Blog

  • Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan

    Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan

    Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 : Semakan & Permohonan. Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia. MARA kini telah membuka semakan dan permohonan untuk mendapatlan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022.

    Pembiayaan Perniagaan MARA 2022

    Untuk mendapatkan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022, pemilik perniagaan haruslah memohon bantuan pembiyaan ini. Antara pemilik perniagaan tersebut adalah :

    1. Milikan Tunggal (Enterprise)
    2. Perkongsian / Perkongsian Lialibiliti Terhad (PLT)
    3. Syarikat Sdn Bhd

    HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN YANG DIPOHON

    Had maksimum atau had pembiayaan yang boleh dimohon mengikut skim kemudahan pembiayaan perniagaan adalah seperti berikut :

    1. PUTRA – had maksimum adalah sehingga RM10,000.00
    2. Skim OKU – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
    3. SEMAi – had maksimum adalah sehingga RM50,000.00
    4. DanaNita – had maksimum adalah sehingga RM150,000.00
    5. Mobile Business (Food Truck/Karavan) – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
    6. SPiM – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
    7. SPiM Tekno – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
    8. PUTEK – had maksimum adalah sehingga RM500,000.00
    9. SPiKE – had maksimum adalah sehingga RM1,000,000.00
    10. MISA – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00
    11. PRiN – dari RM500,001.00 sehingga RM1,000,000.00

    Syarat Kelayakan Permohonan

    Syarat kelayakan untuk membuat permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 Tahun ke atas
    3. Berdaftar dengan SSM serta telah beroperasi selama 6 bulan
    4. Menjalankan perniagaan secara sepenuh masa
    5. Perniagaan yang mematuhi syariah
    6. Bebas dari senarai hitam MARA

    Cara Permohonan

    Cara permohonan, syarat khas khusus, skop pembiayaan dan tempoh Pembiayaan Perniagaan MARA 2022 adalah dengan melalui permohonan atas talian di portal rasmi MARA di :

    [adinserter block=”11″]

    Pemohon juga perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baru di Daftar Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan MARA sebelum membuat permohonan.

    Dokumen Yang Perlu Disediakan

    Dokumen yang perlu disediakan bagi permohonan pembiayaan MARA adalah:

    1. Mengikut Senarai Semak Permohonan Pembiayaan Perniagaan MARA (boleh didapati di skrin permohonan).
    2. Semua dokumen perlu dihantar kepada Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Bahagian Pembiayaan Perniagaan (permohonan pembiayaan PRiN dan MISA)
    3. Perlu dihantar dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh permohonan.

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

  • Permohonan Program JaminKerja Keluarga Malaysia

    Permohonan Program JaminKerja Keluarga Malaysia

    Permohonan JaminKerja Keluarga Malaysia. Program JaminKerja adalah Insentif Penggajian iaitu merupakan satu insentif kewangan yang diberikan kepada majikan yang membuat pengambilan baharu mulai 1 Januari 2022 dalam kalangan perantis, graduan, golongan mudah terjejas termasuk OKU, bekas tentera, bekas banduan, warga emas serta penganggur am.

    Insentif Program JaminKerja Keluarga Malaysia

    Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

    Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

    Kelayakan Permohonan Program JaminKerja Untuk Majikan Dan Pekerja

    Majikan yang layak untuk memohon Program JaminKerja :

    1. Majikan daripada semua kategori industri yang berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2022
    2. Majikan daripada Sektor Awam Badan Berkanun Perseketuan dan Negeri, Badan Berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya layak bagi kategori Perantisan

    Majikan yang tidak layak memohon Program JaminKerja :

    1. Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang memberikan perkhidmatan penempatan pekerjaan kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan utama.
    2. Walaubagaimanapun, Agensi Pekerjaan atau Syarikat Penyumberan Luar yang bertindak sebagai majikan langsung, yang melaksanakan pembayaran gaji dan caruman pekerja adalah layak untuk membuat permohonan insentif ini.

    Pekerja yang tidak layak mendapat insentif dibawah Program JaminKerja

    1. Pekerja yang sedang menerima Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Subsidi Upah di bawah Program PenjanaKerjaya 3.0
    2. Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian
    3. Pekerja yang berhenti secara sukarela kecuali dengan tempoh 2 bulan pengangguran (prolonged unemployment)
    4. Ibu bapa, suami atau isteri, adik-beradik, anak dan sesiapa yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang diambil sebagai pekerja
    5. Pekerja bukan warganegara

    Tarikh Tutup Permohonan Program JaminKerja

    Tarikh akhir permohonan untuk insentif Program JaminKerja-Insentif Penggajian adalah pada 30 Jun 2022.

