksin Covid-19 Di Rumah. Negara sekarang ini telah hampiri untuk mencapai imuniti kelompok bagi program vaksinasi. Walau bagaimana pun, masih ada lagi yang belum mendapatkan vaksinasi kerana terlantar di rumah dan tidak berdaya untuk ke pusat vaksinasi.

Oleh itu, kerajaan telah membuat satu penyelesaian melalui kaedah pelaksanaan outreach (jangkau luar) dengan penglibatan anggota kesihatan, pesakit bed-ridden (terlantar) yang boleh mendapatkan vaksin degan mudah.Iaitu dengan menerima Vaksin Covid-19 Di Rumah

Ahli keluarga perlulah memastikan pesakit ini mendaftar terlebih dahulu dengan cara memaklumkan kepada mana-mana fasiliti terdekat dengan tempat tinggal. Fasiliti yang dimaksudkan termasuklah Klinik, Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

KELAYAKAN UNTUK MENERIMA VAKSIN COVID-19 DI RUMAH

  1. Individu terlantar
  2. Orang kurang upaya (OKU) dengan ketidakupayaan fizikal atau mental yang serius
  3. Warga emas dengan ketidakupayaan fizikal atau mental yang serius
  4. Penjaga pesakit terlantar, serta seisi rumah yang berumur 18 tahun ke atas.

LOKASI PENDAFTARAN UNTUK MENERIMA VAKSIN COVID-19 DI RUMAH

  1. Klinik Kesihatan
  2. Pejabat Kesihatan Daerah
  3. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  4. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
  5. Lokasi pendaftaran lain-lain

MENGAPA PESAKIT TERLANTAR PERLU DIVAKSIN

  1. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan disebabkan oleh kondisi mobiliti yang terhad dan komorbid.
  2. Sebarang jangkitan boleh membawa kepada komplikasi yang teruk.
  3. Kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan adalah tinggi.

vaksin dari rumah

Berita lanjut mengenai Vaksinasi Covid-19 bagi pesakit terlantar di rumah Klik Sini

Klik Sini untuk info lanjut jenis vaksin Covid-19 di Malaysia

 

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Vaksin Covid-19 Di Rumah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment