Blog

  • Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN

    Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN

    Daftar Kelahiran Secara Online Di JPN. Kepada semua ibu bapa dan waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh berurusan secara atas talian atau online.

    Cara Daftar Sistem Pendaftaran Kelahiran

    Sebelum mendaftarkan kalhiran anak, anda perlulah mendaftar sebagai ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

    1. Layari Portal Sistem Daftar Kelahiran JPN : https://www.jpn.gov.my/my/
    2. Klik Pada DAFTAR PENGGUNA BARU untuk mendaftar kali pertama
    3. Isikan semua maklumat anda pada ruangan yang disediakan
    4. Klik HANTAR
    5. Anda akan menerima EMEL pengesahan untuk pengaktifan akaun
    6. Klik LINK yang diberikan di dalam emel tersebut
    7. Seterusnya anda masukkan KATA LALUAN anda inginkan.
    8. Masukkan TEKS PENGESAHAN yang tertera, dan tekan HANTAR
    9. Sekiranya berjaya, sila klik seterusnya untuk log masuk kali pertama

    Cara Daftar Kelahiran Secara Online

    Untuk membuat pendaftaran kelahiran secara online, anda boleh ikuti langkah dibawah :

    [adinserter block=”11″]
    1. Baca semua TERMA & SYARAT yang telah disenaraikan, klik pada SETUJU untuk meneruskan.
    2. Lengkapkan MAKLUMAT KELAHIRAN yang diminta, dan klik Seterusnya.
    3. Kemudian lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, dan kllik Seterusnya\
    4. Isikan MAKLUMAT LAIN yang diperlukan pada ruangan yang disediakan
    5. Setelah selesai semunya klik butang DAFTAR.
    6. Sekiranya permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN.
    7. Bawa borang permohonan yang telah dicetak ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Daftar Kelahiran Secara Online, anda boleh :

    Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan terbaru untuk anda

  • Jawatan Kosong Terkini ASWARA 2022

    Jawatan Kosong Terkini ASWARA 2022

    Jawatan Kosong Terkini ASWARA 2022. Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pegawai Tadbir Gred N41
    2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
    3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
    4. Pembantu Perpustakaan Gred S19

    Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur

    Nama Majikan : Akademi  Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan

    Gaji : Rujuk Iklan Penuh Jawatan

    Tarikh Tutup Permohonan : 23 Januari 2022

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini ASWARA adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Lantikan Dan Deskripsi Tugas Jawatan Kosong Terkini ASWARA

    Untuk syarat lantikan dan deskripsi tugas Jawatan Kosong Terkini ASWARA anda boleh terus ke pautan rasmi ASWARA : [Klik Disini]

    Cara Permohonan Jawatan

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Terkini ASWARA, anda boleh memuat turun borang secara atas talian di pautan dibawah :

    1. Pegawai Tadbir Gred N41 : [Klik Disini]
    2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 : [Klik Disini]
    3. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 : [Klik Disini]
    4. Pembantu Perpustakaan Gred S19 : [Klik Disini]
    • Permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikembalikan bersama-sama sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan, resume dan dokumen-dokumen sokongan dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
    • Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Nilaian Prestasi untuk tempoh 3 (tiga) tahun berturut-turut yang telah disahkan.
    • Tuliskan TIADA pada ruang yang tidak berkenaan. Gunakan lampiran sekiranya ruang yang disediakan tidak mencukupi.
    • Permohonan lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang berlainan.
    • Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat di bawah :

    Pendaftar
    Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
    464, Jalan Tun Ismail
    50480 Kuala Lumpur
    (u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    dan hendaklah sampai sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dalam
    iklan.

    • Borang permohonan yang tidak lengkap, tidak kemas dan lewat diterima
      tidak akan diproses.
    • Calon yang melepasi tapisan dan didapati layak akan dipanggil untuk temu
      duga. Surat panggilan temu duga akan dihantar kepada alamat tetap yang
      dinyatakan.
    • Segala perbelanjaan menghadiri temu duga akan ditanggung sepenuhnya
      oleh pemohon.
    • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6)
      bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah mengganggap permohonan tidak
      berjaya.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Terkini Aswara, anda boleh layari laman rasmi ASWARA di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024. Untuk makluman semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan naik ke darjah 1 pada tahun 2023 dan 2024, perndaftaran akan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

    Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

    Pendaftaran Murid Tahun 1

    Untuk membuat pendaftaran secara atas talian, anda boleh terus ke pautan Kementerian Pendidikan Malaysia di [Klik Disini]

    Untuk info anda, Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

    Jika anda adalah pengguna baru, akan dikehendaki untuk membuat pendaftaran pengguna baru iaitu perlu didaftarkan dengan maklumat penjaga.

    Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

    • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
    • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

    Dokumen Penting Yang Diperlukan

    1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
    2. Sijil Lahir murid
    3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
    4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
    5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
    6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
    7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

    TARIKH PERMOHONAN

    1. Tarikh Mula : 1 Mac 2022
    2. Tarikh Tutup : 30 April 2022
    3. Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
    4. Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran tahun 1 2023/2024, anda boleh terus ke pautan untuk pegawai yang boleh dihubungi mengikut negeri dan daerah di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkenaan pendidikan dan semakan kelulusan untuk anda

  • Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022

    Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022

    Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 sebanyak RM150 seorang akan mula diagihkan kepada anda yang telah memohon dan layak. Tarikh bayaran adalah pada 17 Januari 2022 dan akan dilakukan secara berperingkat.

    Bantuan Awal Persekolahan 2022

    Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima bantuan tersebut.

    Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai

    KELAYAKAN MENDAPATKAN BAP

    Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

    • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
    • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
    • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

    PERMOHONAN BAP 2022

    Untuk membuat permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022, ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan dibawah :

    Borang PB1 : [Klik Disini]

    Borang PB2 : [Klik Disini]

    Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga perlu melampirkan sekali beberapa dokumen bersama borang permohonan di atas :

    1. Salinan Sijil lahir anak

    2. Kad pengenalan ibu bapa

    3. Bukti pendapatan ( salinan slip gaji) .

    4. Sekiranya tiada slip gaji perlu isi borang Pengesahan Pendapatan.( PB2)

    *Semua salinan dokumen perlu disahkan salah seorang* :

    • Pegawai kerajaan kumpulan A ( Pengurusan dan Profesional)
    • Pengerusi JKKK
    • Penyelia Pembangunan Mukim
    • Penghulu
    • Penggawa
    • Ketua Kampung

    Setiap permohonan lengkap boleh dikembalikan kepada pihak sekolah.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda

  • PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022

    PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022

    PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022. Tenaga Nasional Berhad telah membuka peluang kerjaya dan latihan iaitu Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) Ready To Work (RTW) Fasa 7 (Pengambilan Tahun 2022). Ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk menyertai latihan ini.

    PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

    • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
    • Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
    • Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
    • Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia

    Struktur Latihan PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

    Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

    1. Soft-skills Training
    2. On-the-Job Training

    Faedah Penyertaan

    • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
    • Kelayakan Cuti  Tahunan
    • Potongan PERKESO & EiS
    • Bayaran balik rawatan perubatan

    Syarat Kelayakan PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB

    • Warganegara Malaysia
    • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang, serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia.
    • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
    • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
    • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan
    • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
    • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
    • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
    • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini. 

    Tenaga Nasional Berhad

    Cara Permohonan

    Untuk Iklan Penuh PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2022 anda boleh terus ke pautan portal rasmi TNB di [Klik Disini]

    Untuk membuat permohonan dan mengisi borang boleh terus ke pautan [Klik Disini]

    • Anda dikehendaki untuk mendaftar dan log masuk sebelum mengisi borang permohonan
    • TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 JANUARI 2022

    Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya terkini seluruh Malaysia untuk anda