MyLesen GDL 2.0 : Semakan & Permohonan

MyLesen GDL 2.0 : Semakan & Permohonan. MyLesen GDL 2.0 adalah salah satu inisiatif dibawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan negara (DPN) 2019-2030 adalah unutk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.

Dibawah inisiatif ini, satu program isitu Program MyLesen GDL 2.0 telah dirangka bertujuan untuk menarik dan melatih calon warganegara Malaysia berumur 21 tahun, dan ke atas yang mempunyai kelas D (tempoh memegang lesen sekurang-kurangnya satu tahun) atau kelas E Competent Driving License (CDL) dan tiada dalam senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi.

MyLesen GDL 2.0

Program ini menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19 dan terbuka kepada semua calon warganegara Malaysia.

Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan pemandu kenderaan perdagangan menerusi program ini, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini. Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Syarat Kelayakan

  1. Peserta perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej ini.
  2. Peserta akan ditemuduga oleh syarikat logistik / pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan / penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.
  3. Pengambilan peserta di bawah program ini sebagai pekerja (pemandu kenderaan perdagangan) syarikat adalah tertakluk kepada apa-apa syarat dan syarat tambahan yang ditentukan oleh pihak syarikat logistik / pengangkutan dari semasa ke semasa.
  4. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen E Full & GDL Bersendi. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  5. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  6. Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.
  7. Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.
  8. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  9. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  10. Peserta diwajibkan untuk menandatangani borang Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Permohanan

Untuk membuat permohonan, pemohon boleh ke pautan borang atas talian dibawah :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai MyLesen GDL 2.0 anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan : https://www.jpj.gov.my/

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "MyLesen GDL 2.0 : Semakan & Permohonan" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

1 thought on “MyLesen GDL 2.0 : Semakan & Permohonan”

Leave a Comment