MERINTIS ERA ROCK KAPAK: MALAM SPEKTAKULAR MUZIK ROCK MALAYSIA !

WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.29
Kemeriahan muzik rock pada dekad 1980-an menjadi titik tumpuan yang menggoncangkan industri muzik Malaysia. Ketenaran era ini tidak terhenti di sempadan negara, ia turut meresap ke negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, dan Indonesia, mencipta impak mendalam.

Apa yang lebih menarik, demam rock itu menular begitu mendalam sehingga mewujudkan fokus dan buzz pada kumpulan-kumpulan rock Malaysia. Sambutan yang gemilang yang diperoleh di serata rantau ini adalah sesuatu yang luar biasa, dan penjualan album mencatat pencapaian cemerlang.

Pada masa yang sama, munculnya banyak kumpulan rock baharu menghias pasaran muzik, dan syarikat rakaman berlumba untuk merakamkan album untuk kumpulan-kumpulan rock ini.WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.53 1

Sejarah muzik Malaysia dicorakkan dengan ketara. Lagu-lagu ciptaan kumpulan-kumpulan rock ini mendapat tempat istimewa dalam hati peminat muzik, dan sekarang, mereka menguasai carta lagu di Malaysia dan negara-negara jiran.

Puncak kehebatan ini dicapai pada tahun 1990, apabila acara akhir Juara Juara Lagu (Muzik Muzik TV3) dikuasai oleh kumpulan-kumpulan rock terkenal ini. Ini adalah zaman yang memukau dalam sejarah muzik Malaysia, yang mewarisi dan terus menyinari warisan rock kapak, menggemparkan seluruh rantau.

Kini setelah hampir 40 tahun lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock ini masih berkumandang serta diminati termasuk oleh generasi baru. Juga, ramai penyanyi-penyanyi masa kini cover lagu-lagu dari Kumpulan-kumpulan Rock 80’an 90’an ini sehingga mendapat tumpuan hebat dan ada yang menjadi viral.

Konsert-konsert Rock juga banyak dianjurkan untuk memenuhi permintaan peminat-peminat yang dahagakan hiburan dan merindui nostalgia muzik Rock 80’an.

Walaupun begitu tidak semua Kumpulan-kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Hanya segelintir Kumpulan-kumpulan yang merupakan nama besar dalam industri muzik berulang kali dijemput untuk mengadakan konsert.

Oleh itu Boss Production Enterprise dan Attah Music mengambil inisiatif untuk menganjurkan Konsert Rock Kapak yang menampilkan Kumpulan-kumpulan yang tidak diberi peluang untuk mengadakan persembahan. Boss Production dan Attah Music sedar mungkin pulangan dari segi pendapatan tidak memberansangkan, tetapi yang lebih penting adalah memberi kegembiraan serta kepuasan kepada peminat-peminat serta Kumpulan-kumpulan yang terlibat. Kami percaya dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.

En. Naz Hamzah CEO Boss Production Pte Ltd dari Singapura yang merupakan syarikat induk kepada Boss Production Enterprise juga menegaskan tujuan penganjuran Konsert Rock Kapak ini bukan untuk bersaing dengan produksi yang sediada.

WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.54Ianya lebih kepada usaha untuk meluaskan peluang dan mempertingkatkan perniagaan ke aras yang lebih tinggi disamping antaranya meneruskan legasi pertandingan nyanyian Who’s The Boss yang sebelum ini diadakan di Singapura. Pertandingan nyanyian yang melibatkan peserta-peserta dari Malaysia, Singapura dan Indonesia ini bakal dianjurkan di Malaysia.

Walaupun target Boss Production untuk 2024 mengadakan sekurang-kurangnya 3 – 4 event yang menampilkan artis-artis luar negara dari Singapura, Indonesia, Hong Kong dll namun dalam masa yang sama bukan sekadar memilih artis-artis dan Kumpulan-kumpulan berdasarkan populariti. Boss Production tetap fokus untuk memberi peluang kepada semua.

Junction, Desire dan Meditasi akan tampil menghiburkan peminat-peminat di dalam Konsert Rock Kapak dengan lagu-lagu hit mereka seperti Akan Ku Kenang, Monolog Untuk Rina, Bias Cinta, Dian Cinta, Bidadari, Biar Pedih Kasih Memanjang serta banyak lagi lagu-lagu lain.

Lagu-lagu Rock keras akan turut didendangkan untuk memeriahkan suasana dan memenuhi kehendak peminat-peminat muzik sebegini.

Sebelum persembahan Kumpulan-kumpulan Junction, Desire, Meditasi, Bloodbrothers dan Revenge akan membuka tirai Konsert Rock Kapak dengan penampilan tersendiri.

Konsert Rock Kapak ini akan diadakan pada 07 Oktober 2023 bermula Sabtu 08.00mlm di Panggung Asia Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.30

Untuk pembelian yang berharga RM85.00 tiket sila hubungi 0192333435, 0105667384, 0192407994 & 0199247924 atau secara online

https://rockkapak.ubertickets.asia/

Hadiah2 istimewa utk pembelian tiket :

  • 2 pakej percutian di Pulau2 Semporna, Sabah (tajaan AR Travel & Tours)
  • 2 voucher penginapan di AMES Hotel Ayer Keroh, Melaka
  • 2 unit gitar eletrik Ibanez GRX70QA (tajaan Gama Rock House JDT)
  • Kasut rare Fung Keong (tajaan Mentari Merah Entertaiment dgn signature Pengarah Filem Nasir Jani)
  • Gitar akustik, Jaket kulit, drum stick, poster, button band Rock Kapak, t’shirt serta byk lagi untuk Pakaian Rock Terbaik & Cabutan Bertuah.
  • Lain2 penaja adalah AF Services dan W3 Studio utk studio latihan

WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.55

WhatsApp Image 2023 09 25 at 16.49.53

Leave a Comment