    Syarat – Syarat Tambahan

    1. Majikan wajib membayar gaji seperti yang diiklankan di Portal MYFutureJobs.
    2. Majikan wajib mengemaskini tarikh berhenti kerja dalam tempoh 48 jam di Portal Program JaminKerja – Insentif Penggajian dan Portal ASSIST sekiranya penerima insentif meletakkan jawatan.
    3. Majikan dan pekerja hendaklah mematuhi garis panduan waktu bekerja yang ditetapkan di bawah Akta Kerja 1955.
    4. Majikan digalakkan mengambil calon pekerja daripada senarai yang berdaftar dalam Portal MYFutureJobs.
    5. Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja sedia ada dan menggantikannya (substitute) dengan pekerja yang sama atau yang baharu untuk permohonan Program JaminKerja – Insentif Penggajian
    6. Permohonan bagi majikan yang membayar gaji harian kepada pekerja adalah dibenarkan selagi mematuhi kadar minima gaji asas (RM1200) yang pasti diterima oleh pekerja setiap bulan.

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan Program JaminKerja, majikan dan pekerja boleh ke pautan portal rasmi PERKESO seperti dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    Mohon JaminKerja Sekarang

     

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Program JaminKerja, anda boleh ke portal rasmi PERKESO di : https://www.perkeso.gov.my/en/bajet2022/jaminkerja.html

    Untuk Soalan Lazim, anda boleh memuat turun PDF file seperti dibawah : https://www.perkeso.gov.my/images/bajet2022/jaminkerja/180122-%20FAQ%20JaminKerja.pdf

    Klik Disini untuk lagi semakan permohonan dan bantuan untuk anda

  • Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022

    Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022

    Permohonan Sebagai Pegawai ATM (TDM/TLDM/TUDM) 2022. Anda yang mempunyai lepasan Ijazah dan berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ingin berkhidmat sebagai pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM), atau Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonnan untuk menjadi pegawai telah dibuka.

    Permohonan Sebagai Pegawai ATM

    Untuk membuat permohonan sebagai pegawai ATM, anda boleh menggunkan portal Jom Masuk Tentera (JMT).

    Portal Jom MasukTentera (JMT) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai  Perkhidmatan ATM. Melalui portal ini juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja.

    128 Pegawai Kadet PALAPES UMP Terima Pentauliahan Leftenan Muda | UMP News

    Syarat Kelayakan Pegawai ATM

    Untuk syarat kelayakan bagi permohonan sebagai Pegawai ATM, anda boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia dan dibawah option Jom Masuk Tentera untuk menjawat jawatan :

    1. Pegawai Kadet Graduan
    2. Perajurit Muda (Muda) TDM
    3. Perajurit Muda (Laut) TLDM
    4. Perajurit Muda (Udara) TUDM

    [adinserter block=”11″]

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah seperti dibawah :

    1. Layari pautan JMT : https://jmt.mod.gov.my/#
    2. Pada paparan utama klik pada Pegawai Kadet Graduan
    3. Kepada pengguna baru klik pada Daftar Akaun dan lengkapkan butiran yang diperlukan
    4. Log masuk dan buat permohonan.

    Rujukan cara membuat permohonan boleh dimuat turun di :

    Cara membuat Permohonan Sebagai Pegawai ATM

    Selepas membuat permohonan :

    • Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.
    • Sila semak tarikh kehadiran pemilihan akhir dan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan.
    • Pastikan anda bawa bersama dokumen yang berkaitan semasa hadir.
    • Sila muat naik surat kelulusan dan cetak.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Jom Masuk Tentera, anda boleh rujuk di :

    Klik Disini untuk lagi informasi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

    Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu

    Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di JHEAT. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang layak terutama kepada Anak Jati Negeri Terengganu untuk menyandang jawatan seperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Agama) DG41
    2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Umum) DG41

    Lokasi Jawatan :

    1. Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu
    2. Madrasah Moden Terengganu
    3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman
    4. Sekolah Rendah Islam Darul Iman

    Nama Majikan : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu)

    Gaji : RM2,188 Sehingga Rm9,552

    Tarikh Tutup Permohonan : 2 Februari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di JHEAT adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Syarat Lantikan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di JHEAT

    1. Warganegara Malaysia dan Anak Jati Negeri Terengganu
    2. Sihat tubuh Badan
    3. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2022
    4. Telah mendapatkan Dos Imunisasi Covid-19 yang lengkap
    5. Memiliki kelulusan akademik seperti di bawah :
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    • Keutamaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan, anda perlu mendaftar masuk terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara atas talian (online) di :

    [adinserter block=”11″]

    Maklumat Lanjut

    Untuk iklan penuh dan makluamt lanjut berkenaan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di JHEAT boleh terus ke pautan iklan penuh :

    • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Agama) DG41

    http://ejobs.maidam.gov.my/Iklan/viewDetail.php?idIklanDetail=241&gaji_id=519&fbclid=IwAR3Osr_JLSA6ei1O0WOLZCnTwLFbP5uruUcKfqmcNvkJ5UcVNfc8YWfLaMo

    • DG41Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Umum) DG41

    http://ejobs.maidam.gov.my/Iklan/viewDetail.php idIklanDetail=240&gaji_id=517&fbclid=IwAR2YWcvtbwr726YF-23rtmAAg88n3vXiQf9xJ0YzbsfeYfdpjsG24WpSVEs

    Klik Disini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya terkini untuk anda.

  • Permohonan Program Perumahan Rakyat B40 : Rumah Sewa PPR RM120

    Permohonan Program Perumahan Rakyat B40 : Rumah Sewa PPR RM120

    Permohonan Program Perumahan Rakyat B40 : Rumah Sewa PPR RM120. Golongan B40 boleh mendiami rumah selesa dan dengan kadar sewa yang murah serendah RM120 dengan membuat Permohonan Rumah Sewa PPR. Rumah Sewa Program Perumahan Rakyat masih lagi terbuka kepada permohonan untuk semua negeri seluruh Malaysia.

    Program Perumahan Rakyat B40

    Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan penempatan bagi mereka yang mempunyai pendapatan rendah (B40)

    Kategori Program Perumahan Rakyat (PPR)

    Terdapat 2 katagori PPR iaitu:

    1. PPR Disewa
      • Progran Perumahan Rakyat (PPR) akan diberikan sewa kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan kadar sebanyak Rm120 sebulan.
    2. PPR Dimiliki
      • Kerajaan menubuhkan program PPR dimiliki ini ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada golongan yang mempunyai berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
      • Harga adalah RM35,000 seunit di semenanjung Malaysia. Untuk Sabah pula RM42,000 seunit.

    Syarat Kelayakan Skim Rumah Sewa PPR

    Syarat kelayakan rumah sewa Program Perumahan Rakyat adalah :

    1. Warganegara malaysia berumur 18 tahun ke atas
    2. Terdiri dari golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM3000 dan ke bawah
    3. Tidak ada rumah sendiri atau belum memiliki rumah sendiri semasa permohonan dibuati
    4. Syarat yang lain-lain yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan

    CIRI-CIRI RUMAH SEWA PPR

    Berikut adalah merupakan ciri-ciri rumah sewa Program Perumahan Rakyat B40 yang mempunyai reka bentuk yang sama dimana kriteria ini telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan .

    1. Jenis rumah yang bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat untuk kawasan bandar.
    2. Jenis yang rumah teres untuk kawasan pinggir bandar.
    3. Keluasan rumah tidak melebihi 700 kaki persegi.
    4. Binaan rumah
      • 3 bilik tidur
      • 2 bilik air
      • 1 ruang tamu
      • 1 ruang dapur.

    KEMUDAHAN ASAS RUMAH SEWA PPR

    Kemudahan asas yang tersedia bagi rumah sewa Program Perumahan Rakyat B40:

    • Dewan Komuniti
    • Taman Permainan
    • Kemudahan OKU
    • Tadika
    • Surau
    • Rumah Sampah

    SEMAKAN RUMAH SEWA RM120 PPR

    Untuk menyemak kawasan rumah sewa Program Perumahan Rakyat yang telah dijalankan di setiap negeri boleh dirujuk dilaman rasmi program ini di pautan dibawah :  

    CARA PERMOHONAN RUMAH SEWA RM120 PPR

    Berikut adalah merupakan cara permohonan rumah sewa Program Perumahan Rakyat:

    1. Permohonan Secara Manual
    2. Permohonan Secara Online
      • Sila layari laman web rasmi TEDUH : https://teduh.kpkt.gov.my/
      • Sekiranya anda belum mempunyai akaun SPRN, anda seharusnya daftar terlebih dahulu
      • Setelah daftar, klik pada Log masuk untuk meneruskan permohonan anda

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut mengenai rumah sewa RM120, anda boleh layari website rasmi Jabatan Perumahan Negara di pautan https://ehome.kpkt.gov.my

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan anda.