Blog

  • Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir

    Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir

    Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif Bagi Mangsa Banjir. Bagi anda yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini, pihak kerajaan telah mewujudkan beberapa inisiatif khusus untuk anda dengan bantuan-bantuan yang akan meringankan beban anda akibat musibah banjir.

    Antaranya ialah Baucar Diskaun Automotif didalam Program #KeluargaMalaysia Untuk pebaikan dan penggantian kenderaan terjejas akibat banjir.

    Baucar Diskaun Automatif Keluarga Malaysia

    Baucar Diskaun Automotif

    Baucar Diskaun Automotif ini adalah inisiatif kerajaan yang digerakkan dengan kerjasama syarikat automotif ini menawarkan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.

    Syarikat Diskaun
    Proton Diskaun balik pulih kenderaan dan servis tunda percuma, diskaun 25 % upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti
    Perodua Servis tunda percuma dan upah baik pulih percuma, 50% diskaun untuk alat ganti kereta
    Syarikat Kenderaan MAA Servis tunda percuma serta diskuan sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan
    Kerajaan Menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah Rm1000 kepada mangsa banjir
    Nota Pengurangan kos akan dipotong terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau penggantian melalui invois yang dikeluarkan pusat servis dan pengedar sah

     

    Tarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif

    Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automotif adalah pada 31 Mac 2022

    Syarikat Yang terlibat Dalam Baucar Diskaun Automotif

    Terdapat 19 syarikat automotif yang terlibat untuk bantuan diskaun :

    Bil Syarikat
    1 Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua)
    2 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton)
    3 Tan Chong & Sons Motor (Nissan)
    4 UMW Toyota Motor
    5 Honda Malaysia
    6 Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
    7 Volvo car Malaysia
    8 TC Euro Cars (Renault)
    9 Mercedes-Benz Malaysia
    10 BMW Malaysia
    11 Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)
    12 Mazda, Peugeot dan KIA
    13 TC Subaru
    14 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
    15 Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd
    16 Boon Siew Honda Sdn Bhd
    17 Motosikal Dan Enjin Nasional (Modenas)
    18 Mofaz Motosikal Sdn Bhd
    19 KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki)
       
    Senarai syarikat yang terlibat akan ditambah dari semasa ke semasa

    Cara Tebus Baucar Diskaun Automotif

    Untuk anda yang terkesan akibat banjir dan ini mendapatkan Baucar Diskaun Automotif boleh ikuti langkah dibawah

    1. Kepada pemilik kenderaan yang terlibat banjir boleh menghubungi syarikat automotif untuk mengetahui pusat servis yang terdekat.
    2. Anda dinasihat supaya membuat tuntutan daripada pusat servis atau pengedar yang sah bagi mengelak sebarang kesulitan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai baucar diskaun automotif anda boleh merujuk facebook rasmi Menteri Kewangan di pautan : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

     

  • Cara Tebus SAVE 3.0 RM400 Januari 2022

    Cara Tebus SAVE 3.0 RM400 Januari 2022

    Kerajaan kini telah pun melancarkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, sekaligus menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

    Untuk makluman, program ini adalah merupakan kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
    Berikut adalah merupakan maklumat lanjut tentang bagaimana cara tebus SAVE 3.0 RM400.

    APA ITU PROGRAM SAVE 3.0?

    Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

    SYARAT KELAYAKAN

    Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

    • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
    • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
    • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
    • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

    KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0

    Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

    Kategori 1Peti Sejuk atau Penghawa DinginRM200
    Kategori 2Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.RM50/RM100/RM200
    cara tebus SAVE 3.0 RM400

    KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

    Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

    CARA PENEBUSAN

    Berikut adalah cara tebus SAVE 3.0 RM400. Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:

    Untuk maklumat lanjut, layari :

    PlatformLink
    Shopeehttps://shopee.com.my/m/program-save
    Lazadahttps://www.lazada.com.my/program-save
    PG Mallhttps://www.pgmall.my/
    Untuk penebusan manualSila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

    Tempoh Penebusan Program SAVE 3.0

    Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.



    Lihat juga : Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda

  • Semak Kenaikan Kadar Pencen Pesara Kerajaan 2022

    Semak Kenaikan Kadar Pencen Pesara Kerajaan 2022

    Semak Kenaikan Kadar Pencen Pesara Kerajaan 2022. Kepada Pesara Kerajaan, penyata pencen bulanan yang akan diterima pada bulan Janunari ini mungkin ada kenaikan kadar pencen sebanyak 2%. Anda boleh membuat semakan penyata online bagi pesara Kerajaan serta kiraan kadar kenaikan 2% itu.

    Cara Semak Kenaikan Kadar Pencen

    Untuk membuat semakan kenaikan kadar pencen pesara kerajaan, anda boleh ikuti langkah dibawah :

    1. Layari portal rasmi Aplikasi Atas Talian JPA : [Klik Disini]
    2. Masukkan maklumat penerima pencen
      a) No Kad Pengenalan
      b) No Akaun Pencen
    3. Semua maklumat yang diperlukan ada atas Kad Pesara
    4. Penyata Pencen dipaparkan

    Pengiraan Kenaikan Kadar Pencen

    Seperti yang dimaklumkan, para pesara akan mendapat 2% kenaikan daripada kadar pencen sedia ada yang diterima pada bulan Disember tahun 2021.

    KADAR PENCEN JUMLAH
    Disember 2021 RM 3,000
    2% Dari Bulan Disember 2021 RM 60
    Januari 2022 & Bulan Seterusnya RM 3,060
    Contoh Kiraan Kenaikan Kadar Pencen Sebanyak 2%

    Kerajaan buat kajian semula kadar pencen

    Portal Rasmi Aplikasi Atas Talian JPA

    Portal rasmi Aplikasi Atas Talian JPA juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti berikut :

    • Semakan Status Permohonan Persaraan
    • Cetakan Surat Persaraan Pilihan
    • Semakan Pemberian Taraf Berpencen
    • Semakan Kelulusan Faedah Persaraan
    • Semakan PenyataPencen
    • Pemakluman Bayaran Ganjaran
    • Bantuan Mengurus Jenazah
    • Semak Pindaan Potongan
    • Cetakan Surat Kelulusan Skim A Berwakil
    • Sistem Maklum Balas
    • Surat Akuan Pesara
    • Kelulusan Pelantikan Wakil Diri
    • Status Permohonan Tuntutan Perubatan
    • Status Permohonan Pencen Terbitan (Mati Dalam Persaraan)

    Maklumat Lanjut

    Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Semak Kenaikan Kadar Pencen melalui atas talian pesara kerajaan, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan [Klik Disini]

    [Klik Disini] Untuk lagi informasi terbaru dan terkini untuk anda

     

     

  • Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling

    Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling

    Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling. Pihak berkuasa tempatan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Daerah Baling telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong terbuka kepada semua warganegara Malaysia terutama kepada Anak Jati Kedah. Maklumat jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pemandu Kenderaan Gred H11
    2. Pembantu Awam Gred H11
    3. Pembantu Tadbir Gred N19
    4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
    5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
    6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

    Lokasi Jawatan : Majlis Daerah Baling

    Nama Majikan : Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman

    Gaji : Rujuk Iklan Penuh Jawatan

    Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    May be an image of tree and outdoors

    SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGAS JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH BALING

    Untuk syarat lantikan dan deskripsi tugas untuk setiap jawatan,juga iklan penuh Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling, anda boleh terus ke pautan ke portal rasmi Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman :

    1. Pemandu Kenderaan Gred H11
    2. Pembantu Awam Gred H11
    3. Pembantu Tadbir Gred N19
    4. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
    5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
    6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

    Cara Permohonan

    Borang permohonan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling boleh didapati di laman Sesawang Majlis Daerah Baling secara percuma.

    1. Borang 1 : [Klik Disini]
    2. Borang 2 : [Klik Disini]
    3. Borang 3 : [Klik Disini]
    4. Borang 4 : [Klik Disini]

    Setiap permohonan Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Baling hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen seperti berikut :

    1. Gambar berukuran passport
    2. Salinan Kad Pengenalan
    3. Salinan Sijil Peperiksaan
    4. Salinan Sijil Kelahiran
    5. Salinan Lesen (bagi jawatan berkenaan sahaja)
    6. Lain-lain salinan sijil

    Susunan dokumen mestilah mengikut turutan diatas.

    (Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

    • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
    • Permohonan berikut akan DITOLAK
      • tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
      • borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
      • borang permohonan tidak ditandatangani;
      • borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
      • salinan dokumen yang tidak diakui sah.
      • calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.

    Permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar ke alamat :

    Yang DiPertua
    Majlis Daerah Baling,
    09100 Baling,
    Kedah.

    Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat setiap borang permohonan yang dikemukakan.

    • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga
    • Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

     

  • Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000

    Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000

    Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL Sehingga RM10,000. SPIM TEKUN NASIONAL adalah Skim Pembiayaan Informal Dan Mikro iaitu salah satu inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional kepada usahawan sektor mikro dan informal yang memerlukan bantuan dan pembiayaan.

    Sektor mikro atau informal adalah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

    SPIM adalah skim yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar keuntungan 0% berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor

    Objektif pelaksanaan SPIM adalah salah satu usaha kerajaan memperbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha mikro dan sektor informal.

    Objektif Utama Pembiayaan

    Objektif dan matlamat utama Pembiayaan SPIM ini adalah :

    1. Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19.
    2. Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
    3. Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
    4. Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
    5. Mendorong daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

    Kelayakan Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

    Kelayakan untuk mendapatkan SPIM TEKUN NASIONAL adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas
    3. Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon/permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
    4. Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
    5. Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang
    6. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

    Bentuk Perniagaan

    Bentuk perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan SPIM :

    1. Penjaja kecil
    2. Perniagaan dari rumah
    3. Perniagaan secara bergerak
    4. Perniagaan atas talian (Online)
    5. Perniagaan perkhidmatan penghantaran
    Warga KL syukur dapat berniaga - Kosmo Digital

    Cara Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL

    Pemohon boleh membuat permohonan melalui atas talian (Online) atau secara manual langkah-langkah berikut :

    Atas Talian (online)

    1. Layari pautan rasmi TEKUN NASIONAL : [Klik Disini]
    2. Daftar akaun
    3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “DAFTAR”
    4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan
    5. Lengkapkan permohonan tersebut sehingga selesai

    Secara Manual

    1. Hadir ke Pejabat TEKUN NASIONAL berhampiran
    2. Senarai alamat Pejabat Cawangan TEKUN NASIONAL : [Klik Disini]

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan SPIM TEKUN NASIONAL boleh terus hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN di 03-90588550

    Klik Disini untuk lagi info terkini semakan dan permohonan bantuan untuk anda.