Single Solo Kedua Mateen Berjudul Asma Abu Bakar

rsz asma abu bakar mateen inlay cover

Perjalanan sirah kisah Asma binti Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan  raganya bagi membantu perjuangan Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa  Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik  single terbaru beliau.

Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah  Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi  menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah s.a.w dan ayahnya Saidina  Abu Bakar di Gua Thur.

“Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah  dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. Ia mengingatkan kita  bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu  perjuangan menegakkan agama Allah” Ujar Mateen.

rsz studio session 2023 03 14 153

Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama beliau  Teratas dilancarkan awal tahun yang lalu.

“Sebelum ini saya mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali  ini untuk single kedua saya memilih lagu yang lebih perlahan dan memerlukan  penghayatan serta memasukkan elemen sirah nabawiyah” Tambah Mateen lagi.

Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang  berlaku lebih 1400 tahun lalu. Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit  berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.

Studio Session 2023 03 14 159

“Saya harap lagu ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pendengar semua serta  dapat dihayati dan diambil iktibar dari kisah sirah yang cuba disampaikan” ujar Mateen

Lagu Asma Abu Bakar baru sahaja dilancarkan pada 16 Februari 2024 yang lalu dan kini  telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Single Solo Kedua Mateen Berjudul Asma Abu Bakar" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment