Memberi Harapan di Musim Sejuk: Syria Care Lancar Projek Winter Aid 11.0

WinterAid

3 Oktober 2023, Shah Alam –  Dalam upaya untuk membawa bantuan kepada individu yang terjejas akibat bencana kemanusiaan di utara Syria dan Lubnan, Syria Care dengan gembiranya mengumumkan pelancaran Projek Winter Aid 11.0. Projek ini akan berlangsung dari 20 September 2023 hingga 31 Januari 2024.

Projek Winter Aid, sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Musim Sejuk, diadakan untuk kali kesebelas sejak penubuhan Syria Care.

Bantuan kali ini melibatkan dua portfolio utama di bawah gerak kerja Syria Care iaitu Core Relief Items dan Food Security di mana ia merangkumi keperluan asas serta khusus bagi musim sejuk.

Pengumpulan sumbangan bertujuan membantu para pelarian Syria yang menetap di utara negara tersebut juga yang mencari perlindungan di Lubnan. Buat masa sekarang, terdapat sejumlah 4.6 juta orang di utara Syria, di mana 97% daripada mereka hidup dalam kemiskinan tegar, sementara lebih daripada dua pertiga daripada mereka telah kehilangan tempat tinggal. Di Lubnan pula, ekoran krisis ekonomi yang merudum meletakkan para pelarian berada di situasi yang parah.

Sudah jatuh, ditimpa tangga. Begitulah gambaran situasi yang dihadapi oleh pelarian Syria.

Bertahun-tahun mereka hidup derita akibat serangan roket dan berbagai senjata, menjadi gelandangan mencari peluang untuk hidup tak kira di mana, mereka diduga pula dengan gempa bumi berukuran 7.8 mengikut skala Richter.

Lebih enam bulan selepas gempa bumi kuat yang melanda utara Syria dan selatan Türkiye itu, ramai daripada mereka yang terjejas di Syria seakan dilupakan: proses baik puli serta pembinaan semula hampir tiada. Kejatuhan mata wang Syria serta peningkatan bear kos barang makanan serta kos pembinaan menambahkan kesusahan yang terpaksa mereka lalui apatah lagi peluang pekerjaan sangat terhad.

WinterAid2

Projek Warm Their Winter iaitu salah satu sub projek di bawah Winter Aid yang akan berlangsung dari 14-22 Oktober di Dewan Melati, Shah Alam. Projek ini dilaksanakan bertujuan membuka peluang kepada orang ramai membantu para pelarian secara langsung. Bagi menguruskan serta menjayakan projek ini, dana berjumlah RM150,000 diperlukan. Orang ramai boleh menghantar pakaian musim sejuk baharu dan terpakai serta ‘barangan lain seperti selimut tebal, lampin pakai buang, tuala wanita juga peralatan perubatan pada tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas.

Projek ini menyasarkan dua kontena dengan anggaran berat 68 tan dan dijangka akan tiba pada awal Disember bagi diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sana.

Di samping itu, projek Fuel Aid juga digerakkan bagi memastikan lebih banyak keluarga mendapat kehangatan yang diperlukan untuk melalui musim sejuk yang panjang. Bahan bakar seperti briket zaitun, diesel, kayu api dan arang merupakan keperluan penting sepanjang tempoh ini.

Projek OderFood yang terkenal dengan tagline ‘Anda pesan, kami hantar’ pula, berjalan seiring bagi memberi peluang kepada orang ramai memesan makanan untuk dihantar kepada para pelarian sepanjang tempoh Winter Aid dilaksanakan.

Winter Aid tahun in menyasarkan agihan kepada lebih dari lapan kawasan di sekitar Idlib, utara Aleppo dan kawasan utara Lubnan dengan 50,000 penerima manfaat.

Musim sejuk pada kebiasaannya berlarutan selama empat bulan, maka lebih banyak bantuan diperlukan untuk menampung keperluan yang mendesak pada ketika ini. Sangat diharapkan tahun ini, kita tidak lagi mendengar berita kematian kanak-kanak mahupun orang tua akibat kesejukan melampau.

Sehubungan itu, Syria Care amat mengharap sumbangan daripada semua pihak bagi memastikan penghantaran bantuan dapat dibuat dengan seberapa segera.

WinterAid3

Setiap ringgit yang anda sumbangkan member makna yang besar kepada mereka di sana.

Bagi memperkasa usaha menyebar luas maklumat berkenaan penderitaan mereka di sana serta pemberitahuan berkenaan pelaksanaan projek-projek Syria Care, saudara Furan Fawwaz dilantik sebagai ikon kemanusiaan Syria Care. Furgan yang terkenal dengan lagu ‘Wanita Terbaik’ juga seorang pempengaruh media sosial pernah mengeluarkan single solo bertajuk Nusaibah dilihat sebagai calon yang sesuai kerana latar belakang serta minatnya yang tinggi terhadap kerja-kerja kemanusiaan.

Projek Winter Aid juga mendapat kerjasama serta sokongan Sinar Karangkraf, Min Qalby Foundation, Qalby App, World Peace Entertainment, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perwakilan Penduduk Zon 3 (MPP ZON 3), De Haramain, Sasuke Bundle, Moon’s Kitchen serta Jakel Shah Alam. Bagi yang berminat untuk bekerjasama boleh hubungi En. Muhammad Nufazli bin Rahman di talian 011-1136 2567.

Sumbangan bagi Winter Aid serta kerja-kerja kemanusiaan Syria Care boleh dibuat ke akaun Maybank: 562106653575 atau CIMB :8601894560 dengan rujukan ‘winteraid’.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Memberi Harapan di Musim Sejuk: Syria Care Lancar Projek Winter Aid 11.0" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment