Executive Trainee Dalam Program Pembangunan Profesional ILTIZAM

Program Pembangunan Profesional ILTIZAM. ILTIZAM adalah cabang sosial Ekuiti Nasional Berhad’s (Ekuinas) yang melakukan usaha komuniti dengan cara yang lebih berkesan untuk masyarakat Bumiputera yang kurang berkemampuan / kurang bernasib baik. ILTIZAM bermaksud komitmen, tekad dan kehendak dalam Bahasa Malaysia. Ini mencerminkan semangat yang tidak dapat dipecahkan dalam mengejar cita-cita, kemampuan untuk mengatasi rintangan dan keinginan untuk mengubah kesukaran menjadi peluang positif melalui kerja keras dan komitmen.

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL ILTIZAM

Ekuiti Nasional Berhad’s (Ekuinas) sekali lagi membuka peluang kepada graduan bumiputera menyertai Program Pembangunan Profesional ILTIZAM, program yang diwujudkan untuk membina kerjaya serta menimba pengalaman bekerja sebagai Executive Trainee. Pelatih juga diberi pendedahan on-the-job training selama setahun dan ditempatkan di syarikat-syarikat portfolio dan rakan kerjasama Ekuinas.

FAEDAH PROGRAM

Pendidikan menjadi pemangkin pemerkasaan sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Ini adalah hak asasi individu dan keperluan bagi mana-mana negara untuk membangun dan berkembang. Program Pembangunan Profesional ILTIZAM atau ILTIZAM Professional Development Programme (ILTIZAM PDP) adalah program satu tahun yang menyediakan latihan lanjutan pekerjaan kepada graduan Bumiputera. Antara faedah program ini adalah :

  1. Bergaji setiap bulan sepanjang tempoh latihan berserta faedah KWSP & PERKESO
  2. Latihan Intensif modul kemahiran insaniah
  3. Pelindungan insuran yang menyeluruh
  4. Cuti tahunan

KOMPONEN PROGRAM

Pelbagai bentuk kompenen teori dan praktikal dalam Program Pembangunan Profesional ILTIZAM ini yang akan di lakukan seperti :

  1. Pengajaran di dalam kelas
  2. Pengarajaran “one-to-one”
  3. Kajian kemajuan pelatih
  4. Pengalaman pelatih bekerja “on-the-job”

SYARAT- SYARAT PEMILIHAN

Peluang kerjaya ini mempunyai syarat-syarat penting sebelum pemohon dipilih mengikut jadual yang telah ditetapkan. Syarat-syarat asas itu adalah :

  1. Minima CGPA 3.0  – Ijazah Sarjana Muda IPTS / IPTA tempatan dalam apa jua bidang
  2. Kemahiran komunikasi yang baik dan mempunyai jati diri pemimpin kumpulan
  3. Pendapatan Bulanan Kasar Isi Rumah pemohon tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon tidak bekerja selama minimum 6 bulan
  5. Berumur 28 tahun kebawah

CARA PERMOHONAN

Proses pemilihan program ini mempunyai beberapa peringkat. Proses pemilihan Program Pembangunan Profesional ILTZAM akan diadakan pada Oktober dan November 2021 dan keputusan pemilihan akan diumumkan pertengahan Disember 2021. Setelah itu program akan bermula, dan pemohon akan mula bekerja pada Januari 2022.

Borang permohonan boleh di dapati secara atas talian di pautan ini : https://iltizam.ekuinas.com.my/

SEKTOR & SYARIKAT YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

Banyak sektor dan syarikat di seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam Program Pembangunan Profesional ILTZAM ini. Antara nya adalah :

Pembuatan

  1. Dagang NeXchange Berhad
  2. Malayan Flour Mills Berhad
  3. ANZ Engineering Sdn Bhd
  4. Medivest Sdn Bhd

Pendidikan

  1. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
  2. Tenby Schools Malaysia
  3. KPJUC University College
  4. Ahlan Academy for Excellence Sdn Bhd
  5. Efficient Frontier Consulting Sdn Bhd
  6. Serba Dinamik Education Sdn Bhd

Runcit / FMCG

  1. Habib Jewels Sdn Bhd
  2. Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd

Institusi kewangan / Pelaburan

  1. KAF Investment Bank Berhad
  2. ATA Plus Sdn Bhd – Cradle Fund Sdn Bhd
  3. Ekuinas

Teknologi / Perkhidmatan

  1. My Parcel Asia Sdn Bhd
  2. GFM Services Berhad
  3. TresGo Sdn Bhd
  4. HATI International Sdn Bhd
  5. SOCIO Intelligence Sdn Bhd
  6. Dagang Nexchange Berhad
  7. Desaru Development Holdings One Sdn Bhd

Oil & Gas

  1. Serba Dinamik Holdings Berhad
  2. Malaysian Gas Association
  3. Alfameli Sdn Bhd

Automotif / Alam Sekitar

  1. Alam Flora Sdn Bhd
  2. Wetlands International

Food & Beverage (F&B)

  1. Revenue Valley Sdn Bhd

Hiburan

  1. World Peace Entertainment Sdn Bhd
  2. Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (ASTRO)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke pautan video mengenai Program Latihan Professional ILTIZAM di (Klik Sini)

Juga pautan terus ke program ini (Klik Sini)

(Klik Sini) Untuk banyak lagi info peluang kerjaya dan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Executive Trainee Dalam Program Pembangunan Profesional ILTIZAM" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment