Tag: #VITS

  • Vit’s Dengan Bangganya Mempersebahkan Festivaal Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90-AN’ bersama-sama Persatuan Karyawan Malaysia.

    Vit’s Dengan Bangganya Mempersebahkan Festivaal Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90-AN’ bersama-sama Persatuan Karyawan Malaysia.

    Vit’s, jenama mi segera yang terkenal di Malaysia, bersama-sama dengan Persatuan Karyawan Malaysia, dengan sukacitanya mempersembahkan Festival Muzik Vits – ‘KONSERT TELAN KASET 90’AN’. Acara ini diadakan bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang julung kalinya diadakan, berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 2024 di Padang Timur, Petaling Jaya, dari jam 10 pagi hingga 11:30 malam.

    Festival ini akan menampilkan barisan artis popular era 90-an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, serta DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.

    Penganjur dari pihak Vit’s, Pn. Baizura Tazri, menyatakan, “Ini merupakan kali pertama Vit’s menganjurkan festival muzik yang menggabungkan elemen muzik dan makanan. Vit’s Music Festival ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan berasaskan mi sambil dihiburkan dengan muzik 90-an.”

    vit's

    Beliau menambah, konsert ini bertujuan untuk mengubati kerinduan peminat muzik 90-an dengan mempersembahkan lagu-lagu hits dari era tersebut, serta menyediakan pelbagai jenis makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan banyak lagi.

    “Selain itu, konsert ini juga bermatlamat untuk mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui jualan tiket. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan karyawan yang memerlukan bantuan, selaras dengan tujuan penubuhan persatuan ini,” kata Pn. Baizura.

    Festival Muzik Vits ini dijangka akan menampilkan 17 penyanyi 90-an yang akan mempersembahkan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop, dan irama Malaysia sepanjang dua hari acara berlangsung, dari jam 8 malam hingga 11:30 malam.

    Para pengunjung juga berpeluang untuk mengunjungi lebih 80 gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan mi, serta menikmati pelbagai permainan karnival yang sesuai untuk seisi keluarga.

    “Setiap pengunjung yang hadir dengan berpakaian bertemakan 90-an seperti rock, hip hop, atau dangdut akan menerima hadiah. Selain itu, atas permintaan ramai di media sosial, kami juga akan mengadakan pertandingan karaoke pada kedua-dua hari acara dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi,” tambah Pn. Baizura.

    Festival ini turut mendapat sokongan daripada MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester, dan Irama Maju Productions, selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia.

    vit's

    Pn. Baizura mengakhiri, “Kami berharap festival makanan dan muzik berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90-an dan lagu-lagu hits mereka yang sentiasa segar dalam ingatan.”

    Mewakili Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez, beliau berharap agar para penonton dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini, dengan dana yang dikumpul akan disalurkan kepada persatuan.

    “Marilah beramai-ramai ke Vit’s Music Festival. Jumpa anda di sana!”

    Tiket untuk KONSERT TELAN KASET 90’AN dan karnival boleh didapati secara dalam talian mulai 16 Ogos 2024, jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang. Masuk ke Festival Mi Malaysia adalah percuma.

  • Produk Baru VIT’S Ramen Asam Laksa Ibu Sumbang kepada Tabung Persatuan Karyawan

    Produk Baru VIT’S Ramen Asam Laksa Ibu Sumbang kepada Tabung Persatuan Karyawan

    Persatuan Karyawan Malaysia telah menganjurkan majlis makan malam amal bagi mengumpul dana untuk tabung mereka. Majlis ini bertujuan untuk membantu ahli persatuan yang mengalami kesulitan, termasuk golongan belakang tabir dan individu yang terlibat dalam pelbagai aktiviti seni di Malaysia.

    Dato’ Freddie Fernandez, presiden persatuan, dengan gembira mengumumkan bahawa lebih dari RM 100,000.00 telah berjaya dikutip melalui jualan meja, yang akan memberi manfaat kepada lebih dari 100 ahli persatuan.

    Sebagai tanda sokongan kepada komuniti seni, VIT’S, sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah wujud sejak tahun 1975, telah menyumbangkan dana sebanyak RM 50,000.00 kepada Persatuan Karyawan. “VIT’S ingin bersama-sama membentuk komuniti yang menghargai sumbangan seni dan memberi peluang kepada mereka untuk terus berkarya,” kata En YT Lai, Pengarah Eksekutif VIT’S.

    Selain sumbangan kewangan, VIT’S juga bekerjasama dengan penyanyi legenda Datuk Khadijah Ibrahim untuk menghasilkan produk baru – Ramen Asam Laksa Ibu. Setiap pembelian produk ini akan menyumbangkan RM 1.00 kepada Persatuan Karyawan, dengan harapan dapat membantu ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

    Produk Ramen Asam Laksa Ibu dilancarkan dalam sebuah konsert amal yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT’S, Encik YT Lai, dan Yang Berbahagia Datuk Khadijah Ibrahim. Semua ini adalah langkah positif dalam memberi sokongan kepada komuniti seni tempatan yang berjasa.

    Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyanyi legenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim, dan ramai lagi dalam satu acara gemilang. Lebih dari seribu penonton, terdiri daripada penderma, turut bersama-sama berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

    VIT’S juga menghidangkan menu “Ramen Asam Laksa Ibu” di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk tersebut. Produk keluaran terbaru ini boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

    Maklumat lanjut sila lawati laman sesawang www.vitsnoodles.com.