Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM

Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka peluang kerjaya dan latihan untuk mengisi jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia untuk mengisi lebih 1,130 jawatan kosong seperti maklumat dibawah :

MAKLUMAT LATIHAN

Latihan : Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma  Dan Sijil (Sesi Julai 2022)

Lokasi Latihan : Seluruh Negara

Nama Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tarikh Tutup Permohonan : 2 Januari 2022

SYARAT UTAMA LANTIKAN

Syarat utama lantikan bagi Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Capture 3

Jumlah kekosongan mengikut jantina calon adalah berdasarkan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi Latihan Juru X-ray sebelum ini perlu mengemas kini semula permohonan sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan 2 jenis latihan yang terkini iaitu latihan Juru X-ray (Diagnostik) dan Juru X-Ray (Terapi)

SYARAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

  1. Warganegara Malaysia yang berumur :
    a) tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan atau
    b) tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL) atau
    c) tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (Selain PSL)
  2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan dan
  3. Memenuhi syarat kelayakan akedemik minimum diperingkat SPM berdasarkan jenis latihan Separa Perubatan yang dimohon.

MAKLUMAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

Untuk maklumat lanjut berkenaan latihan yang disediakan, pemohon boleh terus ke pautan rasmi SPA untuk maklumat jawatan dan latihan yang disediakan : [Klik Disini]

CARA PERMOHONAN

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) [Klik Disini]

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semuala sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM bagi kemasukan Julai 2022 adalah pada 2 Januari 2022

Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment