Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi yang ditubuhkan pada tahun 2015 bermula sebagai syarikat pengurusan majlis, pengurusan artis, pengendalian penaja dan pemasaran serta video korporat. Pada tahun 2018 Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengembangkan lagi perkhidmatan perniagaan sebagai syarikat pembekal program TV tempatan dan juga antarabangsa serta penyewaan peralatan penggambaran TV.
Syarikat ini diterajui oleh Qaseh Anita Abd Shukor yang mempunyai latar belakang sebagai Pegawai Perhubungan Awam syarikat perhotelan antarabangsa dan kemudian memulakan langkah di dalam industri ini juga sebagai Pegawai Perhubungan Awam di beberapa syarikat penerbitan. Beliau juga aktif didalam beberapa pementasan konsert dan teater di Istana Budaya sebagai Pegawai Pemasaran dan juga Pengarah Projek.
Buat julung kalinya Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd menganjurkan konsert di Istana Budaya serta memilih Lah Ahmad sebagai penyanyi utama untuk konsert ini. Konsert ini diarahkan oleh YBhg Dato’ Haji Reduan Yusof sebagai Pengarah Projek.
Sudah semestinya pemilihan Lah Ahmad untuk konsert ini juga adalah berdasarkan keupayaan beliau memberikan persembahan secara langsung dan jiwa beliau yang sentiasa memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Serta sejarah beliau di dalam industri yang sudah pun menjangkau lebih dari 25 tahun.
Beliau juga pernah memenangi Persembahan Vokal Terbaik di AJL ke 22. Selain tampil dengan irama R&B, beliau boleh membawakan pelbagai genre muzik dengan baik. Sepanjang pembabitan beliau di dalam industri ini, beliau telah menerbitkan 4 buah album. Antara lagu yang popular adalah Sempurna dan Terbaik, Adinda, Kerna Sayang dan Ayu yang mana ia juga dijadikan antara nama untuk tiket konsert beliau.
GABUNGAN PEMUZIK
Konsert ini akan memberikan kelainan yang mana Lah Ahmad akan bergabung bersama Orkestra Simfoni Universiti Malaya ini di bawah pimpinan YBhg Profesor Dr. Hanafi Husin iaitu Dekan Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya.
Pemilihan lokasi konsert di Istana Budaya adalah kerana kesesuaian dengan konsep persembahan, ia bertaraf antarabangsa dan berprestij.
Lah Ahmad akan menghiburkan peminat selama dua jam dan anggaran 21 lagu akan diperdengarkan. Lah Ahmad juga akan membuat kejutan dengan menjemput beberapa penyanyi undangan. Konsert ini akan diketuai oleh En. Muhammad Shahwalnaz bin Hussin selaku Pengarah Muzik. Beliau juga merupakan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya.
ISTIMEWA UNTUK PEMINAT
Untuk konsert ini, Ideas Kuala Lumpur adalah sebagai penginapan rasmi yang bekerjasama dengan Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd yang juga menaja lokasi untuk majlis sidang media di Pool Side Bistro.
Semoga dengan kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi industri muzik yang mana Pool Side Bistro juga menyediakan satu tempat yang menarik untuk hiburan dimana pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan ‘live band’.
Selain dari itu,peminat Lah Ahmad yang berada di luar Kuala Lumpur juga akan mendapat harga istimewa sekiranya mereka menginap di Ideas Kuala Lumpur.
Konsert ini juga disokong penuh oleh Radio SINAR sebagai radio rasmi. Radio SINAR juga memberikan tiket percuma kepada para pendengar melalui kuiz yang mereka sediakan.
Tiket konsert telah mula dijual pada 25hb Ogos yang lalu dan boleh dibeli secara atas talian dengan melayari Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya – iLasso Tickets .
Kepada peminat yang membeli tiket AYU, mereka boleh bertemu dengan Lah Ahmad untuk sesi Meet & Greet di Istana Budaya selepas selesai konsert berlangsung.
Projek yang mendapat sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Digital serta My Creative Venture ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada peminat Lah Ahmad, selain dapat memajukan lagi industri dengan melahirkan banyak lagi konsert ataupun aktiviti seni supaya industri ini maju seiring dengan tema Malaysia Madani.
Kami dari Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui Mycreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik. Sokongan pihak media juga telah mewarnai industri seni Malaysia dan konsert ini. Kami dari pihak Rubbertapper Production House (M) Sdn Bhd amat menghargainya.
Semoga konsert LAH AHMAD JATUH CINTA LIVE AT ISTANA BUDAYA akan memberi kenangan manis kepada peminat beliau bukan saja di Malaysia malah dari Singapura dan Brunei!
MAKLUMAT PERSEMBAHAN
TAJUK
PERSEMBAHAN |
LAH AHMAD JATUH CINTA AT ISTANA BUDAYA |
TARIKH
PERSEMBAHAN |
7HB OKTOBER 2023
HARI SABTU |
MASA
PERSEMBAHAN |
8.30 MALAM |
HARGA TIKET | AYU RM390.00
ULANGTAHUN RM290.00 SEMPURNA DAN TERBAIK RM210.00 KERNA SAYANG RM170.00 ADINDA RM130.00 |
PENJUALAN
TIKET |
Lah Ahmad Jatuh Cinta Live at Istana Budaya – iLasso Tickets |