Blog

  • MENARIK !BOB & SENTUHAN BAND MERAIKAN ULANG TAHUN KE-12, 18 NOVEMBER LALU.

    Sudah tidak asing lagi nama Bob & Sentuhan band dalam dunia busker tanah air, walhal pada ulang tahun penubuhan band mereka yang ke-12 tahun, mereka telah berjaya mengadakan sebuah konsert bagi meraikan peminat mereka yang menyambut baik kedatangan mereka dalam dunia busker serta anggota Sentuhan Band yang masih setia bersama selama 12 tahun berusaha menempa nama di dunia busker tanah air.

    Panggung Asia, Gombak telah dikejutkan dengan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat busker. Dari jalanan hingga berjaya mengadakan sebuah konsert yang berlangsung pada 18November 2023 yang lalu selama 3 jam berturut-turut, dimaklumkan juga konsert ini bermula dari pukul 9:30 malam.

    Konsert ini telah dianjurkan oleh RYZ Event, syarikat penganjur yang semakin menempa nama dan harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM68.

    Lebih istimewa,persembahan ini juga menampilkan dua kemunculan istimewa iaitu bakat Singapura, Ryzal Aziz serta penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta.

    Konsert itu juga dimulakan dengan Intro muzik penuh Sentuhan Band yang dianggarkan selama 10 minit dan setelah itu, semua penyanyi yang terlibat turut tampil di pentas konsert untuk beradu suara buat peminat setia mereka yang hadir memeriahkan konsert tersebut.

    Siapa tahu, Mohd Aizat Rahman atau lebih dikenali sebagai Bob yang pada awalnya hanyalah sekadar pemain muzik di kelab-kelab malam dan sebagai seorang pengiring artis berjaya mencipta nama walaupun pada awalnya beliau bermula sebagai seorang pemuzik yang tidak mempunyai pengetahuan formal dalam muzik dan hanya mengikuti minatnya yang mendalam seawal beliau berumur 12 tahun.

    Katanya, untuk berada di posisi sekarang ia bukanlah perjalanan yang mudah serta memerlukan pengorbanan yang bukan kecil kerana susah untuk mengubah stigma masyarakat yang memandang rendah terhadap busker jalanan yang tidak akan berpeluang untuk meningkat naik.

    Cukup terharu dan bermakna bagi dirinya saat Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band ini berjaya diadakan.

    Justeru, menurut Mohd Aizat Rahman atau lebih dikenali sebagai Bob, turut menyatakan pada awalnya konsert ini diadakan adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan Band yang masih setia bersamanya selama 12 tahun ini serta tanda penghargaan atas sokongan peminat yang memberi ruang serta peluang kepada kumpulan busker seperti mereka untuk membawa karya seniman jalanan ke tahap yang lebih tinggi.

    Persembahan ini juga berjaya memukau hati penonton dengan kehebatan cara penyampaiannya serta pilihan lagu yang disampaikan juga adalah yang sehingga kini masih tidak lekang dimainkan di semua corong radio.

  • Nikmati Hiburan Jepun dengan Pasport Anda!  Saksikan SPYxFAMILY Musim 2 di Tonton

    Nikmati Hiburan Jepun dengan Pasport Anda! Saksikan SPYxFAMILY Musim 2 di Tonton

    Petaling Jaya, 29 November 2023 – Bagi peminat anime Jepun di Malaysia ! Tonton umumkan penstriman SPYxFAMILY  Musim 2 kepada peminat setianya. Nantikan anime SPYxFAMILY di kaca tv anda. Pastinya akan menarik hati minat para penonton dan peminat tegar anime di Malaysia.

    Kandungan program hiburan Jepun semakin kukuh di Malaysia dan Tonton kini merupakan platform digital utama dalam menyiarkan kandungan antarabangsa yang terbaik dan terkini. Tonton akan membawa anda semua mengembara menyaksikan SPYxFAMILY Musim 2 dengan jalan cerita yang lebih menarik, watak-watak unik dan gabungan sempurna antara pengintip dan keluarga Forger yang dinamik.

    Watak Utama:

    • Loid Forger: Seorang pengintip yang mahir dan mempunyai misi untuk menyelusup masuk ke dalam sekolah elit untuk melaksanakan misinya membina “keluarga angkat”.
    • Yor Forger: Isteri samaran Loid Forger, Yor tidak semudah yang disangkakan. Masa silamnya yang misteri dan bakat terpendamnya memperkuatkan lagi samarannya dalam keluarga angkat dinamik ini. 
    • Anya Forger: Anak perempuan samaran Loid dan Yor. Anya berkemampuan untuk membaca fikiran orang lain dan membiarkan dia begitu penting dalam keluarga perisikan ini. 

    Tumpuan Utama of SPYxFAMILY Musim 2 di Tonton:

      • Pengalaman Penstriman Premium: Tonton akan menyiarkan SPYxFAMILY secara HD dan semestinya memberikan keseronokan dan pengalaman bermakna dengan anda.
    • On-Demand Access: Terlepas satu episod? Jangan risau! Anda boleh catch up di Tonton mengikut keselesaan waktu anda.
    • Trending Content Hub: Tonton terus menjadi destinasi utama bagi penggemar kandungan hiburan Jepun, dan menambahkan susunan menarik bagi pelanggan setia Tonton. 

    Cara Menonton SPYxFAMILY Musim 2 di Tonton:

    Mudah sahaja! Layari platform Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store, dan langgan Tonton serendah RM 9.90 untuk menyaksikan SPYxFAMILY Musim 2. Tonton merupakan resolusi terbaik khusus buat peminat tegar siri Jepun mahupun kepada mereka yang baharu berjinak dengan hiburan Jepun. 

    Sertai Keseronokan SPYxFAMILY!

    SPYxFAMILY Musim 2 ini adalah sebagai permulaan! Tonton komited memberikan kandungan terkini, pelbagai variasi dan kandungan yang dapat menghiburkan penonton Malaysia!

    Menerusi SPYxFAMILY Musim 1, penonton diperkenalkan dengan Loid Forger, seorang pakar perisik yang telah menyelusup ke dalam sebuah sekolah elit. Walaubagaimanapun, ketika menjalankan misi pengintipan, tanpa dijangka, Loid perlu membina sebuah “keluarga angkat” untuk meneruskan perisikan. Dia telah memilih Yor sebagai isteri samarannya sementara Anya sebagai anak perempuannya. Yor mempunyai masa silam yang misteri dan bakat terpendam. Anya pula mempunyai kebolehan membaca fikiran orang lain. Karakter dan keistimewaan masing-masing telah menjadikan keluarga samaran ini lebih dinamik dan tentunya membuatkan tugasan perisikan mereka berjaya!

    Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, #SPYxFAMILY, #WatchOnTonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

     

  • MENINGKAT 7.9% KE RM 394.8 JUTA UNTUNG BERSIH SUKU KETIGA BANK ISLAM

    MENINGKAT 7.9% KE RM 394.8 JUTA UNTUNG BERSIH SUKU KETIGA BANK ISLAM

    KUALA LUMPUR, Selasa, [28 November 2023]: Keuntungan bersih sebanyak RM394.8 juta Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Kumpulan ) bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020 (9M2023), meningkat 7.9% berbanding tempoh masa pada tahun 2022. Bank Islam mendapat keuntungan yang bersih sejak akhir ini. Hal ini dapat memberi impak yang baik dalam perniagaan Bank Islam.

     

    Perolehan Kumpulan bagi tempoh tersebut meningkat 33.0% kepada RM3.36 bilion (RM3,362.6 juta) berbanding RM2.53 bilion (RM2,529.1 juta) pada tahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan sihat dan pendapatan bersih. Pencapaian yang lebih baik ini turut didorong oleh pendapatan bukan berasaskan dana yang lebih tinggi, mengukuh sebanyak RM144.5 juta atau 95.6% disebabkan oleh pendapatan pelaburan lebih tinggi dan laba bersih daripada transaksi tukaran mata wang asing. Pendapatan berasaskan dana bersih turut meningkat, disumbangkan oleh pertumbuhan pembiayaan kasar y-o-y dan peningkatan margin pendapatan bersih (NIM). NIM terus meningkat secara konsisten daripada 2.06% pada suku pertama 2023 kepada 2.11% pada suku kedua 2023 dan terus mengukuh kepada 2.17% pada suku ketiga 2023.

