MENINGKAT 7.9% KE RM 394.8 JUTA UNTUNG BERSIH SUKU KETIGA BANK ISLAM

Bank Islam Group GEO Mohd Muazzam Mohamed

KUALA LUMPUR, Selasa, [28 November 2023]: Keuntungan bersih sebanyak RM394.8 juta Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Kumpulan ) bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020 (9M2023), meningkat 7.9% berbanding tempoh masa pada tahun 2022. Bank Islam mendapat keuntungan yang bersih sejak akhir ini. Hal ini dapat memberi impak yang baik dalam perniagaan Bank Islam.

 

Perolehan Kumpulan bagi tempoh tersebut meningkat 33.0% kepada RM3.36 bilion (RM3,362.6 juta) berbanding RM2.53 bilion (RM2,529.1 juta) pada tahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan sihat dan pendapatan bersih. Pencapaian yang lebih baik ini turut didorong oleh pendapatan bukan berasaskan dana yang lebih tinggi, mengukuh sebanyak RM144.5 juta atau 95.6% disebabkan oleh pendapatan pelaburan lebih tinggi dan laba bersih daripada transaksi tukaran mata wang asing. Pendapatan berasaskan dana bersih turut meningkat, disumbangkan oleh pertumbuhan pembiayaan kasar y-o-y dan peningkatan margin pendapatan bersih (NIM). NIM terus meningkat secara konsisten daripada 2.06% pada suku pertama 2023 kepada 2.11% pada suku kedua 2023 dan terus mengukuh kepada 2.17% pada suku ketiga 2023.

 

Pencapaian ini diterjemahkan kepada pendapatan sesaham 17.58 sen dan pulangan ekuiti bersih tahunan sebanyak 7.7%. Bagi 9M2023, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen tunai interim satu peringkat RM285.4 juta atau 12.59 sen sesaham biasa.

 

Jumlah Aset Kumpulan meningkat sebanyak 2.2% y-o-y untuk berada pada RM88.1 bilion setakat 30 September 2023, didorong oleh pertumbuhan pembiayaan dan pelaburan sekuriti.

 

Pembiayaan Kasar meningkat sebanyak 8.4% y-o-y kepada RM67.3 bilion, manakala akaun deposit dan pelaburan pelanggan berada pada RM73.9 bilion dengan mencatatkan peningkatan y-o-y RM1.7 bilion atau 2.3%. Sebahagian besar pertumbuhan ini didorong pengukuhan y-o-y 9.5% atau RM2.5 bilion dalam jumlah akaun semasa, simpanan dan pelaburan transaksi (CASATIA) untuk berada pada RM28.5 bilion. Komposisi ini menunjukkan aras sihat 38.5% jumlah akaun deposit dan pelaburan pelanggan. Nisbah Jumlah Modal Kumpulan kekal kukuh pada 20.0%.

 

Kumpulan mengekalkan kedudukan modal dan kecairan yang teguh, seterusnya mencerminkan momentum pertumbuhan dan asas Bank Islam yang jitu. Setakat 30 September 2023, nisbah pembiayaan terjejas kasar telah meningkat 0.97% berbanding 1.27% pada akhir Disember 2022. Angka ini kekal lebih baik berbanding purata industri pada 1.72%.

 

Bagi mengukuhkan prestasi kewangan serta daya tahannya, Bank Islam mengutamakan pelaksanaan strategi untuk memelihara NIM dalam landskap industri yang kompetitif. Selain itu, ia terus memperhalusi penyelesaian kewangannya agar seiring dengan pendekatan bertumpukan pelanggan.

 

Sebagai maklum balas pada perubahan pilihan perbankan dalam pasaran, Bank Islam terus komited dalam menyediakan penyelesaian patuh Syariah termaju, selaras dengan gaya hidup moden. Kumpulan terus menambah baik dan memperluas perkhidmatan dan tawaran perbankan digitalnya.

 

Pengenalan Kad Debit-i Visa Be U by Bank Islam pada September 2023 mempamerkan dedikasi Kumpulan dalam memenuhi permintaan semasa pasaran serta menyediakan pengalaman perbankan tanpa cawangan yang cekap. Kad debit tersebut memperkasakan pengguna dan memudahkan pemantauan kewangan menerusi penjejak perbelanjaan yang tersedia dalam aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam. Fungsi ini menjadikan pengguna lebih peka serta memahami tabiat perbelanjaan masing-masing, seterusnya membolehkan mereka merancang dan mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan secara strategik. Pendekatan ini seterusnya akan memacu gaya hidup Syariah yang menekankan perbelanjaan secara berhemat.

 

Kewangan mampan terus menjadi teras dalam strategi Kumpulan untuk mempelbagaikan aliran pendapatan serta selaras dengan matlamat pembangunan domestik. Bank Islam akan terus menilai profil pelanggan secara rapi dan memelihara kualiti aset. Sejajar dengan usaha kawal selia dalam membina sistem perbankan yang berdaya tahan, Bank Islam secara proaktif menerapkan penilaian risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam pertimbangan pemohonan pembiayaan baharu, sekali gus menyumbang kepada pembentukan ekosistem kewangan yang kukuh dan mampan.

 

Pandangan

Berdasarkan Buletin Suku Tahunan bagi Suku Ketiga 2023 terbitan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 17 November lalu, ekonomi negara berkembang sebanyak 3.3% pada suku ketiga 2023 (2Q2023: 2.9%). Pertumbuhan ini didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, manakala perbelanjaan isi rumah kekal menyumbang kepada peningkatan berterusan pertumbuhan pekerjaan dan upah.

 

Pada masa ini, Bank Islam mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 3.7%, bagi tahun penuh 2023, penurunan kecil berbanding  ramalan rasmi kira-kira 4.0%. Memandangkan kitaran industri semikonduktor global semakin perlahan dan terdapat peningkatan berterusan dalam ketibaan pelancong asing, Kumpulan menjangkakan Malaysia akan meneruskan momentum pertumbuhannya pada suku keempat 2023 dan tahun akan datang. Ini seterusnya akan menyokong pertumbuhan mampan Bank Islam pada tahun 2024.

 

Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad (No. Pendaftaran Syarikat [198301002944(98127-X)]

Bank Islam adalah institusi perbankan Islam pertama di Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Berhad. Ditubuhkan pada bulan Julai 1983 sebagai institusi perbankan Islam pertama di Malaysia, Bank Islam mempunyai 135 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara. Sebagai institusi perbankan Islam lengkap dan tulen, Bank Islam menyediakan penyelesaian perbankan dan kewangan yang mematuhi undang-undang dan prinsip Syariah dengan ketat serta komited terhadap hasrat kemakmuran lestari dan nilai-nilai ESG. Anak syarikat utama Kumpulan Bank Islam adalah perintis dalam pelbagai perkhidmatan kewangan Islam, termasuk pelaburan dan pembrokeran saham, iaitu BIMB Investment Management Berhad dan BIMB Securities Sdn Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kumpulan Bank Islam, layari www.bankislam.com. Untuk maklumat lanjut, sila emel ke: [email protected]

 

rsz bank islam logo

Leave a Comment