Semak Status Permohonan BKM 2022 Anda Sekarang

Status Permohonan BKM 2022. Semakan status permohonan BKM 2022 boleh dibuat sekarang di portal rasmi MyBKM mulai Penghujung Februari 2022. Pendaftaran baru dan pengemaskinian maklumat untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah pun ditutup pada 31 Januari 2022

PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BKM ANDA

Kemaskini ini adalah bertujuan untuk :

  1. Pengemaskinian maklumat : Untuk pemohon yang mempunyai perubahan makluamt
  2. Permohonan baru : Permohonan baru bagi yang masih tiada rekod dalam permohonan

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan:

  1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
  2. Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
  3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
  4.  Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

PERMOHONAN YANG PERLU DIKEMASKINI

Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :

  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

PERMOHONAN BARU

Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

Pemohon disarankan untuk membuat semakan status permohonan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

LOG MASUK MyBKM UNTUK SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BKM 2022 ANDA

Untuk membuat Semakan Status Permohonan BKM 2022 Anda, boleh terus ke portal rasmi MyBKM di

[adinserter block=”11″]

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan status permohonan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod pendaftaran.

• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Cara Semak Status Permohonan BKM 2022

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik Log Masuk BKM
  3. Masukkan No MyKad/ID Pengguna
  4. Klik Semak
  5. Sahkan kata kunci keselamatan anda
  6. Masukkan kata laluan
  7. Klik Log Masuk
  8. Pilih Semakan Status

Paparan status permohonan anda akan dipaparkan iaitu samada

  1. Permohonan Diterima
  2. Dalam Proses
  3. Lulus
  4. Tidak Lulus

Nota tambahan :

Jika status permohonan anda bertulis :
Sila Rujuk Cawangan LHDNM Berhampiran”
Anda haruslah ke cawangan LHDNM untuk membuat semakan lanjut.

Nilai Bantuan BKM 2022

Untuk jumlah bantuan BKM 2022 yang akan diterima adalah seperti dibawah :

1645337093014474 1

Kadar Bayaran Tambahan BKM

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
1645337000583079 17

Kaedah Bayaran MyBKM

Melalui Akaun Bank

  • Berjaya Kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit :Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Untuk makluman anda, Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 adalah pada Bulan Mac 2022. Tarikh tepat untuk Bayaran BKM Fasa 1 masih lagi belum diketahui. Kami di MyPermohonan akan mengemaskini artikel ini jika telah mendapat tarikh yang tepat di masa akan datang.

This image has an empty alt attribute; its file name is FB_IMG_1641271090715.jpg

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Status Permohonan BKM 2022, anda boleh muat turun FAQ BKM di pautan seperti dibawah :

Bantuan Keluarga Malaysia : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

MyBKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20MyBKM.pdf

Wakil BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Wakil%20BKM.pdf

Paparan Portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Paparan%20Portal%20BKM.pdf

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Leave a Comment