     

    Pencapaian ini diterjemahkan kepada pendapatan sesaham 17.58 sen dan pulangan ekuiti bersih tahunan sebanyak 7.7%. Bagi 9M2023, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen tunai interim satu peringkat RM285.4 juta atau 12.59 sen sesaham biasa.

     

    Jumlah Aset Kumpulan meningkat sebanyak 2.2% y-o-y untuk berada pada RM88.1 bilion setakat 30 September 2023, didorong oleh pertumbuhan pembiayaan dan pelaburan sekuriti.

     

    Pembiayaan Kasar meningkat sebanyak 8.4% y-o-y kepada RM67.3 bilion, manakala akaun deposit dan pelaburan pelanggan berada pada RM73.9 bilion dengan mencatatkan peningkatan y-o-y RM1.7 bilion atau 2.3%. Sebahagian besar pertumbuhan ini didorong pengukuhan y-o-y 9.5% atau RM2.5 bilion dalam jumlah akaun semasa, simpanan dan pelaburan transaksi (CASATIA) untuk berada pada RM28.5 bilion. Komposisi ini menunjukkan aras sihat 38.5% jumlah akaun deposit dan pelaburan pelanggan. Nisbah Jumlah Modal Kumpulan kekal kukuh pada 20.0%.

     

    Kumpulan mengekalkan kedudukan modal dan kecairan yang teguh, seterusnya mencerminkan momentum pertumbuhan dan asas Bank Islam yang jitu. Setakat 30 September 2023, nisbah pembiayaan terjejas kasar telah meningkat 0.97% berbanding 1.27% pada akhir Disember 2022. Angka ini kekal lebih baik berbanding purata industri pada 1.72%.

     

    Bagi mengukuhkan prestasi kewangan serta daya tahannya, Bank Islam mengutamakan pelaksanaan strategi untuk memelihara NIM dalam landskap industri yang kompetitif. Selain itu, ia terus memperhalusi penyelesaian kewangannya agar seiring dengan pendekatan bertumpukan pelanggan.

     

    Sebagai maklum balas pada perubahan pilihan perbankan dalam pasaran, Bank Islam terus komited dalam menyediakan penyelesaian patuh Syariah termaju, selaras dengan gaya hidup moden. Kumpulan terus menambah baik dan memperluas perkhidmatan dan tawaran perbankan digitalnya.

     

    Pengenalan Kad Debit-i Visa Be U by Bank Islam pada September 2023 mempamerkan dedikasi Kumpulan dalam memenuhi permintaan semasa pasaran serta menyediakan pengalaman perbankan tanpa cawangan yang cekap. Kad debit tersebut memperkasakan pengguna dan memudahkan pemantauan kewangan menerusi penjejak perbelanjaan yang tersedia dalam aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam. Fungsi ini menjadikan pengguna lebih peka serta memahami tabiat perbelanjaan masing-masing, seterusnya membolehkan mereka merancang dan mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan secara strategik. Pendekatan ini seterusnya akan memacu gaya hidup Syariah yang menekankan perbelanjaan secara berhemat.

     

    Kewangan mampan terus menjadi teras dalam strategi Kumpulan untuk mempelbagaikan aliran pendapatan serta selaras dengan matlamat pembangunan domestik. Bank Islam akan terus menilai profil pelanggan secara rapi dan memelihara kualiti aset. Sejajar dengan usaha kawal selia dalam membina sistem perbankan yang berdaya tahan, Bank Islam secara proaktif menerapkan penilaian risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam pertimbangan pemohonan pembiayaan baharu, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem kewangan yang kukuh dan mampan.

     

    Pandangan

    Berdasarkan Buletin Suku Tahunan bagi Suku Ketiga 2023 terbitan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 November lalu, ekonomi negara berkembang sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 (2Q2023: 2.9%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, manakala perbelanjaan isi rumah kekal menyumbang kepada peningkatan berterusan pertumbuhan pekerjaan dan upah.

     

    Pada masa ini, Bank Islam mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.7%, bagi tahun penuh 2023, penurunan kecil berbanding  ramalan rasmi kira-kira 4.0%. Memandangkan kitaran industri semikonduktor global semakin perlahan dan terdapat peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancong asing, Kumpulan menjangkakan Malaysia akan meneruskan momentum pertumbuhannya pada suku keempat 2023 dan tahun akan datang. Ini seterusnya akan menyokong pertumbuhan mampan Bank Islam pada tahun 2024.

     

    Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad (No. Pendaftaran Syarikat [198301002944(98127-X)]

    Bank Islam adalah institusi perbankan Islam pertama di Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Berhad. Ditubuhkan pada bulan Julai 1983 sebagai institusi perbankan Islam pertama di Malaysia, Bank Islam mempunyai 135 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara. Sebagai institusi perbankan Islam lengkap dan tulen, Bank Islam menyediakan penyelesaian perbankan dan kewangan yang mematuhi undang-undang dan prinsip Syariah dengan ketat serta komited terhadap hasrat kemakmuran lestari dan nilai-nilai ESG. Anak syarikat utama Kumpulan Bank Islam adalah perintis dalam pelbagai perkhidmatan kewangan Islam, termasuk pelaburan dan pembrokeran saham, iaitu BIMB Investment Management Berhad dan BIMB Securities Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kumpulan Bank Islam, layari www.bankislam.com. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: media@bankislam.com.my

     

  • KUALA LUMPUR KECOH DENGAN KELUARGA RAFEAH!

    KUALA LUMPUR KECOH DENGAN KELUARGA RAFEAH!

    Petaling Jaya, 28 November 2023 – Mahmood terpaksa meninggalkan kehidupan di bandar dan berpindah ke kampung untuk membuka perniagaan barunya. Lalu, dia menawarkan  kakaknya Rafeah(Liza Abdullah) untuk tinggal di rumahnya di KL. Mereka sekeluarga sangat teruja untuk tinggal di KL kerana selalu berangan ingin jadi orang KL. Adakah Rafeah sekeluarga berjaya menyesuaikan diri di KL?

     

    Terbaharu di slot Lestary, drama berjudul Kami Orang KL bakal bersiaran untuk menghiburkan kaki-kaki drama bermula dari 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

     

    Kami Orang KL merupakan terbitan Rumah Karya Citra, di bawah arahan Nur Ain Sharif. Kami Orang KL akan bersiaran sebanyak 15 episod dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air. Antaranya, Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Liza Abdullah, Amyza Aznan dan Razmansyah. 

     

    Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da (Amyza Aznan). 

    Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

     

    Menurut kata pengarah, Nur Ain Sharif mengatakan bahawa drama genre komedi ini sarat dengan pengajaran dalam kehidupan berjiran, “KOKL (Kami Orang KL) adalah satu drama keluarga genre komedi yang akan memberikan banyak pengajaran dalam kehidupan berjiran. Pelbagai iktibar boleh diambil oleh penonton dalam KOKL kerana semuanya disampaikan berbentuk komedi, jadi ia bertambah mudah. Karakter setiap pelakon sangat berbeza kerana diwarnai dengan barisan pelakon dengan baik dan berjaya bagi saya. Harapan terbesar saya bagi KOKL ni adalah drama ini dapat diterima semua lapisan penonton.”

     

    Nantikan Kami Orang KL yang dilakonkan oleh barisan pelakon popular tanah air ini menerusi slot Lestary dalam yang mula bersiaran pada 30 November 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store

     

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

  • Adrianna Cinta berjaya mengeluarkan single terbaru beliau, bertajuk ‘Cinta Berlalu.’

    Adrianna Cinta, penyanyi dan penulis lagu muda yang berbakat berusia 20 tahun, telah mencipta fenomena di TikTok dengan lagu sandurannya yang merasuk jiwa. Kini semakin berjaya dengan single terbarunya, “Cinta Berlalu,” yang mempunyai lirik yang diciptanya sendiri.

    Single terbaru ini dilancarkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia Adrianna Cinta yang sentiasa menyokongnya dalam menghasilkan lagu-lagu yang meruntun jiwa. Dengan ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna telah menjalankan tugas bak penglipur lara yang berkongsi cerita dan luahan perasaan kepada pendengar menerusi bakat dianugerahkan dalam lagu ‘Cinta Berlalu.’. 

    “Lagu ini mengisahkan kisah tentang perasaan yang mungkin dirasakan oleh banyak individu seperti perasaan perit dan pahit yang menghantui diri apabila terpaksa melepaskan seseorang yang kita cintai, walaupun hubungan itu sudah berakhir, namun cinta itu tidak akan berlalu pergi bergitu sahaja dan berjanji untuk sentiasa disampingnya.” Jelas Adrianna apabila ditanyakan mengenai maksud lagu ini.

    Selain itu, Adrianna menjelaskan bahawa lagu ‘Cinta Berlalu.’ ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti tajuknya juga terdapat tanda noktah ‘.’ yang menunjukkan bahawa cinta akan terus berlalu dan ia adalah keputusan yang tekad yang diambil apabila berakhirnya sebuah hubugan yang sejati itu. Pengajaran yang positif iaitu bahawa kita masih boleh ada di samping seseorang yang kita kasihi sebagai tanda sokongan dan punca bantuan dikala susah dan senang walaupun hubungan itu tidak seperti yang diharapkan pada awal perhubungan.

    “Walaupun lagu ‘Cinta Berlalu.’ tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengalaman peribadi Adrianna, namum ia disampaikan dengan sepenuh hati kerana ia adalah luahan isi hati dalam penghayatan lagu itu. Lagu ini juga tidak hanya terhad kepada hubungan kekasih, tetapi juga hubungan antara individu yang kita rapat dan tersayang.” Tambah Adrianna lagi.

    Dalam proses mencipta lagu ‘Cinta Berlalu.’, Adrianna Cinta menulis lirik ini sepenuhnya dan tetapi lagu ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama istimewa dengan individu seperti Mas Dewangan dan Jova Devito, yang turut memberikan sentuhan kreatif untuk melengkapkan karya ini.

    “Harapan Adrianna untuk lagu ‘Cinta Berlalu. ini adalah agar lagu ini akan memberi inspirasi kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran dalam percintaan tidak sihat agar sentiasa bangkit dan teruskan kehidupan dengan nafas yang baru” Kata Adrianna dengan penuh penghayatan. 

    Adrianna Cinta turut berkongsi beberapa tips tentang bagaimana untuk melangkah maju dalam kehidupan selepas mengalami perasaan perit. Menurutnya, penting untuk mencari kesembuhan, dan memberi fokus kepada diri sendiri supaya dapat meningkatkan prestasi diri dan mendapat kebahagian yang sebenar.

    Selain itu, Adrianna Cinta merupakan seorang pelajar dalam bidang perniagaan di salah satu institusi pendidikan Malaysia, telah berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya walaupun menghadapi cabaran dalam pembahagian masa belajar dan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penulis lirik. Walau bagaimanapun lagu dihasilkan dalam masa seminggu untuk menyiapkan lagu ini, 

    Lagu ‘Cinta Berlalu.’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  

    Kredit: 

    Artis: Adrianna Cinta  

    Tajuk: Cinta Berlalu.

    Produser: Mas Dewangga

    Komposer: Adrianna Cinta, Jova Devito dan Mas Dewangga

    Penulis Lirik: Adrianna Cinta

     

    Akaun Media Sosial Adrianna Cinta

    Instagram: https://www.instagram.com/adriannacinta/ 

    TikTok: https://www.tiktok.com/@adriannacinta 

    YouTube: https://www.youtube.com/@adriannacinta