UNTUK MASALAH PERKHIDMATAN PENERBANGAN, PENGGUNA DIMINTA UNTUK MENGHUBUNGI MAVCOM SECARA TERUS.

Persatuan Pengguna (FOMCA) mengadu mengenai harga, perkhidmatan, perubahan jadual dan pembatalan penerbangan dalam Buletin Utama 16 April 2023. Kebimbangan ini telah dibawa ke perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Kementerian ingin memaklumkan kepada semua pengguna perkhidmatan pengangkutan udara bahawa mulai 1 Mac 2016, melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, seksyen 99(1)(c) yang telah dipinda dengan memasukkan seksyen 99(1)(ca) yang memperuntukkan bahawa apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan adalah diluar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN dan segala aduan berkenaan dengannya hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan/ merakam semua transaksi bila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada MAVCOM beserta dengan bahan bukti yang telah dirakam dan disimpan. Aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel [email protected] jika mereka berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Walau bagaimana pun, segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "UNTUK MASALAH PERKHIDMATAN PENERBANGAN, PENGGUNA DIMINTA UNTUK MENGHUBUNGI MAVCOM SECARA TERUS." adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment