Semakan Status Permohonan Pencen

Status Permohonan Pencen. Semakan Status Permohonan Pencen untuk penjawat awam yang akan mencapai tarikh persaraan atau membuat persaraan pilihan, sudah semestinya ingin mengetahui cara permohonan dan semakan status permohonan pencen. Kepada penjawat awam yang berpencen tidak lama lagi, kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan permohonan pencen.

STATUS PERMOHONAN PENCEN

Untuk membuat permohonan pencen atau persaraan, penjawat awam mempunyai 2 pilihan utama persaraan iaitu :

  1. Persaraan Wajib
  2. Persaraan Pilihan

Persaraan Wajib

  1. Pegawai / pekerja yang berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam
  2. Tidak perlu membuat permohonan kerana ini adalah persaraan wajib kerana cukup umur bersara mengikut opsyen yang dipilih

Persaraan Pilihan

  1. Telah disahkan dalam jawatan
  2. Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  3. Berumur 40 tahun dan ke atas
  4. Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  5. Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  6. Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
  7. Hantar ke permohonan bertulis kepada pihak Sumber manusia jabatan dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh persaraan pilihan.

PERMOHONAN PENCEN DAN GANTIAN CUTI REHAT

Untuk permohonan pencen wajib dan pilihan, borang permohonan boleh didapatkan melalui pautan ini [Klik Disini]

PERANAN BAKAL PESARA

Sekiranya anda ingin bersara/pencen, berikut adalah tanggungjawab anda:

  • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
  • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
  • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
  • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
  • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
  • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
  • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.
  • Ringkasan fungsi dan tanggungjawab antara jabatan mengurus, bakal pesara, bank dan agensi lain dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

75,352 pesara terima RM500 mulai esok

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN

Untuk membuat semakan status permohonan pencen, berikut adalah caranya:

  1. Layari pautan JPA : [Klik Disini] 
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Semak
  3. Status urusan permohonan anda akan terpapar
  4. Selesai

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan status pencen, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan ini [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semakan Status Permohonan Pencen" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment