ROLFR23: Meningkatkan Kesedaran Kepentingan Sungai Dan Penjagaannya

IMG20230917083712 01

Setiap insan memerlukan bekalan air yang bersih dan bermutu tinggi sebagai asas utama bagi menjaga kesihatan mereka. Permulaan yang penting adalah daripada pemeliharaan sumber air yang tidak tercemar, khususnya sungai, yang berperanan besar dalam menyokong keperluan ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama kita untuk menjaga dan melindungi sungai-sungai ini daripada pencemaran.

Sungai-sungai tidak hanya menyediakan bekalan air yang penting, tetapi juga merupakan mercu tanda kecantikan semula jadi yang perlu kita pelihara. Keindahan sungai-sungai ini memberikan ketenangan jiwa dan menggugah rasa kagum terhadap alam sekitar kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa menjaga dan memelihara keindahan alam ini demi generasi akan datang.

Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan. Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023(ROLFR23).

IMG20230917092547 01

Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi aspirasi penganjur, dijangka 500 perserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dapat berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan penganjur cukup bersesusaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan dan kesegaran. Turut berlangsung, acara KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota. Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta pelatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.

IMG20230917080110

Dalam pada itu, satu pameran turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan. Inisiatif tambahan ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta, malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.

Menerusi satu kempen “Impian Kita bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi diantara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "ROLFR23: Meningkatkan Kesedaran Kepentingan Sungai Dan Penjagaannya" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment