Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini

Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Medini Negeri Johor telah membuka peluang kerjaya sebagai Bakal Pegawai & Parajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) adalah merupakan anggota simpanan dalam cabang Angkatan Tentera laut Diraja Malaysia. Secara asasnya, latihan kepada PSSTLDM dilaksanakan agar mereka berkeupayaan untuk melaksanakan peranan dan tugas, latihan yang dirancang juga dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk dikerah tenaga apabila keadaan memerlukan pada suatu masa dan sentiasa bersedia.

Kelebihan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

Kelebihan dan juga faedah menjadi Pasukan Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti dibawah :

  1. Elaun latihan RM8.00 / jam (LLP), RM9.80 / jam (pegawai)
  2. Saguhati Tahunan RM520.00
  3. Pakaian seragam percuma
  4. Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
  5. Pelbagai Aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik seperti latihan menembak, latihan renang, kem tahunan dan banyak lagi.
  6. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  7. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
  8. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

Syarat Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

Syarat kelayakan bagi Pegawai :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-45 Tahun
  3. Berkelulusan Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 keatas dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan matematik dalam Peperiksaan SPM/SPMV/SKM
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

Syarat kelayakan bagi Anggota Lain-Lain Pangkat :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18-35 tahun
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan mendapat kepujian (minima gred C) dalam Bahasa Melayu, Matematik dan 3 Mata Pelajaran lain.
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

Syarat Kelayakan Fizikal :

  1. Ketinggian minima: 1.62m (lelaki), 1.57m (wanita)
  2. Berat minima : 47.5kg (lelaki) , 45.0kg (wanita)
  3. Body Mass Index (BMI) : 18-26.9 (Lelaki & Wanita)
  4. Tahap penglihatan yang baik

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda harus menghadirkan diri ke temuduga kecergasan fizikal yang akan diadakan pada :

Tarikh : 19 Februari 2022 & 26 Februari 2022

Masa : 7.30 pagi

Pakaian : Pakaian sukan & berkasut

Tempat : Pangkalan TLDM Sg Lunchoo, Johor

Lokasi untuk Pangkalan TLDM Sg Lunchoo, Johor adalah seperti dibawah :

Dokumen Yang Perlu Dibawa :

Untuk Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, sila hadir bersama dokumen yang perlu dibawa seperti dibawah :

  1. Gambar berukuran passport (4 Keping)
  2. Salinan Kad Pengenalan calon dan ibu bapa (4 Salinan)
  3. Salinan Sijil Kelahiran calon dan ibu bapa (4 Salinan)
  4. Sijil Kahwin dan MyKad Pasangan (4 Salinan)
  5. Salinan Sijil Ijazah/ Diploma dan transkrip beserta sijil SPM/SPMV/SKM (4 Salinan)
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Dan Pencapaian Akademik (4 Salinan)
May be an image of 1 person and standing

Maklumat Lanjut

untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, anda boleh hubungi :

  1. 013-3574432 – Lt M Najib
  2. 017-7104599 – Lt M Syahidah
  3. 016-7578356 – Lt M Hazirah

Atau layari laman Facebook KD Sri Medini : https://www.facebook.com/kdsrimedini

Klik Disini untuk lagi info dan maklumat jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment