Blog

  • Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru

    Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru

    Daftar MySejahtera Serta Kemaskini Terbaru. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilain kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

    MUAT TURUN DAN DAFTAR MYSEJAHTERA

    Aplikasi MySejahtera boleh dimuat turun dari beberapa platform di telefon pintar anda. Disenaraikan dibawah adalah pautan pantas untuk memuat turun aplikasi dan daftar MySejahtera :

    DAFTAR MYSEJAHTERA

    Untuk pendaftaran aplikasi MySejahtera, beberapa langkah penting dan mudah perlu dilaksanakan. Disenaraikan dibawah cara daftar MySejahtera.

    Langkah-langkah pendaftaran aplikasi Mysejahtera :

    1. Klik “Daftar sini”
    2. Pendaftaran boleh dibuat melalui no telefon atau emel
    3. Sekiranya mendaftar melalui no telefon, anda akan menerima notofikasi sms yang mempunyai kod OTP. ~Masukkan kod OTP di ruangan yang disediakan
    4. Jika mendaftar melalui emel, anda akan menerima emel daripada MySejahtera dan klik pada pautan untuk pengesahan
    5. Masukkan butiran pendaftaran, tetapkan kata laluan dan klik sahkan
    6. Jika pendaftaran berjaya, tekan tutup untuk kembali kepada paparan log masuk.

    CARA  “CHECK IN & CHECK OUT” MYSEJAHTERA

    Pengguna yang telah berjaya mendaftar boleh menggunakan aplikasi MySejahtera di mana-mana premis berdaftar dengan MySejahtera Check In. Dengan kemaskini terbaru, butang tambahan “check-out’ telah ditambah, dan juga status vaksin pengguna akan dipaparkan sekali.

    Berikut adalah langkah mudah untuk menggunakan “Check In & Check Out”

    1. Buat pemeriksaan suhu badan yang disediakan di depan pintu masuk premis
    2. Buka aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis
    3. Paparan MySejahtera akan menunjukkan nama pengguna dan emel atau no telefon
    4. Klik pada bahagian “Check-in” untuk mendaftar masuk ke premis terbabit

    1. Scan QR Code yang disediakan

    6. Masuk ke premis
    7. Setelah selesai urusan di premis terbabit, keluar dari premis dan membuka aplikasi MySejahtera sekali lagi.
    8. Kali ini Klik pada bahagian “Check-out” pula untuk mendaftar keluar dari premis terbabit.

    DAFTAR MYSEJAHTERA CHECK-IN

    MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tanbahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

    Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan.

    Klik Sini untuk mendaftar MySejahtera Check-In

    Klik Sini untuk log masuk ke MySejahtera Check-In

    MySejahtera Check-In menggunakan maklumat dari aplikasi mudah alih MySejahtera di mana pengguna diklasifikasi berdasarkan status risiko terhadap COVID-19, lokasi dan tanggungan yang berisiko di rumah. Ini dapat membantu majikan membuat pelan perancangan bagi kakitangan yang perlu bekerja dari rumah.

    KEMUDAHAN MYSEJAHTERA

    1. Membantu Kerajaan dalam usaha memustuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19
    2. Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19
    3. Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti Covid-19
    4. Membantu individu mengenal pasti hospital dan Klinik terdekat untuk mendapatkan pemerikasaan dan rawatan Covid-19

    Klik Sini untuk pelbagai lagi info untuk anda layari

  • 3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19

    3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19

    3 Alat Utama Pantau Gejala Covid-19 : Di musim pandemik Covid-19 di seluruh dunia, anda haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dan juga mengambil langkah awal dalam membendung penyakit ini dari terus merebak. Tambahan juga, banyak varian-varian baru yang muncul dan pesakit sendiri kadang-kala tidak sedar mereka telah dijangkiti.

    SIMPTOM /  GEJALA COVID-19

    1. Menghidapi demam biasa / demam panas berpanjangan
    2.  Kelesuan yang bertambah teruk
    3. Kesukaran bernafas
    4. Sakit di bahagaian dada
    5. Batuk, muntah dan cirit-birit yang teruk

    CARA CEGAH ASAS

    1. Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul
    2. Memakai pelitup muke atau pelindung muka
    3. Elakkan berada di tempat yang sesak atau mengelakkan bersentuhan dengan mana-mana individu

    3 ALAT PANTAU GEJALA COVID-19

    1.Thermometer / Alat Pengukur Suhu

    Ia merupakan salah satu alat pantau gejala Covid-19 yang paling penting dan asas yang perlu ada di setiap premis dan rumah anda. Fungsinya yang mudah iaitu untuk mengetahui suhu badan anda dari semsa ke semasa. Terdapat beberapa jenis thermometer yang terdapat di pasaran. Thermometer jenis infra-red adalah pilihan utama kerana mudah dan pantas.
    Elakkan untuk membeli thermometer yang murah dan tidak mempunyai taraf sah kerana mungkin keputusan suhu yang kurang tepat.

    Jadual untuk rujukan

    2. Blood Pressure Monitor / Alat Pengukur Tekanan Darah

    Tekanan darah tinggi adalah antara punca kematian Covid-19 yang paling kritikal. Dalam mencegah awal gejala covid 19, amatlah disarankan agar mengawal tekanan darah anda dan mengamalkan gaya hidup sihat dan cara pemakanan yang betul.

    Jadual untuk rujukan

    3. Pulse Oximeter /  Alat Pengukur Denyutan Nadi & Paras Oksigen

    Paras oksigen dalam badan adalah penting dalam menjalani kehidupan sihat. Alat ini adalah untuk mengukur denyutan nadi dan paras oksigen dalam darah. Dengan ada alat ini, ia dapat mengesan satu fenomena yang menjadi pembunuh senyap dipanggil Happy Hypoxia. Untuk mereka yang mempunyai gejala covid-19, ia boleh berlaku di mana keadaan paras kandungan oksigen dalam badan terlalu rendah.

    Jadual untuk rujukan

    Dinasihatkan supaya membeli pulse oximeter yang mempunyai kelulusan Malaysian Device Authority (MDA).

    PEMBELIAN 3 ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19

    3 alat asas untuk pencegahan awal gejala Covid-19 di atas boleh didapati di :-

    1. Farmasi bedekatan anda.
    2. Platform pembelian atas talian seperti Shopee dan Lazada.
    3. Di dalam Apps MySejahtera.

    FAEDAH ALAT UTAMA PANTAU GEJALA COVID-19

    1. Mengetahui tahap kesihatan anda dan keluarga
    2. Membuat pencegahan awal sekiranya terdapat gejala
    3. Dapat membuat kuarantin kendiri di rumah jika mempunyai gejala.

     

    Klik Sini untuk lebih info berkaitan vaksinasi covid-19

     

  • Jawatan Kosong Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

    Jawatan Kosong Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

    Jawatan Kosong Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dibuka (tertakluk kepada tarikh tutup setiap jawatan) kepada calon yang berminat.
    Pengambilan jawatan kosong ini dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

    MAKLUMAT JAWATAN KOSONG DI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)

    Jawatan : Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 (8 kekosongan, 20 simpanan)
    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
    Nama Majikan : Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
    Kelayakan Minima : Rujuk Iklan
    Tarikh Tutup Permohonan : 15 September 2021

    IKLAN PENUH :

    TUGAS JAWATAN DAN MAKLUMAT LAIN :

    PERMOHONAN : (KLIK DISINI)

    CARA PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM)

    Permohonan kerja kosong terbaru ini boleh dilakukan secara atas talian.

    Sila klik pautan ‘KLIK DISINI’ diatas dan rujuk maklumat permohonan Jawatan Kosong Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), syarat kelayakan dan tarikh tutup permohonan jawatan.

    Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.

    Pemohon disarankan mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

    Calon yang terpilih akan dipanggil ke temuduga.

    Klik Sini untuk jawatan kosong dan peluang kerjaya

  • Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

    Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

    Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Bantuan Khas Covid-19 dari PEMULIH merupakan antara salah satu bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat di dalam musim pandemik yang melanda negara sekarang. Pakej PEMULIH pada tahun ini  melibatkan 3 kategori iaitu :

    1. Kategori Miskin Tegar
    2. Kategori B40
    3. Kategori M40

    TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

    Pembayaran ini akan dikreditkan ke akaun penerima bantuan yang layak dan semakan boleh dibuat secara dalam talian atau mesin ATM.

    Fasa 1  

    Amaun akan dikreditkan ke akaun penerima bantuan khas Covid-19 (BKC) mulai 6 September 2021 dan waktu bekerja.

    Tarikh akhir bagi pembayaran adalah 10 September 2021.

    JADUAL 1 : KELAYAKAN PENERIMA

    JADUAL 2 : FASA PEMBAYARAN

    Klik Sini untuk keterangan berkenaan bantuan khas covid-19 (BKC)

    Klik Sini untuk cara mendapatkan bantuan khas Covid-19 secara tunai

     

  • Permohonan Moratorium Automatik

    Permohonan Moratorium Automatik

    Permohonan Moratorium Automatik selama 6 bulan ini seperti yang diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin 28 Jun 2021, Bersama kerjasama pihak bank, moratorium selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam induvidu, termasuk dari golongan B40, M40, atau T20 dan juga usahawan mikro.

    TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK

    Permohonan moratorium ini akan dibuka untuk permohonan bermula 7 Julai 2021. Kelulusan adalah tertakluk syarat dan terma dari pihak bank.
    Pemohon juga perlu mendatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan.

    CARA PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK

    Borang Web :

    a) Klik masuk pada borang

    b) Isi butiran peribadi dan pembiyaan pemohon

    c) Tandakan pada kotak syarat bantuan balik pinjaman

    d) Klik “HANTAR” dan bank akan mengesahkan penerimaan

    e) Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan

    SENARAI BORANG PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK MENGIKUT BANK

    Affin Bank & Affin Islamic

    Al Rajhi Bank

    Alliance Bank & Alliance Islamic

    Ambank & Ambank Islamic

    BNP Paribas Malaysia

    Bank Islam

    Bank Muamalat

    CIMB Bank & CIMB Islamic

    Citibank

    HSBC Bank & HSBC Amanah

    Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic

    Kuwait Finance House

    MUFC Bank

    Maybank & Maybank Islamic

    MBSB Bank

    OCBC Bank & OCBC Al-Amin

    Public Bank & Public Islamic Bank

    RHB Bank & RHB Islamic

    Standard Chartered Bank & Standard Chartered Saadiq

    Sumitomo Mitsui Banking

    United Overseas Bank

    SENARAI BORANG PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK MENGIKUT INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN

    Bank Rakyat

    Bank Pembangunan Malaysia

    Bank Pertanian (Agrobank)

    SME Bank

    Bank Simpanan Nasional

    EXIM Bank

    Emel :

    a) Layari laman web bank pemohon

    b) Klik ke pautan emel yang disediakan

    c) Sertakan butiran peribadi dan pembiyaan pemohon di dalam emel

    d) Klik “HANTAR” dan bank akan mengesahkan penerimaan

    e) Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan

    Panggilan telefon :

    Hubungi pusat khidmat pelanggan bank pemohon

    Sambungkan kepada operator yang bertugas dan operator akan membimbing pemohon dalam proses permohonan moratorium

    KELULUSAN PERMOHONAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK

    Peminjam yang layak *akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS

    *Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses bankrap atau penggulungan (winding up)

    ~sumber dari BNM

    Klik Sini untuk bantuan dan permohonan lain