Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan Khas Covid-19. Tarikh pembayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) telah diumumkan iaitu pada 6 September 2021. Amaun akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang layak.

Selain itu juga Bantuan Khas Covid-19 boleh didapati secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 6 September 2021, dan seterusnya secara berperingkat. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penuaian BKC Fasa 1.

NOTIS BERKENAAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC) FASA 1

BKC 1

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19

> Layari laman sesawang rasmi untuk bantuan khas Covid-19 (BKC) (Klik Sini)
> Hubungi Hotline Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) 1800-88-2747

DOKUMEN UNTUK MENERIMA BANTUAN KHAS COVID-19 SECARA TUNAI

  1. Kad pengenalan penerima Bantuan Khas Covid-19.
  2. Wakil yang didaftarkan sahaja boleh mengambil bayaran Bantuan Khas Covid-19 secara tunai.

Anda juga diminta mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1 meter. Anda juga diwajibkan memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Soalan lazim Bantuan Khas Covid-19 Klik Sini

Klik Sini untuk tarikh pembayaran bantuan khas covid-19

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Bantuan Khas Covid-19 (BKC)" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment