Blog

  • PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MEMIKAT 40,000 PENGUNJUNG.

    PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MEMIKAT 40,000 PENGUNJUNG.

    Terkini, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah mengumumkan pembukaan Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2023. Acara ini berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

    Pada hari ini, Program Jelajah Jualan RAHMAH yang dilaksanakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka ini mensasarkan sekurang-kurangnya 40,000 orang pengunjung. Program impak berskala besar ini bukan sahaja mensasarkan kumpulan kategori B40, malahan semua lapisan masyarakat kerana ini adalah platform untuk rakyat Melaka dan sekitarnya mendapatkan bekalan barang-barang keperluan harian. Untuk makluman, seramai 34 pemain industri sektor peruncitan dan 9 agensi Kerajaan terlibat menjayakan Program Jelajah Jualan RAHMAH Negeri Melaka bagi tahun 2023.

     

     

    Program Jualan RAHMAH yang diadakan pada hari ini menawarkan sehingga 15 sehingga 25 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

    Antara barang keperluan yang ditawarkan pada hari ini ialah ayam bulat RM6.30 sekilogram; minyak masak botol 5 kilogram RM23.00; telur gred C RM9.00 sepapan; tepung serbaguna RM2.00 sepaket; beras super import 5 kilogram RM13.00; daging segar RM32.00 sekilogram; susu pekat RM2.00 satu tin dan banyak lagi barangan keperluan asas yang lain.

    Sehingga 29 September 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 111 lokasi di seluruh 6 parlimen dan 28 DUN di Negeri Melaka. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi, di luar premis sebanyak 3 lokasi dan secara bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.

    Selain Program Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH juga turut ditawarkan di sini dengan penglibatan seramai 12 peniaga dan food truck yang menawarkan pelbagai menu masakan tempatan dan barat pada harga RM5.00 dan ke bawah.

    Pada masa yang sama, 90 set Bakul RAHMAH turut diserahkan kepada kumpulan sasar pada pagi ini. Usaha ini adalah dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri Melaka dan beberapa pemain industri sektor peruncitan.

    KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

  • MELAHIRKAN ‘PERSONA’ TERBARU YONNYBOII BERIKAN SENTUHAN MAGIS DALAM LAGU BARUNYA

    MELAHIRKAN ‘PERSONA’ TERBARU YONNYBOII BERIKAN SENTUHAN MAGIS DALAM LAGU BARUNYA

    KUALA LUMPUR, 27 September 2023 – Sejak melangkah ke dalam arena seni muzik tempatan, Yonnyboii, penyanyi hip hop yang semakin cemerlang, terus memukau dengan karya-karya hebatnya yang mampu memikat peminat genre ini.

    Tidak kurang hebatnya, pada tahun 2022, Yonnyboii muncul sebagai juara Anugerah Album Terbaik di majlis gemilang Anugerah Industri Muzik. Prestasi ini tidak hanya membuahkan piala yang dinantikan, malah membolehkannya meraih Dana Kandungan Digital bernilai RM 200,000 daripada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital.

    Berkat bantuan geran tersebut, Yonnyboi telah berjaya berkarya dengan lebih meluas dan melahirkan album yang lebih berkualiti.

    Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi.

    Salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan adalah sebuah majlis pelancaran album yang istimewa. Ia bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober 2023 di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran dari jam 4 petang hingga malam.

    Semestinya, ini bakal menjadi satu sejarah kerana belum ada penyanyi yang mengadakan pelancaran album di lokasi seperti ini dengan skala gergasi. Ramai dijangka bakal meluangkan waktu di acara tersebut.

    Di samping itu bintang ini juga pernah tercalon untuk anugerah muzik paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu.

    Kini, bintang ini muncul lagi dengan sesuatu yang lebih istimewa iaitu sebuah lagi album penuh berjudul Persona. Album ini menceritakan perjalanan beliau dalam mencari jatidirinya yang sebenar, khasnya melalui muzik.

    Yonnyboii berkata, album ini menceritakan bagaimana dia mencari bunyi yang juga identitinya sendiri. Yonnyboii melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini. Jadi album ini menggambarkan personanya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut personanya yang bervariasi.

    Album ini turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

    “Kesemua mereka memberikan masukan yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama rakan-rakan seperjuangannya.

    Bila ditanya tentang cabaran dalam menghasilkan album ini, Yonny menjelaskan hanya satu cabaran yang nyata iatu dirinya terpaksa bijak membahagikan masa.

    Yonnyboii berkata, pada waktu album ini disempurnakan, waktu agak suntuk dan isterinya sedang hamil dan kemudian melahirkan anak mereka. Jadi Yonnyboii terpaksa menyelitkan masa untuk memberi perhatian pada isteri dan anak selain memastikan album siap dengan baik. Jadi itu cabaran tersebar untuk album ini.

    Yonnyboii turut berharap album ini bakal disukai oleh kesemua peminatnya sepertimana beliau menyukai album ini.

    Persona telah berada di semua platform digital bermula 22nd September 2023 ini.

  • FANS REACTED POSITIVELY TO THE FIRST SALE OF THE VIVO V29 5G

    FANS REACTED POSITIVELY TO THE FIRST SALE OF THE VIVO V29 5G

    The company’s most recent product, the vivo V29 5G, made an impressive launch in Malaysia, generating queues outside of vivo stores all throughout the nation on the day it went on sale. Fans were spotted at the stores before opening time, commemorating the arrival of the smartphone as another significant turning point for vivo in Malaysia.

    Malaysians’ love for photography and designs are some of the key factors which contributed to this impressive success. The vivo V29 5G offers both of these features as it comes with the advanced Aura Light Portrait 2.0 as well as aesthetically designed Starry Purple and Noble Black. The key feature of its innovative Aura Light 2.0 and Smart Color Temperature Adjustment enable users to capture and celebrate every moment of their exciting lives in any environment.

    Apart from that, the device’s display is a beauty as it comes with a 120 Hz 1.5K AMOLED screen and 6.78″ 3D curved display, setting new standards in visual experience. Prioritising eye health, it holds three SGS professional-grade eye protection certifications. Adding to its appeal is an 80W FlashCharge and a 4600mAh Battery for swift and safe charging, along with robust performance powered by Qualcomm Snapdragon® 778G and an Ultra Large VC Bionic Cooling System, ensuring an immersive user experience.

    This success from the vivo V29 5G shows the commitment from the team at vivo to consistently develop innovative technology to improve user’s overall smartphone experience. Malaysians can rest assured that vivo Malaysia will continue to bring more advanced smartphones whether they are into powerful performance, entertainment, photography or simply an aesthete.

    To those who missed out on the pre-order and first sale promotion, don’t fret as vivo Malaysia will be stocking up more devices and promotions for you soon.

    Stay up to date with the latest promotions and product specifications at vivo Malaysia’s facebook page and vivo Malaysia’s official website

  • Motormaniac Encore Edition 2023: Pecah Bumbung di Mytown Cheras!

    Motormaniac Encore Edition 2023: Pecah Bumbung di Mytown Cheras!

    Yo! Motormaniac Encore Edition bakal berlangsung pada bulan Oktober ini di rooftop Mytown Cheras, Kuala Lumpur dengan bayaran hanya sebanyak RM10 untuk sehari! 🤘🏼

    Dengan 2 hari yang penuh aktiviti-aktiviti gempak bermula dari 7 – 8 Oktober 2023 dari jam 10 pagi – 10 malam. Motormaniac akan membawakan anda 2 Step competition yang terkenal dan pertandingan Limbo untuk melihat sama ada terdapat kereta-kereta yang mampu menewaskan juara bertahan yang telah menjuarai pertandingan sebelum ini semasa di Kwasa dan Penang 😆

    JANGAN LUPA UNTUK SET TARIKH ANDA DAN DATANG KE MOTORMANIAC ENCORE EDITION 2023 TAHUN INI! 🔥

    🗓 7 & 8 Oktober 2023 (SABTU & AHAD)
    📍 Bumbung MyTown Cheras
    💵 RM10 Sehari

  • PERUBATAN MADANI (SPM) DISOKONG OLEH PPIM

    Banyak aduan mengenai kesesakan hospital khususnya di bilik kecemasan, dihantar kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

    Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yakin peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke hospital kerajaan biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

    “Peningkatan pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dipercayai menjadi pesakit perlu menunggu lama,” katanya dalam satu kenyataan.

    Justeru, PPIM bersetuju dengan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan sejak 15 Jun 2023.

    “Inisiatif ini merupakan program rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

    “Skim Perubatan MADANI membantu mengurangkan kesesakan dengan membolehkan rakyat yang layak mendapat rawatan ringan di klinik swasta secara percuma,” katanya.

    Nadzim berkata melalui skim itu, jumlah pesakit di bahagian rawatan pesakit luar atau ringan di Jabatan Kecemasan Hospital dapat dikurangkan dan tumpuan boleh diberikan kepada kes kecemasan.

    Selain itu, PPIM menyeru supaya lebih banyak klinik swasta mengambil bahagian menjadi sebagai klinik panel supaya usaha baik mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti KKM tercapai untuk kebaikan rakyat.

    “Kami di PPIM memandang baik usaha KKM memudahkan rakyat golongan B40 mendapat kemudahan ini dengan kelayakan secara automatik tanpa memerlukan pendaftaran. Semua yang layak akan mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik.

    “Rakyat perlu memeriksa kelayakan dan klinik panel di laman sesawang Protect Health dan hanya membawa kad pengenalan ke klinik yang tersenarai,” katanya.

    Tambah Nadzim, PPIM berharap usaha yang baik ini diteruskan dan diperluaskan lagi. Terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kerana mengutamakan kebajikan rakyat.