MENARIK !BOB & SENTUHAN BAND MERAIKAN ULANG TAHUN KE-12, 18 NOVEMBER LALU.

BOB3

Sudah tidak asing lagi nama Bob & Sentuhan band dalam dunia busker tanah air, walhal pada ulang tahun penubuhan band mereka yang ke-12 tahun, mereka telah berjaya mengadakan sebuah konsert bagi meraikan peminat mereka yang menyambut baik kedatangan mereka dalam dunia busker serta anggota Sentuhan Band yang masih setia bersama selama 12 tahun berusaha menempa nama di dunia busker tanah air.

Panggung Asia, Gombak telah dikejutkan dengan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat busker. Dari jalanan hingga berjaya mengadakan sebuah konsert yang berlangsung pada 18November 2023 yang lalu selama 3 jam berturut-turut, dimaklumkan juga konsert ini bermula dari pukul 9:30 malam.

Konsert ini telah dianjurkan oleh RYZ Event, syarikat penganjur yang semakin menempa nama dan harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM68.

Lebih istimewa,persembahan ini juga menampilkan dua kemunculan istimewa iaitu bakat Singapura, Ryzal Aziz serta penyanyi cilik, Cinta Suci Indah Urmila Zaidi yang lebih dikenali sebagai Adik Cinta.

BOB1

Konsert itu juga dimulakan dengan Intro muzik penuh Sentuhan Band yang dianggarkan selama 10 minit dan setelah itu, semua penyanyi yang terlibat turut tampil di pentas konsert untuk beradu suara buat peminat setia mereka yang hadir memeriahkan konsert tersebut.

Siapa tahu, Mohd Aizat Rahman atau lebih dikenali sebagai Bob yang pada awalnya hanyalah sekadar pemain muzik di kelab-kelab malam dan sebagai seorang pengiring artis berjaya mencipta nama walaupun pada awalnya beliau bermula sebagai seorang pemuzik yang tidak mempunyai pengetahuan formal dalam muzik dan hanya mengikuti minatnya yang mendalam seawal beliau berumur 12 tahun.

Katanya, untuk berada di posisi sekarang ia bukanlah perjalanan yang mudah serta memerlukan pengorbanan yang bukan kecil kerana susah untuk mengubah stigma masyarakat yang memandang rendah terhadap busker jalanan yang tidak akan berpeluang untuk meningkat naik.

Cukup terharu dan bermakna bagi dirinya saat Konsert Ulang Tahun ke-12 Bob & Sentuhan Band ini berjaya diadakan.

BOB4

Justeru, menurut Mohd Aizat Rahman atau lebih dikenali sebagai Bob, turut menyatakan pada awalnya konsert ini diadakan adalah bagi meraikan pemuzik Sentuhan Band yang masih setia bersamanya selama 12 tahun ini serta tanda penghargaan atas sokongan peminat yang memberi ruang serta peluang kepada kumpulan busker seperti mereka untuk membawa karya seniman jalanan ke tahap yang lebih tinggi.

Persembahan ini juga berjaya memukau hati penonton dengan kehebatan cara penyampaiannya serta pilihan lagu yang disampaikan juga adalah yang sehingga kini masih tidak lekang dimainkan di semua corong radio.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "MENARIK !BOB & SENTUHAN BAND MERAIKAN ULANG TAHUN KE-12, 18 NOVEMBER LALU." adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment