Blog

  • The Resurgence of Celebrity Charity Golf!

    The Celebrity Charity Golf Tournament is making a comeback after an extended break caused by the trials of the Covid Pandemic. Save the date for Sunday, January 21st, and join us at the Kota Seriemas Golf and Country Club in Nilai for an afternoon of golfing excitement, followed by a glamorous Gala Prizegiving Dinner at the same venue.

    It promises to be a fun occasion with Celebrities, corporate sponsors and donors coming together for a good cause which is to assist celebrities who are in need of assistance and financial support. Among the celebrities who are expected to participate are Datuk Hattan, Datuk Yasmin Yusoff, Datuk Malek Redzuan, Datuk Hans Isaac, Datuk Dollah Salleh, Sharnaaz, Rahim Sepahtu dan Ajak Shiro.

    Many attractive prizes await the participants ranging from electronic goods to golf vouchers and equipment whilst for those who were not so lucky on the course, many lucky draw prizes are available!

    Sponsorships range from as low as RM1000 (hole sponsors) to RM 50,000 for a title sponsorship. For those wishing to participate as players the fee would be RM 350 per person.

    Just recently Karyawan has had to provide assistance for some well-known artistes who are facing difficulties and health issues, such as Sheqal, Isma Aliff, Hasnol as well as some others who have since passed on recently like the late Rohana Jalil, Datuk M Daud Kilau, Ibnor Riza, club singer Vox Adai and our most famous jazz drummer Lewis Pragasam just to name a few.

    “Efforts such as these go a long way in helping us to provide the necessary assistance for those artistes who have contributed much to the nation’s cultural heritage and entertained us so well in their heyday” said Datuk Freddie Fernandez, President of Karyawan.

  • PELANTIKAN YBHG. DATO’ M.NASIR SEBAGAI DUTA KEMANUSIAAN MERCY MALAYSIA

    PELANTIKAN YBHG. DATO’ M.NASIR SEBAGAI DUTA KEMANUSIAAN MERCY MALAYSIA

    MERCY Malaysia dengan penuh kegembiraan mengumumkan perlantikan YBhg. Dato’ M.Nasir sebagai Duta Kemanusiaan atau “Goodwill Ambassador,” bertujuan untuk memperluaskan promosi nilai-nilai dan praktik kemanusiaan kepada seluruh lapisan masyarakat. Majlis perlantikan yang megah telah diadakan di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur.

    Kerjasama strategik antara MERCY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir ini diharap dapat memberi dorongan kuat kepada sektor kemanusiaan di Malaysia dan rantau ini khususnya melalui usaha pembudayaan kemanusiaan dengan cara pengukuhan falsafah kemanusiaan; advokasi kemanusiaan melalui seni budaya dan muzik; serta menjadikan seni, terutamanya seni muzik sebagai platform komunikasi massa dan strategik bagi penyebaran nilai, prinsip dan maklumat kemanusiaan.

    Perlantikan ini mencerminkan komitmen bersama untuk membentuk transformasi yang positif dan memberikan impak berkekalan terhadap usaha misi kemanusiaan kita. Melalui kerjasama ini, diharapkan agar suara dan rasa empati rakyat terhadap sesama manusia dan persekitarannya akan lebih tersebar luas dan mempengaruhi ramai pihak, lalu dapat menjadikan Malaysia sebagai ‘humanitarian capital’ di rantau ini.

    MERCRY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir percaya kerjasama ini merupakan sebuah langkah penting dalam usaha mewujudkan masyarakat madani dan berbudi luhur di Malaysia.

  • TRANFORMASI DATO’ SRI ALHA ALFA

    Pengasas kosmetik yang terkenal, Datuk Seri Alha Alfa, kini mempersembahkan single sulungnya dengan penuh semangat, turut melibatkan kehadiran pelakon dan penyanyi terkenal, Zara Zya. Kolaborasi ini disusun untuk merayakan persahabatan mereka yang telah berkembang kukuh selama hampir sembilan tahun.

    Sebagai pemula bicara “Syukur Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih buat kesemua rakan media dan teman-teman artis dan yang sudi hadir pada sidang media pada hari ini.

    “Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, saya juga teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua.

    Gradient Lips Edition

    Produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition.

    Malaysia Book of Records (MBR)

    ‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato’ Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration.

    Perfume Alha Alfa (AA) X Umie Aida

    Alha Alfa Cosmetics juga berbangga memperkenalkan keluaran terbaharu minyak wangi eksklusif bersama primadona filem Melayu, Datin Seri Umie Aida, Perfume AA X Umie Aida, dan juga rangkaian Perfume AA sendiri.

    Single ‘Cinta Agung’ feat. Zara Zya

    Mungkin ramai yang tidak sedar di luar sana, Dato’ Sri Alha Alfa mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan pernah menghasilkan single sebelum selain pernah berduet, katanya, “Idea disebalik penghasilan single ini timbul secara santai, secara jujurnya saya tidak mempunyai tujuan khusus untuk menghasilkan lagu ini. Dan untuk pengetahuan semua, saya dan Zara Zya gemar berkaraoke, kami mempunyai beberapa kenalan rapat yang digelar ‘geng karaoke’, dan kebetulan juga, saya berkawan baik dengan Yuka Kharisma yang merupakan seorang penyanyi dan komposer terkenal. Pernah saya berseloroh meminta beliau menciptakan sebuah lagu dan tanpa diduga Yuka beritahu beliau telah menyiapkan sebuah single untuk saya, lantas saya terima pelawaan tersebut dan mengajak Zara Zya untuk berduet bersama. Hakikatnya lagu ini sudah pun dihasilkan hampir setahun yang lalu. Kini, tiba masa kami luncurkannya.

    Alha Alfa Cosmetics (AAC) Mendunia

    Keberadaan jenama AAC sudah pun menembusi pasaran antarabangsa, selain negara Singapura dan Brunei, produk AAC mempunyai peminat setianya di bumi Indonesia. “Berdasarkan DM (mesej terus) yang diterima, AAC mendapat tempat di hati pengguna Eropah dan Timur Tengah, mereka memuji kualiti produk kami malah meminta membuka cawangan di sana, tetapi pada tahun hadapan kami akan mula beroperasi secara rasmi di Indonesia.

    Diari Hati Dato’ Sri Alha Alfa

    Sebagai seorang usahawan kosmetik berjaya yang kini boleh dianggap sebagai selebriti, “Saya hanyalah seorang usahawan biasa dan masih banyak lagi yang saya harus pelajari. Hakikatnya, saya tidak mempunyai yang ‘niat khas’ untuk menampilkan ‘sisi lain Alha Alfa’, apa yang saya lakukan hanyalah bertujuan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air.

    “Mengenang kembali permulaan sebagai seorang MUA (jurusolek artis), ramai rakan selebriti yang memberi sokongan, kepercayaan mereka berikan tidak mampu saya balas. Oleh itu, saya beranggapan, dengan cara menaja anugerah-anugerah seperti AJL38 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan cara saya mengungkapkan terima kasih kepada sebuah industri yang amat bermakna kepada saya.

    “Sebagai contoh, penghasilan single bersama Zara Zya ini merupakan penghargaan saya terhadap beliau yang banyak membantu dan memberi sokongan sebagai seorang sahabat, biarlah ia diabadikan menerusi sebuah karya yang indah.

    “Saya seorang yang sukakan cabaran, tetapi saya sendiri tidak berani untuk melakukannya. Namun apabila diasak oleh rakan-rakan terdekat, saya akan menyahut cabaran tersebut.

    “Fokus utama saya kini adalah Alha Alfa Cosmetics (AAC), dengan memastikan jenama kami dapat bersaing dengan jenama antarabangsa yang terlebih dahulu bertapak di industri kita.

    “Dengan momentum yang ada pada jenama AAC, saya dan keluarga besar Alha Alfa Rich Legacy (AARL) berimpian untuk meletakkan AAC ebagai jenama kecantikan nombor satu di pasaran Malaysia.

    “Dan andai benar kini saya dilihat sebagai seorang selebriti, mudah-mudahan saya dikenali dan diingati kerana kehebatan produk kosmetik yang saya hasilkan, dan inilah perancangan masa hadapan saya.

  • Mini Karnival Belia PJ 2024 Bersama MISI Rakyat

     

    Karnival ini bukan sekadar acara, tetapi juga peluang untuk merapatkan hubungan di kalangan penduduk Petaling Jaya. Dengan suasana yang riang dan penuh semangat, diharapkan semua peserta dapat merasai kehangatan dan kebersamaan dalam mengejar matlamat bersama untuk memperkukuhkan komuniti tempatan.

    Ariff Fadli bin Abd Wahab, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn, menunjukkan semangatnya terhadap penjajaran acara yang tidak hanya mempromosikan gaya hidup sihat tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mempereratkan hubungan dalam komuniti. “Karnival ini direka untuk menjadi perayaan komuniti kita, menyatukan orang-orang dari pelbagai lapisan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan dan kebersamaan,” katanya dengan penuh semangat.

     

    Turut menyertai acara ini ialah Pengurus Pentadbiran Kawasan MRPJ yang memberikan sokongan penuh kepada kejayaan program ini. “Kerjasama antara pihak kami dengan Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn adalah contoh positif bagaimana kerjasama antara badan-badan tempatan dapat menggerakkan inisiatif yang memberi impak positif kepada masyarakat,” kata beliau.

     

    Malahan, aktiviti yang dianjurkan ini menjadi semakin meriah dengan kehadiran beberapa artis terkenal, Fredo Flybaits, yang  menyampaikan persembahan untuk menambahkan lagi keghairahan acara. Kehadiran beliau dijangka menjadi tarikan utama kepada para tetamu yang akan menyertai Program Mini Karnival ini.

    Sebagai kejutan istimewa, YB Dr Afif bin Bahardin dari Pusat Khidmat Dun Taman Medan juga turut serta sebagai tetamu kehormat. Kehadiran beliau diharapkan dapat memberi inspirasi dan semangat kepada belia dan komuniti yang hadir.

     

     

    Nur Ahmad Faiz bin Mohd Azmi, Tuan Pengasas MISI (TPM) Misi Rakyat, juga menyertai program ini untuk berkongsi pandangan dan visi MISI Rakyat dalam membantu dan memperkasa komuniti setempat.

    Bertempat di TAPAK Evo PJ City, Urban Street Dining, yang merupakan lokasi strategik dan mudah diakses oleh masyarakat Petaling Jaya ini adalah lokasi yang dipilih untuk menjalankan Program mini karnival tersebut. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk pertandingan sukan, persembahan seni, dan pelbagai gerai makanan tempatan.

    Mini karnival yang diadakan ini adalah anjuran bersama antara Kelab Sukan dan Rekreasi Bolasepak Maxiborn dan Misi Rakyat Petaling Jaya (MRPJ). Ini merupakan langkah pertama MRPJ dalam menyusun program berkonsep karnival, yang diharapkan dapat menjadi tradisi tahunan yang dinanti-nanti oleh penduduk setempat.

  • WATSONS UNVEILS ITS NEW PREMIUM STORE AT  THE EXCHANGE TRX

    WATSONS UNVEILS ITS NEW PREMIUM STORE AT THE EXCHANGE TRX

    Watsons Malaysia, the country’s top health and beauty retailer, is pleased to announce the inauguration of a new premium store at The Exchange TRX. This enlarged layout, with over 700 locations across Malaysia, introduces a unique design idea that seamlessly merges offline and online (O+O) services and multiple experience-led zones.

    “We are incredibly excited to introduce a lifestyle health and beauty shopping experience that aligns with the Exchange TRX mall’s concept. The new store is specifically crafted to offer our young and trendy customers a unique lifestyle shopping experience while remaining attuned to the dynamic needs of our customer base. As part of our commitment to staying on trend, we consistently strive to introduce new, high-quality brands and products from around the world into our stores.” said Caryn Loh, Managing Director of Watsons Malaysia and Regional Exclusives Director of Watsons International.

    The new design features a more spacious design and vibrant colour schemes enhancing the overall shopping experience. The store also showcases a diverse array of brand-new products, enhancing the shopping experience for health and beauty enthusiasts, and making it not only enjoyable but also interactive.

    Customer will have the unique opportunity to experience their favourite merchandise at their leisure via the wide range of samples and testers in designated areas around the store. Numerous experience-led zones including a trending W table for product testing, an elevated cosmetic area, a trending health care zone, the salon at home products, a premium bath range, exclusive K-Beauty, and first-ever K-pop merchandise and many other offerings are available in this new store. On top of that, this new store is also equipped with beauty experts and health advisors to provide attentive services of beauty and health advice to each customer.

    Caryn added, “Our promise to our customers is to make them Look Good, Do Good and Feel Great. With consumer demands ever-changing, Watsons strives to stay ahead of the curve, providing our customers with a hassle-free, convenient, and value-added shopping experience.”

    Also present at the grand opening is Mr Trevor Hill – General Manager of The Exchange TRX Mall Lendlease; the Watsons management team & business partners, the Ambassador of Watsons Malaysia, Phei Yong, and Watsons’ Celebrity Friends.

    Commemorating this grand opening, from 4 – 10 January, members get to enjoy an extra 5% off with minimum spend, daily gifts with purchase, members lucky draw, free makeup and health check and many more. Terms and conditions apply.

    Visit the Watsons store at the Exchange TRX at C.04.0 Level Concourse or find out more at Watsons.com.my and get daily highlights from Watsons Malaysia’s Facebook and Instagram.