Tag: #Sayap

  • ‘SAYAP’ Elly Mazlein Menerima Anugerah MALAYSIA BOOK OF RECORDS

    ‘SAYAP’ Elly Mazlein Menerima Anugerah MALAYSIA BOOK OF RECORDS

    Artis Versatil Malaysia Naungan Rocketfuel Entertainment Merupakan Artis Pertama Mempunyai Saluran Pop-Up Eksklusif

    Elly Mazlein terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’, terbitan muzik label berpengaruh tempatan, Rocketfuel Entertainment. Para peminat setia Elly Mazlein turut sama mencipta sejarah bersamanya apabila dapat menyaksikan video muzik ‘SAYAP’ yang ditayangkan bermula 12 tengah malam, 25 Januari 2024 dan 26 Januari 2024 menerusi saluran istimewa Elly Mazlein.

    Elly Mazlein merupakan artis pertama naungan Rocketfuel Entertainment yang berjaya memecahkan rekod ‘Longest Non-Stop Music Video Launching on A Pop-Up TV Channel’ atau Pelancaran video muzik tanpa henti terpanjang di saluran TV Pop-Up!

    Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mendapat  penganugerahan  istimewa ini. “Saya sangat gembira dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan dan  turut bersyukur dan berbangga kerana dengan anugerah ini memberikan saya semangat yang lebih tinggi dalam menjayakan kelahiran ‘SAYAP’ sebagai buah tangan terbaru di permulaan tahun 2024 ini”.

    Selama tempoh bersiaran selama 48 jam baru-baru ini, peminat Elly Mazlein dapat meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan.

    Bagi pihak Malaysia Book of Records, “Kami mengucapkan tahniah kepada Rocketfuel Entertainment selaku pihak syarikat rakaman bagi Elly Mazlein atas pencapaian ini dan kami berharap untuk terus mengiktiraf lebih banyak pencipta rekod tempatan untuk sebarang pencapaian seperti ini.”

    Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala untuk anda yang ingin menonton video muzik ‘SAYAP’, ianya boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

  • SINGLE TERBAHARU ELLY MAZLEIN BERJUDUL ‘SAYAP’

    SINGLE TERBAHARU ELLY MAZLEIN BERJUDUL ‘SAYAP’

    Artis Malaysia yang serba boleh, Elly Mazlein, Selepas hampir 17 tahun, membuat persembahan dan terbang tinggi dengan single terbaru berjudul ‘SAYAP’, terbitan label muzik tempatan yang berpengaruh, Rocketfuel Entertainment. Bermula pada 25 Januari 2024, jam 12 tengah hari, Elly Mazlein (Saluran 111) akan menganjurkan acara (pop-up) secara eksklusif untuk pengguna Astro. Peminat dan pendengar muzik boleh mula mendengar lagu dan menonton video muzik tempatan ‘SAYAP’

    Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.

    Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sekadar mewarnai industri muzik, namun ia menyaksikan saat yang signifikan dalam kerjaya Elly Mazlein yang semakin meningkat naik. Bersempena dengan pelancaran lagu ‘SAYAP’ ini, pihak Rocketfuel Entertainment dan Astro teruja untuk mencipta sejarah baharu dengan memberikan satu pengalaman unik kepada rakyat Malaysia untuk bersama- sama meraikan karya terbaharu Elly Mazlein menerusi saluran sementara (pop-up), Elly Mazlein (Saluran 111) di Astro.

    Elly Mazlein (Saluran 111) bakal bersiaran bermula 12 tengah malam, 25 Januari sehingga 11.59 malam, 26 Januari 2024, selama 48 jam di Astro. Selama tempoh bersiaran, peminat bakal meneroka dunia seni nyanyian Elly Mazlein dengan pelbagai pengisian menarik termasuk video muzik ‘SAYAP’, temu bual eksklusif dan momen-momen di sebalik pembikiran muzik video. Format unik ini ditampilkan untuk memberi pendekatan baharu yang lebih interaktif dan menggembirakan kepada peminat agar lebih mendekati dan meraikan kemunculan semula Elly Mazlein di pentas muzik tempatan. Sebagai tambahan, Elly Mazlein (Saluran 111), bakal mencipta sejarah dan meraih anugerah sebagai penerima Malaysia Book of Records yang akan dimaklumkan kelak.

    Elly Mazlein turut menyatakan keterujaannya mengenai pelancaran saluran istimewa ini. “Saya sangat gembira berkongsi ‘SAYAP’ dengan para peminat setelah sekian lama berada di dalan industry muzik tempatan. Elly Mazlein (Saluran 111) ini adalah salah satu cara untuk saya mencipta kenangan dan memberikan buah tangan terbaharu kepada peminat. Saya berharap agar semua peminat turut serta menyaksikannya dan menyertai saya dalam mencipta sejarah buat pertama kalinya di Malaysia!”

    Lagu ‘SAYAP’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan melalui kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. Manakala video muzik juga boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.

    Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘SAYAP’ bersama Elly Mazlein telah diadakan pada 24 Januari 2024, bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre.