Permohonan Bantuan Awal MAIDAM RM600 – RM2500

Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara

Yayasan Pendidikan MAIDAM merupakan GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kerana Yayasan Pendidikan MAIDAM mengambil alih sebahagian aktiviti zakat pendidikan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Peranan YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM adalah menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat umum untuk bersama – sama menggembleng tenaga dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan.

Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara

𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD). Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian.

Objektif

Meringankan bebanan para ibu bapa dalam menampung kos keperluan pengajian anak-anak mereka ke pusat pengajian.

Syarat-syarat Permohonan

  • Fisabilillah dan Miskin.
  • Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
  • Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  • Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  • Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  • Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Kadar Bayaran Bantuan

Untuk Permohonan Bantuan Awal Yayasan Pendidikan MAIDAM bagi IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut :

Permohonan Bantuan Awal MAIDAM
Permohonan Bantuan Awal MAIDAM RM600 - RM2500 5

Senarai Semak Dokumen

  1. Surat tawaran belajar yang rasmi.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
  3. Salinan sijil SPM/ STPM/ sijil berhenti sekolah.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ penjaga. * Penyata pencen/ kad pesara adalah bagi pesara kerajaan sahaja.
  5. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
  6. Salinan sijil kematian / cerai (jika berkaitan).
  7. Salinan tiket penerbangan bagi pelajar luar negara.
  8. Slip permohonan.

Cara Memohon

Permohonan Bantuan Awal MAIDAM Bagi Pengajian Dalam Dan Luar Negara ini boleh dibuat secara online menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM di :

https://yp.maidam.gov.my/iptonline/

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB).

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Bantuan Awal MAIDAM RM600 – RM2500" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment