23 RAKAN STRATEGIK MENYERTAI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA (KBM) 2023 DI SELURUH NEGARA

WhatsApp Image 2023 09 14 at 9.43.26 AM 1

Hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah yang berlangsung bermula pada hari ini 15 September 2023 sehingga 17 September 2023 bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah.

Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat di Negeri Sabah ini memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan dan merupakan salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023.

Pada hari ini terdapat 20 pempamer yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Sabah ini dengan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster yang memperlihatkan keunikan negeri Sabah.

Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

KBBM ini telah mendapat kerjasama daripada 23 rakan strategik yang melibatkan empat (4) inisiatif strategik perniagaan iaitu; pemerkasaan produk tempatan di dalam industri peruncitan tempatan dan platform dalam talian (marketplace), kolaborasi khas media animasi digital serta jualan bertema 2 berdasarkan segmen khusus. Pada masa yang sama juga pelaksanaan Jelajah Mini KBM yang akan menjelajah ke 5 zon/wilayah di seluruh Negara di samping pelaksanaan acara kemuncak Karnival Barangan Malaysia pada penghujung tahun nanti.

Justeru itu, menerusi penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 yang julung kalinya dilaksanakan dalam skala sederhana di 5 zon/wilayah di seluruh Negara diharap dapat menjadi pemangkin dalam merancakkan kembali kecenderungan rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia. Pada masa yang sama dapat mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa khususnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk atau perkhidmatan tempatan.

Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 ini juga menampilkan pemain-pemain industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang dipilih dari zon/wilayah yang terlibat itu sendiri agar dapat memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan termasuklah pameran dan jualan, sesi advokasi dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk para pengunjung.

KPDN ingin menyeru rakyat Malaysia untuk “Jom Sokong dan Beli” dan menyarankan pengguna supaya dapat membuat pilihan tepat dengan membeli serta memilih barangan Malaysia yang sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk-produk luar.

KPDN berharap agar rakyat Malaysia dapat turun beramai-ramai ke setiap lokasi Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 dalam memeriahkan lagi karnival ini disamping menyokong produk-produk usahawan tempatan dan secara tidak langsung dapat merangsang ekonomi negara.

Berhubung Program Jualan RAHMAH (PJR), sehingga 31 Ogos 2023, ia telah dilaksana di 20 kawasan Parlimen dan 44 kawasan Dewan Undangan Negeri melibatkan 79 lokasi di seluruh negeri Sabah dan telah memberi manfaat kepada lebih 117,658 pengunjung. Manakala PJR di seluruh negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3 juta pengunjung di 1,828 lokasi 3 melibatkan 222 Parlimen dan 640 DUN.

PJR dilaksanakan melalui 3 model iaitu dalam premis, luar premis, dan Jualan RAHMAH Bergerak #KedaiCariRakyat. Program Jualan RAHMAH ini merupakan kolaborasi Kerajaan bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan pasar raya besar yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian seperti gula, minyak masak paket, tepung, telur ayam, ikan, ayam, buah-buahan, sayuran dan lain-lain antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga biasa setempat. Turut diadakan acara cabutan tiket bertuah dan jualan ‘Happy Hour’.

“Jom Sokong dan Beli” Barangan Malaysia “Barang Baik, Barang Kita”

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "23 RAKAN STRATEGIK MENYERTAI KARNIVAL BARANGAN MALAYSIA (KBM) 2023 DI SELURUH NEGARA" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment