Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 Di DOF

Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 Di DOF 2021 kini dibuka. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah membuka tawaran kerjaya kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pembantu Perikanan Gred G19 (3 kekosongan, 40 simpanan)
Lokasi Jawatan : Seluruh Semenanjung Malaysia
Nama Majikan : Jabatan Perikanan
Gaji : Minima RM 1,357.00 | Maksima RM 4,008.00
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Oktober 2021

Bidang Jawatan :

Bidang SVM

  1. Mekanisasi Agro
  2. Akuakultur
  3. Perikanan Tangkapan

Bidang SKM Tahap 2

  1. Juruteknik Rendah Akuakultur
  2. Juruteknik Rendah Perikanan
  3. Pembantu Nakhoda  Pukat Jerut

Bidang SKM Tahap 3

  1. Juruteknik Akuakultur (Marin)
  2. Operasi Teknologi Perikanan Tangkapan
  3. Juruteknik Perikanan
  4. Nakhoda Pukat Jerut

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU PERIKANAN GRED G19 DI DOF

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,357.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,413.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred G19 : RM1,469.80)

DISKRIPSI JAWATAN

  1. Bertanggungjawab membantu merancang, merumus dan menyelaras pembangunan sektor perikanan negara secara berkesan ke arah merealisasikan misi, visi dan objektif jabatan. Membantu menyediakan perancangan sektoral dan strategik yang mantap serta relevan bagi mendukung pembangunan sektor perikanan negara.
  2. Bertanggungjawab untuk mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien.
  3. Bertanggungjawab menjalankan khidmat pengembangan kepada kumpulan sasar melalui penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan, pembangunan usahawan industri asas tani, pembangunan komuniti nelayan, pemindahan teknologi, pengendalian lepas tuai dan khidmat nasihat teknikal industri perikanan.
  4. Bertanggungjawab membantu melancarkan pelaksanaan pembangunan projek-projek akuakultur bagi merealisasikan sasaran pengeluaran ikan melalui aktiviti akuakultur.

PERMOHONAN JAWATAN

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang diberikan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan dibawah :

[Klik Disini]Untuk permohonan jawatan.

1313

Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan jawatan Pembantu Perikanan Gred G19 [Klik Disini]

Klik Sini untuk lagi banyak lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pembantu Perikanan Gred G19 Di DOF" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment