Blog

  • DUA PEMENANG DIANGKAT SEBAGAI MISS INTERNATIONAL MALAYSIA 2024

    Pada acara penutup yang indah, Cik Cassandra Yap dan Cik Ashlyn Ooi, ratu baharu Miss International Malaysia 23 (MIM), telah dinobatkan sebagai Miss International Malaysia 2024. Acara tahun ini meraikan keanggunan, kecerdasan, bakat dan kecantikan yang dijelmakan oleh wanita Malaysia. Cik Kimberly Vung, Cik Christina Lee, dan Cik Aaliyah Wunsch kini menjadi pemenang lain Miss International Malaysia 2023, dengan memenangi gelaran naib juara pertama, kedua dan ketiga. Penganjur Miss International Malaysia percaya bahawa setiap peserta adalah ratu Miss International Malaysia kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan untuk mencapai impian mereka.

    Dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia dan dipersembahkan oleh SunStrong Entertainment, MIM meraikan bukan sahaja kecantikan, tetapi semangat yang diperkasakan oleh wanita Malaysia, kepelbagaian budaya negara dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian. MIM mengunjurkan nilai teras, cita-cita dan aspirasi Malaysia ke pentas global. Encik Jawed Khan, Presiden dan Pengarah Kebangsaan PPASM & MIM menyebut bahawa setiap peserta MIM dengan pelbagai latar belakang mereka, benar-benar mewujudkan hati Malaysia dan intipati uniknya dan berfungsi sebagai suara untuk pelbagai tradisi, masyarakat dan kepercayaan.

    YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Encik Jawed Khan, Pengarah Kebangsaan Miss International Malaysia, dan Encik Jment Lim, pengasas SunStrong Entertainment menekankan kepentingan mentakrifkan semula kecantikan melangkaui penampilan. Keindahan yang ditakrifkan semula ini merangkumi kisah-kisah yang terjalin dalam jiwa seseorang, perjuangan menentang keraguan diri, dan impian yang  jauh dan luas.

    Encik Jment Lim pengasas SunStrong Entertainment menyatakan bahawa Sunstrong Entertainment dengan bangganya mempersembahkan MIM kerana Miss International Malaysia bukan sekadar gelaran; ia adalah panggilan yang bermatlamat. Ia melambangkan perpaduan, tujuan, dan kuasa transformatif perubahan positif. Disamping meningkatkan imej Malaysia melalui platform ini, pihak penganjur juga berusaha untuk memastikan setiap peserta muncul sebagai mercu tanda perubahan, meraikan intipati unik mereka, dan mempamerkan budaya kita. MIM dan SunStrong Entertainment berpegang pada mantra yang sama, “Tiada impian yang terlalu besar, dan tiada pemimpi yang terlalu kecil,” SunStrong Entertainment & Miss International Malaysia komited untuk mempromosikan kuasa transformatif impian ini.

    Encik Jawed Khan, Cik Jenny Ngu dan Dr Aly Stephen selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur MIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam perjalanan transformatif ini, daripada penyampai kepada penaja, dan yang paling penting, para peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tidak berbelah bahagi. MIM bertujuan bukan sahaja untuk menyentuh kehidupan tetapi untuk mengubahnya secara mendalam. Pertandingan ini berfungsi sebagai bukti kemajuan, keterbukaan, dan dedikasi Malaysia terhadap tujuan bermakna yang bergema secara mendalam di peringkat tempatan dan global.

    Cik Jenny Ngu, Pengerusi MIM menyatakan dengan melihat masa depan, pihak Penganjur menjemput ramai lagi untuk menyertai acara ini di tahun hadapan. “Berikan sokongan anda, kongsi cerita anda dan sertai kami dalam misi kami untuk menjadikan Miss International Malaysia lebih berkesan. Sama ada anda bakal peserta, penaja atau penyokong, kami amat menantikan penyertaan anda dalam membentuk naratif keindahan, kekuatan dan kepentingan budaya Malaysia,” ujarnya dengan semangat.

  • LAGU TERBARU YANG BERJUDUL ‘CERITA KITA’ KOLABORASI ANTARA INSOMNIACKS DAN NABILA RAZALI

    LAGU TERBARU YANG BERJUDUL ‘CERITA KITA’ KOLABORASI ANTARA INSOMNIACKS DAN NABILA RAZALI

    Kumpulan Insomniacks ​​kembali berjaya dengan muzik karya terbaru yang berjudul Cerita Kita selepas mencipta sejarah tersendiri dengan lagu Pulang dan Sempurna.

    Lebih istimewa lagu ini merupakan kolaborasi pertama kumpulan itu yang mana turut menampilkan penyanyi popular Nabila Razali.

    Karya berentak pop balada ini merupakan ciptaan Iqie, Iskandar dan Danial mengisahkan tentang persahabatan yang terjalin sejak kecil sehingga timbul rasa cinta antara mereka.

    “Saya ingin mengembalikan memori kisah percintaan zaman kanak-kanak. Saya percaya ramai pernah mengalami pengalaman manis seperti ini.”

    “Namun tak semua yang kita rancang menjadi kenyataan. Ada yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin ada yang terputus di tengah jalan,” ujarnya.

    Bagi Nabila Razali, kolaborasi bersama Insomniack merupakan peluang keemasan dan satu pencapaian baharu dalam kerjaya nyanyiannya.

    “Saya melihat Insomniacks satu kumpulan anak muda yang kreatif dan berjaya menghasilkan karya-karya segar. Mereka mempunyai identiti tersendiri yang membuatkan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian mereka berjaya menambat hati pendengar.

    “Dalam perancangan kerjaya saya memang ada plan untuk berkolaborasi bersama mereka dan Alhamdulillah akhirnya tercapai. Saya sangat berpuas hati dengan lagu dan muzik video yang dihasilkan,” ujarnya.

    Muzik video Cerita Kita yang dilancarkan pada 22 September lalu kini sudah mencecah lebih 100,000 tontonan di saluran Youtube dalam masa 5 hari.

    Lagu tersebut juga kini menjadi trending di laman Youtube dan platform streaming.

    Untuk rekod, lagu Cerita Kita merupakan single ke-6 bagi Insomniacks, manakala single ke-10 bagi Nabila Razali.

    Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara syarikat rakaman Universal Music Sdn Bhd dan Nabila Razali Entertainment.

    Selain itu, bagi merancakkan lagi proses promosi, majlis pelancaran Malam Cerita Kita telah diadakan pada 30 September yang bertempat di Bsync Hall, Kuala Kumpur.

    Sekadar info, Insomniacks yang dianggotai oleh Iqie (vokalis utama), Iskandar (bass) dan Danial (gitar) ini ditubuhkan pada 2015.

    Kumpulan ini berjaya mencipta nama pada tahun 2018 menerusi single kedua mereka berjudul Pulang yang mendapat sambutan menggalakkan dengan 32 juta tontonan Youtube dan menjadi lagu paling tinggi distrim di Malaysia pada 2019.

    Diikuti single Sempurna yang dilancarkan pada 2022 berjaya meraih 15 juta tontonan YouTube dan berada selama 88 minggu di carta RIM.

     

  • Harmoni Kopi dan Nota: Meresapi Kedalaman Seni Muzik Dalam Jelajah Unik Ini

    Harmoni Kopi dan Nota: Meresapi Kedalaman Seni Muzik Dalam Jelajah Unik Ini

    Petaling Jaya, 29 September 2023 – Pada petang tadi, YB Adam Adli telah memperkenalkan Program Jelajah Kopi Bermuzik melalui sesi media yang berlangsung di Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya. Dalam majlis tersebut, hadir En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9, Cik Zakiah Hanim, Pengarah Pemasaran dan Kategori, Berjaya Starbucks, dan En. Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

    Program Jelajah Kopi Bermuzik bertujuan untuk menggabungkan pengetahuan tentang industri muzik dengan pengalaman menarik. Selain itu, program ini akan menyajikan persembahan artis di 5 lokasi Starbucks terpilih, memberikan pengalaman unik kepada peminat muzik dan pencinta kopi.

    Program selama 2 jam ini bakal menampilkan 3 artis tempatan di setiap lokasi yang akan berkongsi ilmu mencipta lag dan pengalaman mereka berkecimpung dalam industri muzik dan diakhiri dengan persembahan akustik secara eksklusif.

    JKB adalah sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakita 107.9 dengan kerjasama Starbucks dan Yoodo, yang turut menyokong gaya hidup Rakan Muzik dibawah program Rakan Muda.

    Antara artis yang akan turut serta dalam Jelajah Kopi Bermuzik termasuklah Orkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa, Bihzhu dan Heidi Moru. Nantikan pengumuman butiran lanjut di www.instagram.com/rakita.my.

    “Sejak Rakan Muda dilancarkan semula pada tahun ini, KBS ingin memperluaskan lagi penglibatan anak muda dengan penyertaan aktif dalam gaya hidup yang keseronokan, bertenaga dan bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kash kepada Rakita 107.9 kerana tampil dengan Jelajah Kopi Bermuzik sebagai salah satu inisiatif untuk mengaktifkan Gaya Hidup Rakan Muzik di bawah program Rakan Muda. Di kesempatan ini juga saya ingin seru semua orang muda tapa mengira bangs untuk mendaftar dan meyertai Rakan Muda dan mendapat manfaat yang positif dari program in,” cap YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

    “Menerusi Jelajah Kopi Bermuzik, kami menyediakan platform untuk peserta menimba ilmu tentang persembahan dan seni muzik penciptaan lagu di samping berpeluang untuk berdialog secara langsung dengan artis berpengalaman. Dengan menggunakan konse cerita kedai kor program santai in menggalakkan para peserta untuk berkongsi cabaran yang mereka hadapi dan bertanya solan secara langsung kepada artis-artis yang dapat member nasihat dan bimbingan kepada permasalahan mereka,” ujar En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9.

    “Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada program Jelajah Kopi Bermuzik untuk memberdayakan generasi muda dan mendorong kreativiti mereka. Bersama-sama, kami menggabungkan tenaga belia, aroma kopi, dan irama muzik untuk membina aspirasi generasi yang penuh bersemangat. Inisiatif in adalah platform bagi anak muda untuk berkembang, menyuarakan diri, dan mencari suara unik mereka dalam dunia ini. Inilah tempat di mana kopi dan muzik bergabung untuk memenuhi cita-cita anak muda.” kata Cik Zakiah Hanim, Pengarah Pemasaran dan Kategori, Berjaya Starbucks.

     

     

    Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, “Sebagai syarikat telco digital sepenuhnya, Yoodo sentiasa bertekad untuk menarik minat generasi milenial dan Gen Z. Inilah yang mendorong Yoodo untuk menawarkan pengalaman unik melalui muzik dan hiburan. Selaras dengan perkembangan Yoodo, fokus kami adalah untuk meningkatkan segmen gaya hidup, dan muzik Indie adalah sebahagian besar segmen ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Rakita sekali lagi, daripada membawa lagu-lagu indie yang mendominasi carta Malaysia setiap minggu, hingga menghubungkan rakyat Malaysia melalui perjalanan kopi dan muzik dengan Starbucks.”

    Penyertaan di semua lokasi Jelajah Kopi Bermuzik adalah percuma. Peserta di setiap lokasi layak mendapat diskaun 20% untuk kesemua minuman Starbucks sepanjang program jelajah sedang berlangsung. Minuman Starbucks percuma juga menanti anda sekiranya peserta mendaftar dengan Yoodo di lokasi-lokasi JKB. Senarai tarikh dan lokasi JKB adalah seperti berikut:

    Agenda Tarikh Lokasi Artis
    Sidang Media 29.09.2023 Starbucks Reserve Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Hawa

    Jelajah Pertama 20.10.2023 Starbucks Batu Ferringhi, Penang Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Hawa

    Jelajah Ke-2 22.10.2023 Starbucks Sunway Tambun DT, Ipoh Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Hawa

    Jelajah Ke-3 27.10.2023 Starbucks Seri Austin DT, Johor Bahru Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Heidi Moru

    Jelajah Ke-4 04.11.2023 Starbucks Kota Laksamana DT, Melaka Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Hawa

    Jelajah Ke-5 11.11.2023 Starbucks Bamboo Hills DT, Kuala Lumpur Orkes A. Hizadin,

    Amir Jahari,

    Binzhu

    Belia berusia antara 15 hingga 30 tahun dijemput menyertai Rakan Muda untuk peluang mengikuti lebih banyak program-program menarik yang dicipta khusus untuk orang muda Malaysia. Pendaftaran Rakan Muda bole dibuat dengan melayari https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.

  • Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna

    Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna

    Industri filem tempatan mendapat sokongan terutamanya melalui Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna. Dengan memaparkan aktiviti dunia sukan permotoran di kalangan wanita dan gangsterisme bertemakan mafia, filem yang diterbitkan  JAGUAR LIM FILMS ini yang membawa kelainan.

    Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

    Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. File mini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

    Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaltu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.

    Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023!

    Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/

  • Filem Patriotisme: Wanita Berani dalam Filem Pagari Bulan

    Filem Patriotisme: Wanita Berani dalam Filem Pagari Bulan

    Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan, karya yang dirancang khusus untuk menyokong filem tempatan. ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD memproduseri filem ini dengan tujuan menonjolkan semangat patriotisme dan keberanian wanita yang berjuang menentang penindasan askar Jepun.

    Pengeluar filem, ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD, serta pengedaran METROWEALTH, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS SUMBANGAN DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang memberi sokongan penting bagi kejayaan filem ini di pawagam dan untuk dinikmati oleh penonton.

    Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bag memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem in datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre ‘comfort women’ yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.

    PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan ole tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.

    Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem “Pagari Bulan” akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.