40,000 METRIK TAN SEBULAN MUNGKIN DIKURANGKAN DALAM PENJELASAN KPDN MENGENAI KEKELIRUAN BERKAITAN SUBSIDI KUOTA MINYAK MASAK

Berdasarkan laporan media arus perdana baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai subjek had minyak masak bersubsidi yang boleh diturunkan kepada 40,000 tan metrik sebulan.

KPDN ingin memaklumkan bahawa, setakat ini, kuota sebanyak 60,000 tan metrik minyak masak subsidi adalah kekal dan Kementerian tiada cadangan untuk mengurangkan kuota sedia ada tersebut kepada 40,000 tan metrik sebulan. Ini adalah kerana daripada jumlah kuota 60,000 tan metrik itu yang bersamaan 60 juta pek minyak masak bersubsidi 1kg adalah mencukupi sekiranya digunakan oleh isi rumah sahaja.

Walau bagaimana pun, hasil pemeriksaan harian, didapati kerap berlaku kekurangan minyak masak bersubsidi di kawasan tertentu. Situasi ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain terutama pembelian oleh golongan bukan isi rumah, pembukaan sektor perniagaan yang menggunakan minyak masak dalam perniagaan mereka, syarikat-syarikat 2 pembungkus yang tidak beroperasi pada tahap maksima, masalah pengedaran, tindakan kes-kes oleh KPDN sendiri selain digunakan bagi pelbagai program anjuran Kerajaan.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "40,000 METRIK TAN SEBULAN MUNGKIN DIKURANGKAN DALAM PENJELASAN KPDN MENGENAI KEKELIRUAN BERKAITAN SUBSIDI KUOTA MINYAK MASAK" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment