Tukar Kad ATM Secara Online

Tukar Kad ATM Secara Online. Di waktu pandemik dan perintah kawalan pergerakan seluruh negara sekarang ini, ramai yang memilih untuk duduk dirumah. Bagi yang mempunyai urusan bank, terpaksa juga menuju ke bank yang berdekatan. Antara masalah perbankan yang ada adalah kad Debit/ATM yang rosak atau sudah tamat tempoh. Anda perlu ke bank yang berdekatan untuk menukar kad yang baru. Dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negari sekarang ini, pergerakan anda untuk menuju ke bank terdekat adalah terbatas dan juga mungkin membahayakan diri anda dan keluarga kerana terdedah kepada virus Covid-19 yang sedang pantas merebak.

Dengan adanya servis untuk Tukar Kad ATM Secara Online, kini anda tidak lagi perlu keluar dan munuju ke bank demi memutuskan rataian virus Covid-19.

Caj biasa yang dikenakan untuk tukar kad atm secara online adalah RM12.00 untuk setiap kad yang berjaya ditukar baru. Pihak bank akan tolak amaun berkenaan dari baki akaun anda.

Baca Juga : Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad

CARA TUKAR KAD ATM SECARA ONLINE

Berikut disertakan cara penukaran Kad ATM atau Debit melalui atas talian mengikut Jenis Bank :

MAYBANK

  1. Layari pautan Maybank2U: www.maybank2u.com.my
  2. Log Masuk akaun anda.
  3. Klik pada Card Management
  4. Klik pada ATM/DEBIT CARD.
  5. Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card
  6. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
  7. Klik setuju pada Terma & Syarat
  8. Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
  9. Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai.
  10. Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

CIMB BANK

  1. Layari pautan Cimb Clicks: www.cimbclicks.com.my
  2. Log masuk akaun anda
  3. Sekiranya keluar paparan ‘your debit card needs to be replace by following card for continues smooth usage. Please clik here for delivery at no cost’
  4. Klik pada Yes, I Want To replace My Debit Card Now
  5. Isi alamat untuk card debit cimb yang baru di pos ke rumah anda
  6. Isi maklumat yang diperlukan.
  7. Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
  8. Tunggu kad sampai ke rumah anda.

BANK RAKYAT

  1. Layari pautan i-Rakyat:  www.irakyat.com.my
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik pada Card Replacement
  4. Lengkapkan butiran anda
  5. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
  6. Klik Request tac dan masukkan no tac tersebut
  7. Selesai, anda hanya tunggu proses penghantaran kad anda.

HONG LEONG BANK

  1. Layari pautan HLB Connet: s.hongleongconnect.my
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pergi ke ‘Other Services
  4. Klik pada ‘Request Card Replacement
  5. Pilih pada no kad debit anda
  6. klik ‘ Replace’ dan masukkan TAC
  7. Ikuti arahan untuk menyelesaikan langkah penukaran kad debit baru anda

PUBLIC BANK

  1. Layari pautan PBe Bank: www.pbebank.com
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pilih pada Card Management
  4. Di bahagian Card Management, pilih kad yang perlu diganti dan pilih untuk membuat permohonan semula kad ATM.
  5. Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai

AFFIN BANK

  1. Layari pautan Affin online: rib.affinonline.com
  2. Log masuk akaun anda
  3. Pilih “e-perkhidmatan” Kemudian pilih “Perkhidmatan Kad ATM”
  4. klik “Minta ATM / Kad Debit” Mengesahkan permintaan dengan OTP yang dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan
  5. Ikuti arahan selanjutnya sehingga permohonan anda selesai

PENGAKTIFAN KAD BARU SETELAH TUKAR KAD ATM SECARA ONLINE

Tak Perlu Ke Bank! Ini Cara Tukar Kad ATM/Debit Maybank Yang Tamat Tempoh Atau Rosak Secara Online | BuzzKini

Apabila kad debit / ATM yang dipohon sudah sampai selepas tukar kad ATM secara online, anda perlu mengaktifkan sendiri kad tersebut secara atas talian atau melalui mesin ATM yang berdekatan

Aktifkan Kad Di ATM (contoh mesin ATM MAYBANK)

  1. Masukkan kad
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan no PIN
  4. Pilih transaksi lain
  5. Pilih perkhidmatan lain
  6. Tekan skrin berikutnya
  7. Tekan pada Pengaktifan Kad

Aktifkan Kad Secara Online (contoh web atas talian MAYBANK)

  1. Log masuk laman web www.maybank2u.com.my
  2. Klik Settings
  3. Klik Cards
  4. Klik Manage Debit Cards
  5. Klik Activate

Pastikan anda aktifkan kad debit baru anda dalam tempoh 90 hari selepas diterima selepas tukar kad ATM secara online. Kegagalan anda untuk aktifkan kad dalam tempoh tesebut akan menyebabkan anda perlu membuat permohonan baru.

Caj biasa yang dikenakan adalah RM12.00 untuk setiap kad yang berjaya ditukar baru. Pihak bank akan tolak amaun berkenaan dari baki akaun anda.

Klik Disini untuk banyak lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tukar Kad ATM Secara Online" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment