‘MURKA ATAU CINTA’ OST FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

600x600bb 1

Petaling Jaya, 6 Disember 2023 – Puteri Khareeza menyanyi lagu barunya berjudul “Murka Atau Cinta” yang telah dipilih untuk dijadikan soundtrack filem terbaru terbitan Dr Ahmad Idham iaitu Perjanjian Syaitan 2. Filem ini akan ditayangkan di pawagam sebagai pembukaan tahun 2024. Peminat yang nantikan filem beliau boleh tonton filem ini di pawagam yang berdekatan akhir tahun ini.

 

Lagu ‘Murka atau Cinta’ merupakan hasil sentuhan Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman yang juga merupakan bekas anggota Ruffedge. Lagu ini berunsur kerohanian menceritakan tentang pilihan seorang hamba Allah yang perlu memilih sama ada ingin menjadi hamba yang dimurkai ataupun dicintai oleh Tuhan Yang Maha Pencipta. Idea lagu dan lirik ini tercetus apabila Amer Munawer telah dilamar oleh pengarah filem sekual Anak Perjanjian Syaitan 2 untuk menghasilkan lagu runut. 

 

Filem yang bakal menjadi blokbuster 2024 ini mengisahkan tentang  perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana) dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia meyakini bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait dengan rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

 

Puteri Khareeza diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu ini kerana suaranya yang unik dan tone suaranya yang sesuai untuk genre pop, R&B, balada dan soul. Lagu ini disiapkan sepenuhnya dalam jangka masa sebulan sahaja. Puteri telah memberi kerjasama dan komitmen yang sangat baik dan proses rakaman untuk lagu ini berjalan dengan sangat lancar. Lagu ini memang wajib didengar terutama bagi peminat Puteri Khareeza kerana ia adalah lagu balada yang berunsurkan kerohanian pertama daripada Puteri Khareeza.

 

Tentunya lagu ini bakal menjadi hit sama seperti lagu ‘Duka Sebalik Tawa’  yang menjadi lagu runut bagi Melur Untuk Firdaus (TV3) pada Jun 2022 lalu dimana ia berjaya meraih 4.9 juta tontonan di YouTube sehingga kini dan mendapat capaian 380 juta di Tik Tok. 

 

Puteri Khareeza sangat selesa bekerjasama dengan Amer Munawer Yusoff dan ini memudahkan perjalanan rakaman di studio yang mengambil masa hanya 4 jam sahaja. Puteri Khareeza berharap pendengar dapat terima dan dengar dengan penuh penghayatan lagu ini. Lirik ‘’Murka Atau Cinta’ amat mendalam kerana menceritakan tentang cinta kepada Tuhan dan bukannya tentang cinta kepada manusia. Secara tidak langsung, ia dapat mengingatkan kita tentang nikmat yang perlu disyukuri dan memilih untuk menjadi hamba yang dicintai oleh Yang Maha Esa. 

 

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Murka Atau Cinta’ bermula 5 Disember 2023 ini di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

 

Turut disertakan adalah lirik lagu  ‘Murka Atau Cinta’. 

 

Bila sampai waktu yang telah di janji

Setiap yang hidup pasti kembali

KepadaNya kepadaNya

Chorus:

Apakah nanti jawapan yang mampu kita beri

Segala nikmatNya tak mampu dapat kita dustai

Sesungguhnya Dia maha mencintai setiap hambaNya

Namun kitalah yang memilih Murka ataupun cintaNya

verse 2

terbuka lah hijab yang menutupi

Nyata dan benar untuk kau yakini

Kembalilah kepadaNya

Chorus

Bridge 1:

Jasad dan nyawa pun akan terpisah

Seluruh angan dan nafsu pun musnah

Tersedarlah seluruh yang terlena namun tak berguna lagi

Bridge 2 :

Engkau menentukan segalanya

Awal dan akhir hingga selamanya

Tiada dayaku melainkan

Hanya pertolonganMu oh Tuhan

 

                         Untuk sebarang pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi: 

Prakesh Swaminathan : HP 012 232 3707 [email protected]
Aidil Shakirin

Helmi Ezfar

: HP 012 269 3727

 :HP 012 348 2363

[email protected]

[email protected]

Syuha Hj. Kassim : HP 012 742 6353 [email protected]

 

Mengenai Alternate Records & Talents

Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat  memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya. 

 

Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "‘MURKA ATAU CINTA’ OST FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment