Jawatan Kosong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA 2021

Jawatan Kosong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA 2021 kini dibuka. Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia.

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA (Pelbagai Bidang)
Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Gaji : Minima RM2,322 dan Maksima RM9,643
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2021

Bidang Jawatan :

  1. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BIOKIMIA (MAKANAN)
  2. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI LOJI) : Kekosongan jawatan di IKM Bintulu.
  3. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMASANGAN ELEKTRIK : Kekosongan jawatan di IKM Bintulu.
  4. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN FABRIKASI PERPAIPAN : Kekosongan jawatan di IKM Bintulu.
  5. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (MEKANIKAL)
  6. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN)
  7. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LOJI (STRUKTUR LUAR PESISIR)
  8. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (SISTEM TERMAJU)
  9. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN (PEMODELAN MAKLUMAT BANGUNAN)
  10. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN PRODUK ELEKTRONIK
  11. TEKNOLOGI KOMPUTER (ANALISA DATA BESAR)
  12. TEKNOLOGI KOMPUTER (KOMPUTASI AWAN)
  13. TEKNOLOGI KOMPUTER (SEKURITI)
  14. TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRONIK GUNAAN
  15. SENIBINA PENYELIAAN TAPAK

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT LANTIKAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41 MARA

Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,322.00); atau
  2. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV41 : RM2,529.00).

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29/30, DV35/36, DV37/38 dan DV39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV42 yang kosong jika :

  • Disahkan dalam perkhidmatan
  • mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau lulus peperiksaan kenaikan pangkat
  • mencapai tahap prestasi yagn ditetapkan
  • memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan

KEUTAMAAN KELAYAKAN MENGIKUT BIDANG

Teknologi Kejuruteraan Biokimia (Makanan)

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Makanan dan Proses / Kejuruteraan Kimia dan Proses / Kejuruteraan Kimia / Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) / Kejuruteraan BiokimiaBioteknologi / Teknologi Kejuruteraan Kimia Proses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Bioproses / Teknologi Kejuruteraan Kimia Makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Operasi Loji)

kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Kimia (Teknologi Gas) / Kejuruteraan Kimia (Gas) / Kejuruteraan (Minyak dan Gas) / Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik

kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan Elektrik / Elektrik (Kuasa) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan

kekosongan jawatan di IKM Bintulu sahaja.

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Mekanikal (Industri) / Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) / Kejuruteraan Mekanikal (Tulen) / Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan / Kejuruteraan Pembuatan / Kejuruteraan Metalurgi / Teknologi Kejuruteraan Kimpalan & Pemeriksaan Kualiti / Kejuruteraan Kimia-Gas / Kejuruteraan Kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Loji (Instrumentasi dan Kawalan)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan / Kejuruteraan Petroleum atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Minyak dan Gas / Kejuruteraan Pembuatan / Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan / Kejuruteraan Petroleum / Kejuruteraan Awam / Teknologi Kejuruteraan (Luar Pesisir) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan Pembinaan (Sistem Termaju) / (Pemodelan Maklumat Bangunan)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Teknologi Kejuruteraan PembuatanProduk Elektronik, Teknologi Kejuruteraan Elektronik Gunaan, Teknologi Komputer (Analisa Data Besar / Komputasi Awan / Sekuriti)

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik / Kejuruteraan Elektronik (Sistem) / Kejuruteraan Elektronik & Komputer / Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) / Teknologi Kejuruteraan (Komunikasi) / Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) / Kejuruteraan Elektrikal, Elektronik & Sistem atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Senibina Penyeliaan Tapak

  • Ijazah Sarjana Muda Senibina atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERMOHONAN JAWATAN

  1. Semua permohonan untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah, diploma dan sijil, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.
  2. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja
  3. Hanya permohonan yang dibuat secara dalam talian / online dan pautan / link yang sah sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  4. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma / sijil boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf
  5. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
  6. Pelantikan dan pengisian adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, kesesuaian dan keperluan perkhidmatan.
  7. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
  8. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.
  9. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 SEPTEMBER 2021.
  10. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian / online melalui pautan / link yang sah sahaja seperti berikut :

Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA (Klik Sini)

Klik Sini untuk jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 (MARA)

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41 MARA 2021" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment