Jawatan Kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 MARA 2021 kini dibuka. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia.
MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan : Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29
Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Gaji : Minima RM1,549 dan Maksima RM5,701
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021
Bidang Jawatan :
- TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMANAN UDARA DAN PENYEJUKAN
SYARAT UTAMA LANTIKAN
Syarat utama lantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 MARA adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT LANTIKAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29/30 MARA
Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :
- Sijil Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau - Sijil Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00) ; atau - Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,624.20) ; atau - Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,699.40) ; atau - Diploma Teknologi Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80) ; atau - Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).
Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30, DV35/36, DV37/38 dan DV39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42 yang kosong jika :
- Disahkan dalam perkhidmatan
- mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau lulus peperiksaan kenaikan pangkat
- mencapai tahap prestasi yagn ditetapkan
- memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan
- diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan
PERMOHONAN JAWATAN
- Semua permohonan untuk jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 MARA yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah, diploma dan sijil, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.
- Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja
- Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian / online dan pautan / link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
- Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma / sijil boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf
- Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
- Pelantikan dan pengisian adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, kesesuaian dan keperluan perkhidmatan.
- Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
- Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
- Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 SEPTEMBER 2021.
- Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online melalui pautan / link yang sah sahaja seperti berikut :
- Portal rasmi MARA (Klik Sini)
- Facebook (Klik Sini)
- Instagram (Klik Sini)
- Twitter (Klik Sini)
Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 MARA (Klik Sini)
Klik Sini untuk jawatan kosong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA