KONSERT FARMASI SOUNDZATION: BCL, GHEA INDRAWARI, DAN ELLY MAZLEIN BERGABUNG DI SATU PENTAS IKONIK, 30 NOVEMBER INI

Bersiaplah untuk malam penuh keajaiban di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada 30 November 2024.

Konsert FARMASI Soundzation bakal menggegarkan pentas dengan gabungan luar biasa antara tiga bintang terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL), Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein, dalam sebuah persembahan epik yang menggabungkan seni muzik dan kecantikan.

Acara ini bukan hanya sekadar konsert, tetapi juga simbolik pelancaran jenama kosmetik terkenal dari Turkiye, FARMASI, ke pasaran Asia, menandakan detik penting dalam industri hiburan dan kecantikan.

BCL, diva Indonesia yang terkenal dengan vokal penuh emosi, akan mengetuai malam ini dengan persembahan yang dijangka membangkitkan kenangan dan menyentuh hati penonton.

Dengan lagu-lagu hits seperti Cinta Sejati, BCL akan membawa pesona dan auranya yang tiada tandingan ke atas pentas. Mengiringi BCL ialah Ghea Indrawari, bintang muda yang sedang meledak dengan lagu Jiwa Yang Bersedih.

Penampilannya yang segar dan berbakat menjanjikan persembahan yang tidak boleh dilepaskan. Sementara itu, Elly Mazlein, penghibur serba boleh Malaysia, akan memastikan malam ini terus hidup dengan celoteh dan nyanyiannya, menjadikan suasana lebih mesra dan menyeronokkan.

oplus_32

Konsert FARMASI Soundzation adalah lebih daripada sekadar hiburan; ia adalah perayaan tentang kecantikan dan kekuatan wanita. Ellie G, Pengarah Projek dan Konsert, menekankan bahawa acara ini bertujuan untuk menyampaikan mesej pemerkasaan wanita melalui gabungan muzik dan kecantikan.

“BCL dipilih bukan sahaja kerana popularitinya, tetapi juga kerana beliau mewakili semangat wanita yang kuat dan berdaya tahan. FARMASI pula berpegang pada prinsip kecantikan yang bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman, sesuai dengan nilai yang ingin kami tonjolkan dalam konsert ini,” kata Ellie G.

Menambah lagi keterujaan malam tersebut, setiap penonton berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza melalui cabutan bertuah.

Tambahan pula, semua pemegang tiket akan menerima hadiah eksklusif dari rangkaian produk FARMASI, menjadikan malam ini lebih bermakna dan penuh ganjaran.

Ellie G menambah, “Konsert ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong industri hiburan dan kecantikan. Kami mahu setiap orang pulang dengan kenangan indah dan hadiah istimewa.”

Acara ini turut mendapat sokongan penuh dari pasukan kreatif yang berpengalaman, termasuk pemuzik legenda Man Kidal sebagai Pengarah Konsert dan Muzik, serta Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif.

Dengan persiapan rapi dari Mewah Event Management dan urusan tiket oleh iLasso Tickets, Konsert FARMASI Soundzation dijangka menjadi acara yang paling dinantikan pada tahun ini, membawa pengalaman hiburan yang tidak terlupakan.

Presiden FARMASI, Emre Tuna, turut hadir dalam sidang media yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, menzahirkan rasa bangganya terhadap kehadiran FARMASI di Malaysia sebagai langkah pertama dalam penaklukan pasaran Asia.

“Kami memilih Malaysia kerana potensinya yang besar dalam menyokong perkembangan jenama kami di Asia. Kami yakin bahawa kombinasi antara produk berkualiti dan nilai kecantikan yang sebenar akan mencipta kejayaan yang luar biasa di sini,” kata Emre.

Tiket untuk Konsert FARMASI Soundzation kini dijual pada harga bermula dari RM288 hingga RM1,088. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh dengan kejutan dan inspirasi ini.

Dapatkan tiket anda di www.ilassotickets.com dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial rasmi Soundzation. Saksikan sendiri gabungan seni dan kecantikan yang memukau, dan rasai pengalaman konsert yang tidak akan anda lupakan.

Leave a Comment