MERAIKAN PENCAPAIAN DAN POTENSI WANITA MALAYSIA DI PROGRAM WACANA SRIKANDI

AVvXsEgLLfxScxBJCax3x dFD0cn4RIo5QXRpoIXQEczepWZM8jeXsOiCT FEbdLKYkUQtiD4OgP7 en gblwLprtLDBhAw gMROnA9xGgkR4oSRhZZ zhQjismmPwsZD1Jy1Ncwv RSGMWCJsdAF2xsUPeHPBpTp5UmGc nc8bYT25z9JZAnAjFZaq3mii0cbw=w483 h456

Program Wacana Srikandi yang bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Wanita, Keluarga, dan Masyarakat pada 5 Mac 2024. Program ini menjadi platform utama bagi wanita-wanita di Malaysia untuk bersatu, berinspirasi, dan meraikan kehebatan mereka menjelang Hari Wanita Antarabangsa tahun ini.

Majis yang julung kalinya dianjurkan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) menampilkan figa usahawan berjaya yang berkongsi rahsia kejayaan mereka melalui forum yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dengan tajuknya ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’ telah memberikan inspirasi suntikan semangat kepada para tetamu yang hadir terutama dalam mengarus perdana gender.

Antara panel yang hadir lalah Aliza Ali, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aleeya Zailan, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd. dan Masitah Mohd Affandy, Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor.

AVvXsEgUKuiMTqC7TA32r PugQMzZAalfg7DQwrgqB lGrwQiv2iW8TZPxHt bdwisQAuht DNhRgZadRu15OZ 3ZtxYn neNBGuniLUzcygCrA3qe1oqDG7kh uw7o6p316cdtWAoSdmzRBEMISxDF1ti4NMJ6k97BzxQmzBKZjD4sPDBaRX6gc3W4YQTQXP0Y=w556 h351

“Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini dengan tema ‘Wanita Dijulung Negara Gemilang’ yang memberikan penekanan kepada pentingnya membentuk budaya inklusif dan kesaksamaan gender di semua lapisan masyarakat, sebagai usaha untuk memartabatkan wanita di Malaysia, kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh, di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan”, ujar YB Nancy ketika ucapan perasmiannya.

Selain itu, majlis turut diceriakan dengan persembahan yang memukau daripada penyanyi tanah air laitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen dengan 21 peragaan daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

AVvXsEiUCYTorgMl9qHBIxPPdUZiCo5BBOldTxNVKchuv4TzoRAC7FMfB1vhEjzqjxTTrVUto0urcHKLkN0IxDA3 1jVmEQHRv7A4rV22cG9OOl8fxZQQqgZepHHOI1lhsx7s9vFhM6MuiXjdvCTuxZx9OF8QXdeuKZ403 Q9a00j48YmWv1Q vqIMKLIdlXllA=w566 h358

Program Wacana Srikandi kali ini turut memberikan penghargaan kepada 3 buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, cawangan Selangor, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.

Sajian istimewa daripada cef berpengalaman di Pusat Konvensyen Shah Alam, saguhati dan hadiah kepada tetamu bertuah merupakan antara pengalaman dan kenangan manis yang dapat dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir.

Program Wacana Srikandi ini disokong oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama dan para penaja lain iaitu Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank. Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "MERAIKAN PENCAPAIAN DAN POTENSI WANITA MALAYSIA DI PROGRAM WACANA SRIKANDI" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment