Blog

  • LURUHNYA BUNGA CINTA IALAH ADAPTASI DARI DRAMA TERKENAL KOREA “AUTUMN IN MY HEART,” YANG MENEROKA BAGAIMANA PERUBAHAN IDENTITI SESEORANG BOLEH MENGUBAH NASIB SESEORANG SELAMA-LAMANYA

    LURUHNYA BUNGA CINTA IALAH ADAPTASI DARI DRAMA TERKENAL KOREA “AUTUMN IN MY HEART,” YANG MENEROKA BAGAIMANA PERUBAHAN IDENTITI SESEORANG BOLEH MENGUBAH NASIB SESEORANG SELAMA-LAMANYA

    Nuha dan Aara secara tidak sengaja bertukar keluarga sejurus selepas dilahirkan. Mereka akhirnya bertemu kerana takdir, dan semuanya akan berubah. Apa yang akan terjadi kepada dua orang ini, Nuha dan Aara, yang harus bertukar nasib ini?

    Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi daripada siri drama popular Korea yang berjudul Autumn in My Heart. Siri drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini ditaja oleh Nivea dan bakal menemani penonton bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3. 

    Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan penulisan skrip oleh Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin dan Farah Bani. Luruhnya Bunga Cinta dibintangi oleh pelakon-pelakon tanah air yang berbakat seperti Redza Rosli (Nuh), Tracie Sinidol (Nuha), Nabila Razali (Sara), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Awal) dan ramai lagi. 

    Sidang media Akasia: Luruhnya Bunga Cinta telah berlangsung di GalahGala Seafood Restaurant, TT Gardens selaku penaja lokasi bagi acara tersebut. Dihoskan oleh Fiza Frizzy, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Puan Farah Shamsudin (Pengurus Besar Kanan, Pemasaran Kandungan & Kreatif Rangkaian Televisyen Media Prima), Encik Ng Hock Guan (Pengurus Serantau, Beiersdorf Malaysia & Singapura), Puan Faye Lee (Eksekutif Pembangunan Perniagaan, iQIYI Malaysia), Puan Zetty Alia Dato’ Ramly (Penerbit Global Station Sdn Bhd), Encik Muhamad Riza Baharudin (Pengarah Luruhnya Bunga Cinta) serta barisan pelakon iaitu Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, Bella Luna, Auni Yusrii, Aniq Durar, Laila Nasir, Yang Mulia Dato’ Sri Shah Rezza, Raja Azmi, Hafiz Halim, dan Zila Bakarin. 

    Luruhnya Bunga Cinta berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun. Versi Malaysia ini juga memperkenalkan Sara, watak baharu lakonan oleh Nabila Razali yang pasti menyuntik elemen segar dalam kisah cinta yang menyayat hati ini. 

    Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.

    Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan. 

    Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi. 

    Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak  dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?

    Lebih menarik, Akasia: Luruhnya Bunga Cinta menampilkan lagu ‘Belakang Tabir’ nyanyian oleh Syamel sebagai lagu runut bunyi. Lagu ‘Belakang Tabir’ dicipta oleh Syamel dan Jiwa, liriknya dihasilkan oleh Syamel dan diterbitkan oleh Aubrey Suwito. 

    Saksikan drama terbaharu Luruhnya Bunga Cinta menerusi slot Akasia bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

    Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

  • PERADUAN JANJI HAPPY

    PERADUAN JANJI HAPPY

    Di samping memberi penghormatan kepada filem-filem cemerlang sepanjang bulan September, TV9 telah merancang Peraduan Janji Bahagia yang unik untuk peminat setianya! Jangan lepaskan peluang ini kerana TV9 memberikan hadiah wang tunai sehingga RM 9,000 dalam pertandingan yang boleh didaftar oleh semua rakyat Malaysia.

    Peraduan Janji Happy ini telah pun berlangsung sejak 1 September 2023 yang lalu. Namun, jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk menang! Caranya amat mudah, anda hanya perlu menonton Buletin TV9 dan filem-filem hebat di TV9 bermula pada pukul 8.30 malam setiap hari sepanjang September ini. Bagi rancangan yang disiarkan sehingga 17 September 2023 ini, penonton perlu mengira jumlah logo Janji Happy yang muncul di sebelah kiri skrin televisyen anda serta lengkapkan slogan yang telah diberikan.

    Manakala, bagi rancangan yang bermula dari 18 September hingga 30 September 2023, penonton hanya perlu menjawab dua soalan mudah dari rancangan tersebut. Pastikan anda berada di hadapan kaca televisyen kerana dua soalan tersebut akan dipaparkan pada awal dan pertengahan ketika filem tersebut berlangsung. Jawapan yang anda berikan hendaklah disertakan dengan slogan yang telah dilengkapkan.

    Kemudian, penonton harus menghantar jawapan mereka sebelum 12.00 tengah malam pada hari tersebut di laman rasmi media sosial TV9, Instagram atau Facebook. Setakat ini, TV9 telah menerima hampir 4000 penyertaan dan 7 orang pemenang telah berjaya membawa pulang RM500. Para pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat beserta dengan slogan yang paling kreatif. Pengumuman pemenang pula akan diumumkan pada hari seterusnya di laman media sosial yang sama. Jadi adakah anda sudah bersedia? Kunci masa anda dan sertai Peraduan Janji Happy ini kerana anda mungkin antara pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah sebanyak RM500!

    Saksikan filem menarik di TV9 seperti The Fast & The Furious, The Karate Kid, Misteri Delaila, Wan Embong, Raju Chacha, Sabar Tak Sabar, Love Supermoon, Insan Terpilih dan Auta menerusi slot Kuasa 3 Malam, Skrin Di 9 dan Wayang Hujung Minggu.

    Jika anda ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang Peraduan Janji Happy, sila layari www.xtra.com.my/peraduanjanjihappy/ dan ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

  • Konsert Exists X Orkestra Bakal Berlangsung pada 22 Disember di Megastar Arena Kuala Lumpur.

    Konsert Exists X Orkestra Bakal Berlangsung pada 22 Disember di Megastar Arena Kuala Lumpur.

    Selepas 32 tahun mengejar karier seni mereka sebagai sebuah band muzik rakaman profesional, Exists akhirnya akan mengukir sejarah dengan satu persembahan luar biasa – Konsert Exists X Orkestra. Dalam konsert ini, mereka akan bersatu dengan simfoni orkestra untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan dan mengagumkan.

    Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

    Exists yang dianggotaiA jai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka.

    “Bergabung  dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian mereka pasti mahu  melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

    “Kami fikir dengan sudah banyak melakukan persembahan daripada skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra.

    “Selama ini kami hanya  menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua.  Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini.

    “Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” kata  Along.

    Sejak  beberapa tahun kebelakangan ini, Exists memang dilihat cukup aktif mengadakan konsert di dalam dan di luar negara khususnya di Singapura dan Indonesia.  Bahkan, mereka juga turut mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

    Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.

     

     

     

  • 23 RAKAN STRATEGIK MENYERTAI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA (KBM) 2023 DI SELURUH NEGARA

    23 RAKAN STRATEGIK MENYERTAI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA (KBM) 2023 DI SELURUH NEGARA

    Hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah yang berlangsung bermula pada hari ini 15 September 2023 sehingga 17 September 2023 bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

    Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat di Negeri Sabah ini memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan dan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023.

    Pada hari ini terdapat 20 pempamer yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Sabah ini dengan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster yang memperlihatkan keunikan negeri Sabah.

    Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

    KBBM ini telah mendapat kerjasama daripada 23 rakan strategik yang melibatkan empat (4) inisiatif strategik perniagaan iaitu; pemerkasaan produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan dan platform dalam talian (marketplace), kolaborasi khas media animasi digital serta jualan bertema 2 berdasarkan segmen khusus. Pada masa yang sama juga pelaksanaan Jelajah Mini KBM yang akan menjelajah ke 5 zon/wilayah di seluruh Negara di samping pelaksanaan acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia pada penghujung tahun nanti.

    Justeru itu, menerusi penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 yang julung kalinya dilaksanakan dalam skala sederhana di 5 zon/wilayah di seluruh Negara diharap dapat menjadi pemangkin dalam merancakkan kembali kecenderungan rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia. Pada masa yang sama dapat mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan.

    Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 ini juga menampilkan pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih dari zon/wilayah yang terlibat itu sendiri agar dapat memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah pameran dan jualan, sesi advokasi dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk para pengunjung.

    KPDN ingin menyeru rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.

    KPDN berharap agar rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai ke setiap lokasi Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 dalam memeriahkan lagi karnival ini disamping menyokong produk-produk usahawan tempatan dan secara tidak langsung dapat merangsang ekonomi negara.

    Berhubung Program Jualan RAHMAH (PJR), sehingga 31 Ogos 2023, ia telah dilaksana di 20 kawasan Parlimen dan 44 kawasan Dewan Undangan Negeri melibatkan 79 lokasi di seluruh negeri Sabah dan telah memberi manfaat kepada lebih 117,658 pengunjung. Manakala PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3 juta pengunjung di 1,828 lokasi 3 melibatkan 222 Parlimen dan 640 DUN.

    PJR dilaksanakan melalui 3 model iaitu dalam premis, luar premis, dan Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat. Program Jualan RAHMAH ini merupakan kolaborasi Kerajaan bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan pasar raya besar yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak paket, tepung, telur ayam, ikan, ayam, buah-buahan, sayuran dan lain-lain antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga biasa setempat. Turut diadakan acara cabutan tiket bertuah dan jualan ‘Happy Hour’.

    “Jom Sokong dan Beli” Barangan Malaysia “Barang Baik, Barang Kita”

     

  • DOKUMENTARI KHAS “NOMAD TERAKHIR”

    DOKUMENTARI KHAS “NOMAD TERAKHIR”

    Terdapat rumah, sekolah dan taman permainan di kawasan hutan. Mungkin begitulah bagaimana suku asli Batek dan hutan boleh ditakrifkan. Suku Orang Asli Batek yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan akan diceritakan kisah hidup mereka menerusi dokumentari unik The Last Nomad. Berhampiran Taman Negara Kelantan, di kawasan terpencil, 300 orang Batek menetap dalam komuniti tajaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Suku kaum Batek masih hidup secara separa nomad dan bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan Taman Negara Kelantan yang berusia 130 juta tahun untuk bekalan makanan harian mereka.

    Dokumentari khas ini adalah hasil kerjasama antara TV3 dengan EBS Korea untuk menjayakan sebuah program dari Korea, The Food Of Love, yang membabitkan 5 buah negara iaitu Korea, Mongolia, India, Thailand dan Malaysia. Ini juga adalah usaha yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Puan Nini Yusof, bersama pihak EBS Korea bagi menghasilkan sebuah dokumentari jalinan kerjasama antara dua buah negara. 

    Penggambaran membabitkan gabungan krew penerbitan dan TV3 dan EBS Korea ini berlangsung selama 9 hari. Pastinya merakamkan perjalanan hidup dan aktiviti harian orang asli Batek di hutan ada cabarannya. Faktor cuaca, membawa peralatan penggambaran dengan berjalan kaki ke dalam hutan lebih 3 kilometer setiap hari dan kekangan bahasa untuk berkomunikasi merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi. 

    Mendekati suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, akan menjadi sukar tanpa bantuan Suzairi Zakaria atau lebih dikenali sebagai Dome. Dome, seorang jurugambar profesional berasal dari Setiu,Terengganu,  individu yang telah banyak merekod dan merakamkan momen, peristiwa, serta saksi perubahan suku kaum Batek di sini hampir 15 tahun. Keakraban itu banyak membantu pihak produksi dalam menjalankan penggambaran dan pastinya Dome juga turut terlibat sebagai salah seorang karakter penting dalam penceritaan dokumentari ini.

    Merakamkan realiti hidup orang asli Batek di Kuala Koh, memberikan satu dimensi baharu tentang keunikan mereka. Kewujudan mereka adalah sebahagian daripada ekosistem di Taman Negara. Kepakaran mereka mengenai ilmu hutan adalah satu perkara yang sangat mengagumkan. Aktiviti wajib mereka adalah mencari ubi-ubi liar di hutan. Malah kelebihan yang mereka miliki, ada sebahagian daripada ubi liar beracun menjadi hidangan mereka. Keunikan ini dibawakan dalam dokumentari ini. Orang asli Batek masih memburu haiwan menggunakan cara tradisional dengan menyumpit dan tiba waktu yang diperlukan, mereka akan berpindah randah jauh ke dalam hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

    Namun hanya generasi lama yang masih kuat berpegang teguh dengan cara hidup asal. Mereka cuba sedaya upaya mempertahankan cara hidup dan tradisi lama mereka dari generasi ke generasi. Namun kehidupan mereka semakin mencabar dek kerana kesan modenisasi dalam kalangan generasi muda. Perubahan ini yang menggusarkan generasi lama. 

    Persoalannya, mampukah cara hidup dan tradisi lama mereka bertahan?

    Nomad Terakhir, adalah hasil kerja keras berpasukan yang terdiri daripada jurukamera, Rishigeysannambiar, Mohd Rafi Kassem dan jurukamera wanita dari EBS Korea, Hyungeun Yim, dibantu krew teknikal yang lain; Azizul Sufyan, Khirul Fikry Mustafa, Sangin Kim (EBS), Mohammad Syafiq Zakaria, Muhammad Haniff Hassan dan manakala pihak produksi penerbitan, Nurul Fariha Onn (TV3), Hyunsook Chung (EBS) sebagai Pengarah & Penerbit, Nur Wanah Kiramli, sebagai Penolong Penerbit & Offline Editor, Iffa Qamarina Burhanuddin sebagai wartawan, Hafiz Rashid, sebagai Online Editor dan  Mohd Izzul Iswat Mohd Azman, Penerbit Penyelaras.

    Saksikan Nomad Terakhir, dokumentari istimewa 1 jam ini akan disiarkan pada 16 September 2023, Sabtu, jam 6.00 petang, di TV3. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.