Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2022

Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2022. Berita baik untuk semua Anak Jati Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah membangunkan sistem eRumah sebagai portal hartanah negeri Johor bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

eRumah Johor Mobile App - Apps on Google Play

Portal eRumah

Portal e Rumah dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat negeri Johor dalam memohon RMBJ, Lot Bumiputera dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bahagian Perumahan berperanan dalam mengawal pengagihan rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kedai kos sederhana rendah swasta. Selain itu, ia juga menjaga kepentingan pemilikan bumiputera dalam pemasaran hartanah jenis dan menyelenggara kemudahan rumah sewa awam atau (PPR).

Kategori Rumah Mampu Milik Johor

Kategori Rumah Mampu Milik Johor 2022 beserta harga adalah seperti dibawah :

Kategori RumahHarga
Rumah Mampu Biaya A (RMB A)RM42,000
Rumah Mampu Biaya B (RMB B)RM80,000
Rumah Mampu Biaya C (RMB C)RM150,000
Rumah Mampu Biaya D (RMB D)RM250,000-RM300,000
Kedai Kos Sederhana (KKS)RM2000,000

Syarat Kelayakan Permohonan RMMJ

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Rumah mampu Biaya Johor (RMB)

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun
  • Tak melebihi had pendapatan seisi rumah :
    RMB A – RM4,000
    RMB B – RM6,000
    RMB C – RM8,000
    RMB D – RM10,000
    KKS – RM13,000
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

Lot Bumiputera

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
  • Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TIDAK LAYAK untuk memohon

Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk Sewa

-PPR dan Rumah Sewa Kerajaan

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon mestilah telah berkahwin (janda atau duda turut layak dipertimbangkan)
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuarters kerajaan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
  • Hanya bujang yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibubapa layak dipertimbangkan.
  • Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000.

-PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)

  • Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, dan peniaga sepenuh masa
  • Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  • Pemohon tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan).
  • Pemohon perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan.
  • Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga.
  • Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon.
  • Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Pemohon mesti tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia.
  • Pemohon digalakkan menyediakan Profil Perniagaan.
  • Keutamaan diberi kepada penyewa yang menetap di kawasan PPR yang berkenaan.

Rumah Transit Belia Johor

  1. Warganegara Malaysia, berumur 18 – 30 tahun dan berkahwin.
  2. Pemohon mesti menetap di negeri Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor).
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki harta kediaman dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah
  4. Pemohon bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon.
  5. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000.
  6. Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan.
No photo description available.
Cara Memohon Rumah Mampu Milik Johor dan Perumahan Rakyat Negeri Johor

Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2022

Jika anda menepati syarat dan kelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh memohon RRMJ dengan menggunakan portal eRumah :

Pendaftaran Baru

Kemaskini Akaun Sedia Ada

  1. Log masuk dan pillih projek perumahan
  2. Hantar permohonan
  3. Permohonan yang layak dan menepati syarat kelayakan akan dimaklumkan untuk proses seterusnya

Semakan Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2022

Untuk membuat semakan permohonan RRMJ anda, boleh terus ke pautan :
https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm

  1. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon dan klik cari
  2. Status permohonan RRMJ anda akan dipaparkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Rumah Mampu Milik Johor 2022, anda boleh terus ke pautan rasmi SUKJ Bahagian Perumahan di pautan : https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm

Klik Disini lagi untuk lagi informasi terkini semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Rumah Mampu Milik Johor 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment