Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan

Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyediakan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara Dan Luar Negara yang merupakan agihan sekaligus (one-off) kepada pemohon di kalangan Anak Jati Negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi di dalam atau luar negara mengikut syarat-syarat kelayakan tertentu.

Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK

Skim Agihan Awal IPT2022 oleh LZNK dibahagikan kepada 2 kategori permohonan iaitu Agihan IPT Dalam Nagara dan Agihan Awal IPT Luar Negara. Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

Skim Agihan Awal IPT Dalam dan Luar Negara bagi Kemasukan pengajian Tahun 2022

Jumlah Agihan

Jumlah bayaran Skim Agihan Awal IPT 2022 adalah seperti maklumat dibawah :

Dalam Negara

Peringkat PengajianJumlah Agihan
Sijil/MatrikulasiRM300.00
DiplomaRM600.00
Ijazah PertamaRM800.00

Luar Negara

Peringkat PengajianJumlah Agihan
Ijazah Pertama/Master/PhDRM1000.00

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK adalah 31 Disember 2022

Syarat Permohonan

Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 ini, pemohon perlu menepati syarat kelayakan seperti dibawah :

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negeri

  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti
  4. PASCA-SISWAZAH & SEPARUH MASA tidak layak memohon
  5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian
  6. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur.
  7. Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  8. Pemohon yang menyambung pengaijan dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP) adalah tidak layak memohon Agihan Awal IPTA
  9. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  10. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

  1. Beragama Islam
  2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan dan pendaftaran awal pengajian
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian
  5. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan
  6. Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agancy (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia
  7. Agihan ini hanya diberikan sekai sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
  8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK, anda boleh terus ke pautan rasmi LZNK di :

Dokumen Penting Bagi Permohonan

Dokumen yang perlu dimuat-naik bersama permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK :

  1. Salinan Kad Pengenalan (pemohon)
  2. Salinan Kad Pengenalan ( Waris / Penjaga )
  3. Salinan surat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
  4. Salinan Slip Bank / resit pembayaran pendaftaran awal pengajian, atau surat akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT
  5. Salinan akaun bank yang tertera nama pemohon
  6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan / Resit Zakat ( bagi yang berkaitan sahaja)

Klik Disini untuk lagi info dan maklumat berkaitan bantuan pendidikan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment