Jawatan Kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang kini dibuka. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berwibawa untuk mengisi jawatan berikut :
MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan : Naib Canselor Gred Utama A (VU5) Terbuka
Lokasi Jawatan : Universiti Malaysia Pahang
Nama Majikan : Universiti Malaysia Pahang
Gaji : Minima RM9,038 dan Maksima RM24,465
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021
Tempoh Lantikan : Tiga (3) tahun (Tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)
Taraf Lantikan : Secara Pertukaran Sementara, Pelantikan Pinjaman atau Pelantikan Sementara.
KRITERIA UMUM
Syarat utama lantikan bagi jawatan Naib Canselor Gred Utama A (VU5) Terbuka di Universiti Malaysia Pahang adalah :
- Kecemerlangan Akademik
Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional. - Pengiktirafan Antarabangsa
Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara. - Kebolehan Memimpin dan Mengurus
Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh menerajui transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod kecemerlangan pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon. - Reputasi
Menjadi role model kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjungi baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar. - Personaliti
Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama. - Berfikiran Jauh Dan Kritis
Penyandang mestilah berkemampuan untuk berfikiran jauh dalam menentukan hala tuju dan visi pembangunan dan kecemerlangan organisasi selain mempunyai kemampuan untuk menganalisis, mensintesis, dan membuat penilaian secara holistik dalam menyelesaikan masalah. - Berintegriti
Penyandang perlulah mempunyai tahap integriti yang tinggi, tidak pernah terlibat dalam mana-mana kesalahan jenayah dan tatatertib serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jawatan dan peranan yang diamanahkan. - Kapasiti Menjana Pendapatan
Penyandang mestilah mempunyai minda keusahawanan seperti cekap melihat peluang, berani mengambil risiko bagi meneroka peluang-peluang baharu serta berfikiran kreatif dan inovatif dalam menggunakan sumber secara optimum untuk menjana pendapatan universiti. - Menghayati Agenda Nasional
Penyandang perlu menangani perubahan dan membawa organisasi ke arah kecemerlangan serta bersedia untuk melaksanakan transformasi demi melonjakkan reputasi organisasi. Penyandang juga perlu mampu untuk menghargai kepelbagaian serta merealisasikan dasar-dasar negara dan agenda nasional.
KRITERIA KHUSUS
i. Mempunyai kapasiti dalam penjanaan dana Universiti;
ii. Mempunyai integriti akademik;
iii. Mempunyai ciri-ciri pemimpin bertransformasi;
iv. Mempunyai kecenderungan politik selari dengan arus perdana;
v. Berfikiran jauh dan kritis (thought leader);
vi. Menghayati agenda nasional;
vii. Mempunyai minda keusahawanan; dan
x. Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan niche area Universiti
PERMOHONAN JAWATAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan surat permohonan, curriculum vitae, mengisi borang permohonan berserta dokumen sokongan lain yang berkaitan dihantar kepada :
NAIB CANSELOR,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMP di talian 09-424 5221/5226/5232, No. Faks: 09-424 2222 atau e-mel :
saifulbahri@ump.edu.my / liza@ump.edu.my / hr.promo@ump.edu.my .
Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (Klik Sini)
Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.