Datuk M. Nasir, seorang maestro muzik yang mampu mencipta magis dengan setiap alunan karyanya, kembali menggegarkan pentas dengan Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2. Aura memukau Konsert Dato’ M.N45ir Cipta yang lalu masih segar diingatan, menjadikan para peminat semakin teruja menantikan malam penuh keajaiban yang bakal menjelma.
ICON Entertainment dengan bangganya mempersembahkan Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2, sebuah persembahan epik yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil. Konsert ini menjanjikan sebuah pengembaraan muzik yang tiada bandingan, di mana Datuk M. Nasir akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu terbaik daripada 3,000 koleksi karyanya yang gemilang. Ia bakal menjadi ‘versi lanjutan’ CIPTA yang ditunggu-tunggu, dengan susunan lagu yang pastinya lebih memukau, magis dan menyentuh jiwa berbanding konsert sebelumnya.
Konsert ini amat eksklusif, terhad kepada 6,000 penonton bertuah sahaja. Jadi, bagi peminat tegar M. Nasir, inilah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan untuk menyaksikan persembahan agung yang bakal terpahat dalam lipatan sejarah.
Datuk M. Nasir sendiri berjanji akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu istimewa, termasuk lagu-lagu malar segar yang menggamit kenangan manis dan beberapa lagu baru yang bakal menawan hati setiap pendengar. Beliau berharap persembahan CIPTA 2 ini akan lebih bertenaga, menyentuh jiwa, dan meninggalkan kesan yang mendalam buat semua yang hadir.
Jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja! Dapatkan tiket anda pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 dan jadilah sebahagian daripada sebuah lagi perjalanan muzik yang bakal dicipta oleh sang legenda, Datuk M. Nasir. Merentasi zaman, menyentuh rasa, hanya di Konsert Dato’ M.N45ir CIPTA 2!