Vaksin Covid-19 Di Malaysia

Vaksin Covid-19 Di Malaysia. Sebelum kita mengenali apakah itu Vaksin bagi Covid-19, kita perlu lebih tahu apakah itu Covid-19. Penyakit Covid -19 adalah disebabkan oleh coronavirus yang disebut SARS-CoV-2. Gejala mungkin muncul dalam 2 hingga 14 hari selepas terdedah kepada virus. Terdapat juga varian-varian baru dari evolusi virus tersebut. Oleh itu dunia telah bertungkus lumus untuk mewujudkan beberapa jenis vaksin untuk melawan virus Covid-19. Ada beberapa jenis vaksin Covid-19 di malaysia yang boleh kita dapatkan demi memutuskan rantaian virus Covid-19. Sebelum itu, mari kita mendalami apa itu virus Covid-19.

SIMPTOM / GEJALA COVID-19

  1. demam atau menggigil
  2. batuk
  3. sesak nafas
  4. keletihan
  5. sakit otot atau badan
  6. sakit kepala
  7. hilang deria rasa dan bau
  8. sakit tekak
  9. hidung berair
  10. loya atau muntah
  11. cirit-birit

GOLONGAN BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN

  1. kanak- kanak
  2. warga emas berusia 65 tahun ke atas
  3. pesakit kronik
  4. pesakit daya ketahanan lemah
  5. wanita hamil

kanak2 covid

KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID-19

Vaksin covid-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit Covid-19. Apabila semakin ramai orang mendapatkan vaksin, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang juga kadang-kala tidak layak menerima vaksin

 

JENIS VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA

  1. Vaksin Covid -19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
  2. Vaksin Covid -19 viral vector keluaran Astra Zeneca
  3. Vaksin Covid -19 inactivated keluaran Sinovac
  4. Vaksin Covid -19 recombinant viral vector keluaran Cansino
  5. Vaksin Covid -19 vector keluaran Gameleya

HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA

Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020, mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin Covid-19 yang akan diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA

  1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit
  2. Anda mesti memaklumkan kepada pegawai kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menrima vaksin Covid-19.
  • kesukaran bernafas
  • pembekakan muka, bibir dan tekak
  • denyutan jantung yang sangat cepat
  • ruam teruk timbul di seluruh muka
  • merasa pening dan lemah tubuh badan

Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19.

kad vaksinasi

KEBERKESANAN

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan
meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius.

Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.

PENOLAKAN VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA

Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.

PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19

Terdapat 3 cara mudah untuk anda mendaftar vaksinasi Covid-19

Pilihan 1 :

Muat turun dan daftar melalui aplikasi MySejahtera. Boleh muat turun di beberapa platform berbeza mengikut telefon pintar anda

google play 1 apple 1 huawei galerry 1

Pilihan 2 :

Daftar vaksinasi terus melalui laman web : https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/

Pilihan 3 : Hubungi Pusat Vaksinasi Negara dan sambungkan kepada pegawai perhubungan pelanggan yang akan membantu proses pendaftaran : 1800-888-8280

Rujuk gambar dibawah untuk jumlah pendafaran yang dikemas kini 30 Ogos 2021

pendaftaran

Klik Sini Untuk lebih info berkenaan vaksin Covid-19 bagi pesakit yang terlantar di rumah

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Vaksin Covid-19 Di Malaysia" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment