Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status. Warganegara Malaysia sekarang ini sedang menunggu dan menantikan keputusan kelulusan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) samada lulus atau tidak.

Tarikh akhir permohonan baru dan kemaskini telah pun berlalu iaitu 31 Januari 2022.

bayaran bkm 2022

Semakan Status Di MyBKM

Untuk semakan status kelulusan BKM dan Tarikh Bayaran BKM Fasa 1, anda boleh terus ke pautan rasmi MyBKM dibawah :

MyBKM adalah kemudahan secara online untuk mengemaskini permohonan, serta membuat semakan BKM 2022.

Untuk Log Masuk MyBKM, anda memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika anda terlupa, atau hilang kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan semasa log masuk MyBKM, ID MyBKM anda akan disekat dan akan dibuka semula selepas 24 jam.

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Cara Membuat Semakan Status

  1. Layari Portal Rasmi MyBKM (Log Masuk MyBKM)
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda (ID Pengguna)
  3. Klik SEMAK
  4. Buat pengesahan “Soalan Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan dan Log Masuk
  6. Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (MyBKM) akan terpapar
  7. Klik “Semakan Status
  8. Status permohonan anda akan dipaparkan disini, samada Permohonan Diterima, Tiada Dalam Rekod, Lulus dan Tidak Lulus.
  9. Maklumat Pembayaran iaitu tarikh, jumlah kredit bayaran akan dipaparkan oleh pihak LHDN kelak apabila di dikemaskini.

Kaedah Bayaran MyBKM

Melalui Akaun Bank

  • Berjaya Kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit :Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Untuk makluman anda, Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 adalah pada Bulan Mac 2022. Tarikh tepat untuk Bayaran BKM Fasa 1 masih lagi belum diketahui. Kami di MyPermohonan akan mengemaskini artikel ini jika telah mendapat tarikh yang tepat di masa akan datang.

FB IMG 1641271090715
Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status 4

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tarikh Bayaran BKM Fasa 1, anda boleh muat turun FAQ BKM di pautan seperti dibawah :

Bantuan Keluarga Malaysia : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

MyBKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20MyBKM.pdf

Wakil BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Wakil%20BKM.pdf

Paparan Portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Paparan%20Portal%20BKM.pdf

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment