Permohonan Bantuan Subsidi Carseat B40

Permohonan Bantuan Subsidi Carseat B40. Berita baik untuk ibu bapa yang baru sahaja mendapatkan cahaya mata pada tahun 2022 ini, Kerajaan telah membentangkan Permohonan untuk bantuan subsidi carseat yang mana melibatkan lebih 188,000 penerima yang layak dan menepati syarat.

Bantuan Subsidi Carseat B40

Menteri kewangan telah mengumumkan subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian carseat/kerusi keselematan bayi khas untuk golongan B40.

Rebat ini diwujudkan bertujuan untuk meringankan beban rakyat dari kalangan golongan B40 untuk membeli CRS (Child Restraint Systems) atau lebih dikenali sebagai carseat disamping menjamin keselamatan kanak-kanak ketika berada di dalam kenderaan.

FB IMG 1643973641638
Permohonan Bantuan Subsidi Carseat B40 4

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan bagi membuat Permohonan Bantuan Subsidi Carseat B40 ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan isi rumah B40
  3. Pemohon berumur 21 tahun ke atas
  4. Mempunyai anak/ anak jagaan/ anak angkat dibawah umur 12 tahun
  5. Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yg telah diterima daripada LHDN
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU berpandukan pada rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak untuk membuat 1 permohonan sahaja

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, andaboleh ikuti langkah-langkah dibawah :

  • Semak kelayakan permohonan terlebih dahulu
  • Layari laman web seperti dibawah ( yang akan dibuka mulai 1 Mac 2022 )
  • Buat permohonan di dalam laman web berkenaan
  • Semakan keputusan akan diberikan pada 1 April 2022
  • Permohonan yang layak boleh tebus subsidi dengan membuat pembelian lelalui penjual bertauliah yang disenaraikan dengan harga rebat
Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022 - mycrs.gov.my

Klik Disini Untuk lagi maklumat serta info bantuan semakan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Bantuan Subsidi Carseat B40" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment