Permohonan Program Perumahan Rakyat B40 : Rumah Sewa PPR RM120

Permohonan Program Perumahan Rakyat B40 : Rumah Sewa PPR RM120. Golongan B40 boleh mendiami rumah selesa dan dengan kadar sewa yang murah serendah RM120 dengan membuat Permohonan Rumah Sewa PPR. Rumah Sewa Program Perumahan Rakyat masih lagi terbuka kepada permohonan untuk semua negeri seluruh Malaysia.

Program Perumahan Rakyat B40

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan penempatan bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah (B40)

Kategori Program Perumahan Rakyat (PPR)

Terdapat 2 katagori PPR iaitu:

  1. PPR Disewa
    • Progran Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan sewa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar sebanyak Rm120 sebulan.
  2. PPR Dimiliki
    • Kerajaan menubuhkan program PPR dimiliki ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
    • Harga adalah RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Untuk Sabah pula RM42,000 seunit.

Syarat Kelayakan Skim Rumah Sewa PPR

Syarat kelayakan rumah sewa Program Perumahan Rakyat adalah :

  1. Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Terdiri dari golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM3000 dan ke bawah
  3. Tidak ada rumah sendiri atau belum memiliki rumah sendiri semasa permohonan dibuati
  4. Syarat yang lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah sewa Program Perumahan Rakyat B40 yang mempunyai reka bentuk yang sama dimana kriteria ini telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .

  1. Jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat untuk kawasan bandar.
  2. Jenis yang rumah teres untuk kawasan pinggir bandar.
  3. Keluasan rumah tidak melebihi 700 kaki persegi.
  4. Binaan rumah
    • 3 bilik tidur
    • 2 bilik air
    • 1 ruang tamu
    • 1 ruang dapur.

KEMUDAHAN ASAS RUMAH SEWA PPR

Kemudahan asas yang tersedia bagi rumah sewa Program Perumahan Rakyat B40:

  • Dewan Komuniti
  • Taman Permainan
  • Kemudahan OKU
  • Tadika
  • Surau
  • Rumah Sampah

SEMAKAN RUMAH SEWA RM120 PPR

Untuk menyemak kawasan rumah sewa Program Perumahan Rakyat yang telah dijalankan di setiap negeri boleh dirujuk dilaman rasmi program ini di pautan dibawah :  

CARA PERMOHONAN RUMAH SEWA RM120 PPR

Berikut adalah merupakan cara permohonan rumah sewa Program Perumahan Rakyat:

  1. Permohonan Secara Manual
  2. Permohonan Secara Online
    • Sila layari laman web rasmi TEDUH : https://teduh.kpkt.gov.my/
    • Sekiranya anda belum mempunyai akaun SPRN, anda seharusnya daftar terlebih dahulu
    • Setelah daftar, klik pada Log masuk untuk meneruskan permohonan anda

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah sewa RM120, anda boleh layari website rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan https://ehome.kpkt.gov.my

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan anda.

Leave a Comment