Tarikh Bayaran GKP Fasa 2. Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mrngumumkan berkenaan tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 Fasa 2. GKP 4.0 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah pakej PEMULIH. Sudah terbukti bahawa GKP sebelum ini sangat berkesan dan telah memberikan impak yang positif kepada Perusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) dalam menyokong kelangsungan perniagaan mereka.
TARIKH BAYARAN GKP FASA 2
Tarikh Bayaran GKP Fasa 2 adalah bermula 23 November 2021 (Selasa)
SEMAK STATUS GKP 4.0 ANDA
Semakan status kelulusan GKP telah boleh di buat bermula 20 September 2021 yang lalu melalui laman web rasmi GKP. Cara membuat semakan status adalah seperti berikut:
- Layari laman web rasmi GKP : [Klik Disini]
- Klik ‘Log Masuk‘.
- Isi nombor kad pengenalan anda.
- Masukkan kata laluan anda.
- Tekan butang ‘Log masuk‘.
Status kelulusan GKP anda akan terpapar.
TARIKH RASMI DAN JUMLAH BAYRAN GKP 4.0
Untuk pengetahuan penerima GKP 4.0, pembayaran akan dikreditkan secara berperingkat dengan bayaran fasa pertama dan kedua seperti berikut:
- Fasa 1: Terima RM500 pada 21 September 2021.
- Fasa 2: Terima RM500 pada 23 November 2021.
Jadi, jumlah yang akan diterima oleh setiap penerima sebanyak RM1,000.
Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda